Our




In the name of Allah, the Most Gracious, the Dispenser of Grace.

All praise be to Allah s.w.t., and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

ZAMAN teknologi maklumat sekarang ini menjadikan dunia bagai tidak bersempadan.Ia sekaligus merubah cara manusia berhubungan, berurusan dan mendapatkan maklumat. Ia juga menandakan bermulanya satu era baru dalam tamadun manusia yang menawarkan potensi yang sukar dijangkau oleh daya imaginasi ramai.

Langkah Persatuan Mahasiswa Islam dan Persatuan Bahasa Melayu NUS untuk mempunyai lelaman jaringannya sendiri, mencerminkan hasrat kedua-dua persatuan itu untuk tidak mahu ketinggalan dalam menyertai era yang penting ini.Lelaman jaringan ini akan memberi peluang kedua-dua persatuan itu mengongsi visi dan misinya dengan bukan saja masyarakat setempat, malah seluruh dunia.

Dalam jangka panjang, ia juga dapat menyediakan saluran kepada mahasiswa Islam di sini untuk bertukar-tukar pendapat dengan mahasiswa Islam dari lain-lain bahagian di dunia, di samping masyarakat umum.

Bagaimanapun, cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua persatuan ini ialah dalam menjadikan lelaman ini menarik dan sentiasa segar, baik dari segi persembahan, dan lebih penting lagi, kandungan.

Ini tentu sekali memerlukan anggota-anggota yang penuh berdedikasi yang sentiasa memastikan agar kandungan lelaman ini diperbaiki dari masa ke masa.

Dengan minat dan keazaman yang ditunjukkan dalam melahirkan lelaman ini, saya yakin cabaran ini akan dapat dihadapi dengan jayanya oleh kedua-dua Persatuan Mahasiswa Islam dan Persatuan Bahasa Melayu NUS.

Tahniah kerana usaha yang mulia ini.

Mohd Guntor Sadali
Editor Berita Harian/Berita Minggu Singapura

Berita Harian Online



Our
Go Home