JABATAN BEKALAN AIR DAERAH SETIU















PENGENALAN RINGKAS JABATAN:
Jabatan Bekalan Air Daerah Setiu mula
beroperasi pada 27hb. Julai 1990. Sebelum ini urusan bekalan air bagi daerah ini
sebahagiannya dijalanlan oleh JBA Daerah Besut manakala sebahagian lagi diuruskan oleh JBA
Daerah Kuala Terengganu.
Sebagai sebuah jabatan kerajaan, JBA Daerah
Setiu bertanggungjawab ke atas semua aktiviti bekalan air sesuai dengan objektif jabatan
iaitu memberi bekalan air paip yang bersih dan mencukupi kepada pengguna di daerah ini.
Terdapat 3 buah loji rawatan air di daerah
ini iaitu Loji Air Bt. Kemudu, Chalok Barat dan Sg. Tong yang mana kapasitinya
masing-masing 9.08, 1.96 dan 3.65 juta liter sehari.
ALAMAT:
KOMPLEK PEJABAT JKR,
BANDAR PERMAISURI,
22100 SETIU, TERENGGANU.
NAMA KETUA JABATAN:
HJ. CHE KU SALIM B. KU KADIR
FUNGSI JABATAN:
- Memenuhi Polisi Kerajaan Terengganu dalam menyempurnakan
bekalan air bersih dan selamat di daerah.
- Bertindak sebagai penasihat di dalam segala hal yang
bersabit dengan perbekalan air termasuk perihal pemeliharaan punca air di daerah.
- Membuat perancangan, kajian, cadangan kepada Kerajaan Negeri
dan seterusnya mengambil tanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan bekalan air
dari masa kesemasa bagi menepati dan memperseimbangan strategi pembangunan kerajaan dengan
kemampuan pembekalan air.
- Mengelola dan mengendali sistem bekalan air di seluruh
Daerah Setiu serta membuat perancangan dan perlaksanaan ke arah meningkatkan taraf operasi
sistem bekalan air sesuai dengan perkembangan teknologi.
- Memungut hasil operasi dengan hasrat bukan sekadar mampu
menanggung diri tetapi juga bermatlamat sehingga ke satu peringkat yang boleh mendatangkan
keuntungan kepada Kerajaan Negeri.
- Menjalankan tanggungjawab di atas pada tahap kecekapan yang
menasabah supaya segala penjimatan dapat dibuat dan dimanfaatkan oleh pengguna.
- Menjalankan tugas-tugas di atas dengan mengambil berat
terhadap masalah alam sekitar.
- Menjalankan segala tugas-tugas lain yang berkaitan dengan
pembekalan air yang boleh mengukuhkan dan mengembangkan Jabatan Bekalan Air Daerah Setiu
sebagai satu organisasi yang memberi khidmat kepada orang ramai.
BAHAGIAN / UNIT
- Pentadbiran
- Pengeluaran
- Penyelenggaraan
- Hasil
- Kawalan Kehilangan Air
- Pembangunan
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Membekal air yang bersih dan mencukupi kepada semua
pengguna.
- Memproses permohonan sambungan baru bekalan air.
- Membaiki kerosakan dan paip pecah.
- Memberi ulasan permohonan pelan-pelan cadangan paip
retikulasi dan sistem paip dalaman kepada pelanggan.