Wanna be FAT??

Don't Worry! We Itikians can help U! Yes It's True!

However the formulae is created by a malay doto, who don't want his name to be viewed for personal sake. So if U don't know malay language than go to Ur local retailer and find the malay dictionary..okeh?

The doto has send us his note along with the sample product. Here are the notes (Skip it if U don't know malay)

Catatan doto malam 21 Julai 98

"Malam ini aku meneruskan pengkajianku yg telah terbengkalai hampir 4 tahun. Ahh, terima kasih kepada itikgilos dan itikcute kerana memberi peruntukan yg secukupnya untukku meneruskan usaha murniku ini. Bukannya aku ingin mencari nama, tetapi aku ingin memberi jasa kepada umat itik yg sudah lama diperkotak-kati(e)kkan. Akhirnya aku diberi peluang kedua dan aku tidak akan mensia-siakan peluang ini…membuat ubat gemuk dalam sehari!"

Catatan doto pagi 22 Julai 98

"Aku berjaya menghasilkan satu letupan didalam bilikku sehingga menyebabkan ayah dan ibu terbangun. Bilikku hampir musnah dalam kejadian ini tetapi syukur semua peralatanku dapat diselamatkan. Sedang aku mengemas kembali peralatanku, aku terlihat cecair X itu telah bertukar warna menjadi biru. Ah, nampaknya ader sesuatu yg mengubahkan warna cecair itu. Apakah letupan itu yg menjadi penyebabnya ataupun kesan dari campuran lendir hingus yg telah aku adunkan sebelum ini? Ia menjadi satu persoalan dalam benakku yg kretif ini.."

Catatan doto malam seterusnya, 23 Julai 98

"Malam ini kebetulan adikku(adik atan) selsema, YA! Ini adalah peluang baik utkku hah hah hah hah lalu kupaksa dier mengeluarkan hingus sebanyak yg mungkin dan kucampurkan ke dalam cecair X. Pada mulanya tiada kesan yg berlaku, tetapi selepas aku panaskan sebatian itu selama 12 minit dgn suhu 120 darjah celcius, cecair itu menghasilkan keladak yg berbau harum menyebabkan semua bulu hidungku ketegaran. Warnanya bertukar menjadi biru laut yg romantis. AHHHHHHH, ini bertepatan sekali dgn nota Albert Einstein yg mengatakan apabila Noser Alimase( Hingus)+Kuburure tetekaurata(X Liquid) = sumabesabesa². Nota ini kutemui dalam gobok ayah, dan Albert sendiri tidak dapat menyelesaikan kajian ini kerana byk menghabiskan masa dalam mencari formula atominia jururaba. KINI AKU BERJAYA! HAH HAH Aku kaya ! Aku kaya!

Cu(OH)2(P)+H20+H2SO4 - Pb (NO)3 * CO18 = PbOZZMTCO(SO)² (Sumabesabesa²)

 

Catatan doto malam 25 Julai 98

"Sekarang aku sudah berjaya menyiapkan sampel pertama sumabesabesa². Kini aku memerlukan satu makhluk hidup utk dijadikan bahan ujikajiku. Pada mulanya aku bercadang utk mengujinya pada adik atanku sahaja, tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi. Jadi sebagai langkah pencegahan, aku menyuntik formula itu pada seekor salamander..dan tragedi menimpa…tidak payahlah aku bercerita panjang… cukuplah jika aku katakan yg serangan Godzilla di New York itu sebenarnya adalah kesilapanku…"

Catatan doto malam 1 Aug 98 (Malam terakhir)

"HAHAHAHA!KUEEEEEEKSSSSSS PEPEPAPAP! Akhirnya aku berjaya! Rupanya aku tersilap dalam mengira nisbah penyebatian itu. Ttg formula asal aku terpaksa rahsiakannya (aku takut diberkas dan ditahan di ISA) , tetapi setelah menyuntikkan cecair itu kedalam tubuh seekor kambing, beratnya bertambah sebanyak 12 kg selepas 1 hari…kambing itu nampak sihat sekarang…dan semakin cute macam itikcute…syukur…seluruh pengabdianku selama ini telah menampakkan hasilnya……..tidak sia-sialah keringatku…."

That's the note. And after a short meeting with him on 15th august , he agree to sell the formula for commercial purpose. We have gathered all the best scientist around the world, and test the formula to the selected animals (which we thing suitable) and boah! Here the result!


[ Kembali ]