|
Subject: Surat Untuk Kekasih
Dalam kesuraman ultra lembayung
tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit
khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia
cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan
yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar
aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku
erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing
salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali
kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita
dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah
Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan
yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu
telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika
Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah
Sukan Komanwel 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca
daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran
di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap
penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu
memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan
apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari
orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,apabila
daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi
gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap
dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu.
kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal
dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling
tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia
mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.
Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak
dengan abang iparku.Akhirnya aku menyedari bahawa diri
ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering
menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi
masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari Aku
termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang
entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton
sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku
tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku
tidak bersalah. Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini
semua boleh terjadi? Mengapa setelah kaucuri hatiku,
kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga
kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku
bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu
yang kau timpakan diatas belakangku. Derita yang kautimpakan
itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung
bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak
beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan
aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh
Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan
LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga
aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi
kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa
aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.
Aku bukannya McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria
Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang
kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan
kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu
dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin
sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.
Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir,
disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau
akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks
membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di
sekitar Argentina, selagi kumpulan metallica tidak berpecah,
aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.
Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia
belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk
menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau
tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu.
Nak tak? salam sayang dariku untukmu.........rindu serindu
sudunya.....
*Sumbangan dari Riin (Adeq) utk dijadikan rujukan utk
adik-adik yg baru nak belajar mengarang...*
< Back
|
Next
>
|
|