sejaawal.gif (7051 bytes)

kris.gif (1619 bytes)
�������� Dalam tahun 1957, seklah ini adalah dikenali sebagai Kanowit Rural Improvement School. Ketika itu, sekolah ini digunakan sebagai pusat latihan pertanian untuk belia -belia bumiputra, supaya mereka akan menjadi petani yang lebih berjaya.
�������� Guru Besar sekolah pada masa itu ialah Mr. Gerunsin Lembart. Disebabkan oleh keperluan dan permintaan yang bertambah untuk mengadakan pendidikan formal yang sempurna di Sarawak, maka kokurikulum bercorak akademik juga dimasukkan ke dalam kokurikulum sekolah ini.

keratan.gif (139299 bytes)

Keratan mengenai Pembukaan rasmi Kanowit Goverment Secondary School oleh Resident Bahagian Ketiga, Sarawak, Mr. D.C White

Pembukaan Rasmi
�������� Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di Sarawak. Upacara pembukaan rasmi sekolah ini telah dilangsungkan pada 26hb April 1958 oleh Resident Bahagian Ketiga, Sarawak yang pada ketika itu dipegang oleh Mr. D.C White.
�������� Pada tahun pertama persekolahan pendidikan formal diadakan di sekolah ini, ia hanya ada empat buah kelas. Kelas-kelas berkenaan ialah sebuah kelas "Primary Six", sebuah kelas "Chinese Transition", sebuah kelas "Form One" dan sebuah kelas "Form Two". Bilangan murid yang didaftarkan masuk dalam tahun 1958 ialah seramai 159 orang. Murid-muid ini datangnya dari seluruh negeri Sarawak, iaitu dari Lundu hinggalah ke Limbang. Guru Besar sekolah pada ketika itu ialah Mr. Vincent Uzaraga.
sdy.gif (1850 bytes)
Nama Baru
��������� Pada 22hb Jun 1971, Ketua Menteri Sarawak, ketika itu, Dato Haji Abdul Rahman Ya'kub dan rombongan melawat sekolah ini. Sempena dengan lawatan ini, pengumuman rasmi telah dibuat bahawa nama baru bagi sekolah ini ialahSekolah Menengah Dato' Haji Abdul Rahman Ya'kub.
Panggilan Singkat
��������� Pada 5hb Mei 1972, Ketua Menteri Sarawak, Dato Haji Abdul Rahman Ya'kub, melawat sekolah ini sekali lagi dan merasmikan temasya Sukan Tahunan Sekolah. Dalam ucapannya, beliau ada mencadangkan bahawa "SEDAYA" boleh digunakan sebagai panggilan singkat bagi sekolah ini. Maka, mulai dari hari tersebut, sekolah ini lebih dikenali sebagai panggilan singkat iaitu "SEDAYA". Sempena dengan pengisytiharaan ini
beliau menasihatkan supaya guru-guru dan murid-murid sekolah iniberusaha "Sedaya Upaya" dalam segala lapangan yang diceburi supaya mencapai kejayaan dan kecermelangan.

lawatcm.jpg (172724 bytes)

Lawatan Ketua Menteri Sarawak dan rombongan pada 22hb Jun 1971.


| M/S UTAMA | SEJARAH | PERISTIWA | AKADEMIK | PENTADBIRAN | KO-KURIKULUM | PENGHARGAAN | BUKU PELAWAT |