1. Pembangunanpertambahan populasi dan pembangunan akan
meningkatkan bahan cemar dan pemendapan tanah, ini akan merencat pertumbuhan
karang2. Eksplotasi berlebihan
hidupan karang mendapat
harga yang tinggi di pasaran, permintaan yang tinggi akan menyebabkan penangkapan
berlebihan yang boleh mengganggu keseimbangan kawasan terlibat3.
Teknik penangkapan yang memusnahkan
penggunaan bom, racun dan
pukat tarik merosakkan terumbu karang dan membunuh banyak ikan termasuk
anak-anak ikan4. Tumpahan minyak
membunuh banyak organisma
dan mencemarkan air laut, kesannya adalah berpanjangan dan sukar untuk
dibersihkan5. Pelancongan dan rekreasi
Apa Yang Boleh Kita Lakukan?
Terumbu karang umpama saham yang perlu
dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan, di mana kita bukan sahaja dapat
menikmati keindahannya malah ia dapat menyumbang kepada ekonomi negara.
Tindakan bijak kita merupakan salah-satu pelaburan mudah yang boleh dilakukan,
antaranya ialah:
1. Jangan pegang/pijak batu karang karang akan pecah
dan lapisan mukus/lendir pada karang akan akan hilang; mukus ini penting
kerana ia memelihara karang dari jangkitan penyakit2. Jangan kutip/beli
karang/kulit kerangan untuk hiasan/cenderahati
ini akan
mengurang populasi mereka dan menggangu proses ekologi3. Jangan
buang sampah
ini akan mencacatkan pemandangan dan mencemarkan
air laut4. Jangan gunakan kaedah menangkap ikan yang memusnahkan
ini
akan merosakkan karang secara meluas dan akan membunuh semua ikan 5.
Jangan menaiki jet air (water skiing) di kawasan terumbu karang
ini
akan merosakkan karang dan mencederakan haiwan seperti penyu dan dugong6.
Jangan memberi makan kepada ikan
ini akan mengubah tabiat makanan
dan mengubah warna ikan; menyebabkan ia mudah dilihat pemangsa dan mungkin
mengalami keracunan 7. Pakailah jaket keselamatan jika tidak
tahu mengimbangi diri dan jangan berdiri di atas batu karang,
ini
akan merosak dan mematahkan karang.
Kebanyakan kemusnahan berlaku di kawasan paras air rendah di mana dia terdedah kepada sentuhan manusia. Kita harus 'berkawan' dengan alam sekitar, kita perlu lebih prihatin ke atas keperluan mereka dan yang paling penting, kita mesti mengubah tabiat kita terhadap khazanah berharga ini demi memelihara mereka dari kemusnahan berterusan.