Persatuan Pencinta Alam Pahang telah
menjalankan aktiviti mendaki Gunung Bubu di Negeri Perak pada akhir bulan
April 2001. Pendakian tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi dan disertai
seramai 15 orang ahli. Masing-masing berusia daripada 19 hingga 64 tahun.
Objektif utama pendakian tersebut adalah
untuk meninjau keadaan bentuk muka bumi di kawasan tersebut sama ada sudah
tercemar atau masih terpelihara serta mengkaji beberapa spesis flora dan
fauna yang masih wujud.
Semasa kami memulakan perjalanan ke
Gunung Bubu, kami sempat mengalihkan pandangan ke kawasan tapak pembinaan
baru. Kami dapati sebahagian daripada pokok-pokok hutan telah ditebang
bagi tujuan pembinaan. Permukaan tanah di kawasan tersebut juga sudah terhakis
serta aliran air di kawasan tersebut juga sangat keruh.
Pendakian kami diteruskan sehingga tiba
di tempat aliran air di mana terdapat satu titian usang yang menghubungkan
antara tempat permulaan dengan kawasan seberang.
Sepanjang perjalanan, kami dapati pelbagai
spesis flora seperti pokok paku pakis, pokok rotan, pokok salak hutan,
pokok pinang hutan, pokok sa dan sebagainya. Kami juga sempat melihat beberapa
spesis fauna seperti monyet, ungka, tupai, ulat gonggok, burung enggang
dan lain-lain yang hidup bebas di hutan tersebut.
Setelah hari hampir petang, kami tiba
di bukit anak angkat rakan muda, iaitu tapak perkhemahan utama. Walaupun
tapak perkhemahan tersebut adalah terhad dan kurang lapang, namun kami
tetap mendirikan khemah. Pada keesokan, kami sempat meninjau keadaan sekeliling
tapak perkhemahan. Kami dapati kawasan tersebut telah dicemari dengan timbunan
sampah sarap yang telah ditinggalkan. Bukan itu sahaja, malahan terdapat
segolongan pihak yang tidak bertanggungjawab telah meninggalkan pakaian
mereka seperti baju, seluar dan stokin di kawasan tapak perkhemahan tersebut.
Ini menyebabkan pertambahan sumber pencemaran. Selain itu ampaian sementara
yang ditinggalkan juga turut mencemarkan pemandangan para pengujung. Masalah
ini tidak akan timbul sekiranya para pengujung atau pendaki mempunyai sedaran
tentang pemeliharaan alam semulajadi.
Selang beberapa minit kemudian kami
bersiap sedia untuk mendaki ke puncak Gunung Bubu. Sepanjang pendakian
kami dapati wujud banyak hakisan dan runtuhan dahan-dahan pokok yang telah
mati dan agak tua. Selain itu terdapat pelbagai jenis sampah sarap yang
terdiri daripada kertas plastik makanan ringan, pembalut plastik coklat
dan botol air mineral di sepanjang laluan pendakian kami.
Kami sedih mengenangkan sikap pendaki
yang tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan kebersihan dan keindahan
dam ciptaan tuhan.
Beberapa jam kemudian kami tiba di kawasan
aliran kecil air terjun. Semasa berada di situ kami dapati beberapa botol
air mineral tergantung pada ranting pokok-pokok dan ter-selit di celah-celah
batu. Selepas berehat sebentar, kami meneruskan pendakian. Akhirnya kami
berjaya naik ke puncak Gunung Bubu. Keadaan di puncak Gunung Bubu juga
turut dicemari dengan sariipah sarap seperti tin-tin, kotak, botol air
mineral, kertas plastik maka-nan ringan dan sebagainya. Kami cuba menyelamatkan
keadaan tersebut dengan mengutip sampah tersebut untuk dibuang ke kawasan
sepatutmyn setelah tiba di kaki gunung nanti.
Keadaan cuaca yang kurang baik menyebabkan
kami cepat-cepat menuruni gunung. Hujan yang sangat lebat memaksa kami
bermalam di tapak perkhemahan pertama.
Keesokan awal-awal pagi kami sudah berangkat
pulang. Setelah pelbagai tinjauan dan kajian dibuat, akhirnya kami selamat
pulang ke tempat permulaan, iaitu di kaki gunung.