bg14.jpg (8744 bytes)

nilai&pepesiksaan.gif (17588 bytes)

bar-001.gif (2907 bytes)
[ Up ]
A. PERATURAN-PERATURAN BANK SOALAN

1. Guru-guru diminta menandatangani Buku Rekod Meminjam apabila meminjam kertas soalan dari Bank Soalan . Sila letak balik di tempat asal selepas menggunakannya.
2. Guru dibenarkan meminjam kertas soalan selama 3hari , jikalau ingin fotostat.
3. Diharap jangan membuat apa-apa catatan pada kertas soalan.

B.PERATURAN- PERATURAN PEPERIKSAAN

a. Peraturan-peraturan Penyediaan Soalan Peperiksaan

1. Bentuk soalan boleh ditentukan oleh panitia mata pelajaran masing-masing.
2. Skop peperiksaan Tahap 2 mesti meliputi 30%daripada unit atau kemahiranyang telah diajar , atau pengalaman yang sedia ada pada murid-murid . Tahun 1 dan 2 harus meliputi 90 % daripada unit atau kemahiran yang telah diajar manakala Tahun 3 harus meliputi 80%.
3. Soalan-soalan haruslah sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian calon.
4. Perkara-perkara yang harus diambil perhatian apabila menyediakan soalan :

  1. Markah yang diperuntukan tidak boleh lebih daripada 4markah bagi setiap soalan kecuali soalan subjektif.
  2. Jumlah soalan mestilah boleh dijawab ole calon dalam jangka masa yang telah ditentukan.

5. Kertas soalan Tahun 6 mesti mengikut format UPSR
6. Jangan salin terus soalan peperiksaan dari Bank Soalan. Soalan soalan Bank soalan hanya sebadai rujukan sahaja.
7. Format kertas peperiksaan :

  1. Cara menulis tajuk kertas peperiksaan adalah seperti berikut :
  2. UJIAN BULANAN (1) PEMAHAMAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

    NAMA: _________ ( )-( )-97 Markah : ___________

    Darjah : ______ T/tangan Ibubapa: _______

  3. Di akhir kertas soalan harus catatkan nama dan tandatangan penyedia saolan dan penyemak kertas soalan.

Penyedia : (Nama) ________ (tandatangan) _________

Penyemak : (Nama) __________ (tandatangan) _________

8. Soalan-soalan boleh disediakan dengan tulisan tangan , mesin taip atau fotostast dan tampal (Jika ada gambar) .
9. Tulisan mesti bersih , kemas dan jelas . Saiz tulisan untuk Tahap 1 berdasarkan garisan biru yang ada pada buku tulisan . saiz tulisan untuk Tahap 2 berdasarkan saiz tulisan mesin taip .
10. Penilaian bagi Tahun 1 hingga Tahun 3 harus menggunakanstensil .

b. Tugas-tugas Penyedia Soalan

1. Penyedia soalan harus pastikan tarikh peperiksaan, tarikh menyerah stensil, penyemak soalan dan peraturan-peraturan penyediaan soalan peperiksaan.
2. Sebelum menyedia soalan, mestilah berbincang dengan guru-guru mata pelajaran berkenaan dengan skop, format, peruntukan markah serta peruntukan masa peperiksaan tersebut.
3. Penyedia soalan perlu memberitahu guru-guru yang berkenaan tentang skop dan format peperiksaan 2 minggu sebelum peperiksaan.
4. Stensil yang telah siap harus disemak oleh penyemak soalan dengan teliti. Jawapan harus dikepilkan bersama.
5. Sekiranya terdapat; sebarang kesalahan atau soalan yang kurang sesuai, penyedia soalan bertanggungjawab untuk membuat pembetulan.
6. Stensil yang telah disemak mesti diserahkan kepada Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan 1 minggu sebelum peperiksaan diadakan.
7. Sekiranya terdapat sebarang kebocoran, guru yang terlibat dikehendaki menyediakan semula kertas peperiksaan tersebut.

c. Tugas-tugas penyemak soalan peperiksaan

1. Menyemak kertas soalan dari segi:

  1. Akop peperiksaan
  2. Peruntukan markah
  3. Taraf soalan : senang, 30%, sederhana 45%,susah 25%
  4. Kesalahan jalan bahasa atau ejaan
  5. Jawapan

2. Turunkan tandatangan setelah disemak, kemudian pulangan kertas soalan kepada penyedia soalan.

d. Tugas-tugas pengawas peperiksaan

1. Diminta mendapatkan kertas soalan kelas yang akan masuk nanti di ruang membaca 5 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2. Menyedarkan kertas soalan dan mengepilkan kertas soalan bagi setiap murid.
3. Menuliskan nama murid yang tidak hadir pada kertas soalan.
4. Menjalankan tugas pengawas mengikut jadual waktu masing-masing.
5. Mengawas murid dengan ketat untuk mengelakkan peniruan antara murid.
6. Mengumpulkan semua kertas soalan ( termasuk kertas soalan yang berlebihan ) dan kertas jawapan kepada guru mata pelajaran yang berkenaan selepas peperiksaan.
7. Memulangkan kertas jawapan yang berlebihan bagi peperiksaan penulisan di ruang membaca.

C. Guru-guru yang ingin menggunakan "Risograph" untuk kertas soalan

1. Mendapatkan kertas putih F4 daripada ketua Unit punnilaian dan Peperiksaan.
2. Gunakan satu muka surat sahaja bagi setiap belai kertas. Nombor muka surat hendaklah ditulis dengan jelas pada bahagian tengah di bawah kertas tersebut.
3. Kosongkan 1CM disekeliling kertas apabila menulis soalan.
4. Gunakan kertas F4 untuk berkesan. Elakkan daripada menulis sedikit soalan pada sehelai kertas soalan yang baru.
5. Bolehlah mengunakan ¡¥liquid paper¡¦ untuk membuat pembetulan.
6. Soalan boleh di ¡¥fotostat¡¦ dan ditampal.
7. Elakkan daripada mengambil bahan rujukan daripada senaskah buku rujukan.
8. Diminta penyedia soalan menjaga kebersihan kertas soalan.

back.gif (10897 bytes)