bg14.jpg (8744 bytes)

perpustakaan.gif (9681 bytes) [ Up ]
[ Back ] [ Next ]

bar-001.gif (2907 bytes)

¡@

Perpustakaan sekolah kami dibina di belakang Jabatan Akademik. Tempat yang mempunyai keluasan 40x50 kaki ini mula dibina sebagai perpustakaan pada September 1974 dan siap dibina pada penggal kedua tahun 1975.

Kos pembinaan perpustakaan ialah berjumlah RM24650.00 Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM10000 untuk pembinaan ini dan bakinya dibayar oleh simpanan dalam Lembaga Pengarah selama ini.

Selain itu, segala perabot dalam perpustakaan ini seperti 16 buah para-para buku besar, 32 buah meja panjang dan 170 buah kerusi yang berjumlah Rm 6023.10 juga dibayar oleh Lembaga Pengarah. Tidak lama kemudian, Pengerusi P.I.B.G Encik Yap hooi teng P.J.K juga bersama-sama menderma 12 set lampu elektrik untuk menyempurnakan perpustakaan ini.

Perpustakaan sekolah ini mempunyai simpanan lebih daripada 20000 buah buku Bahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Buku-buku telah dikategorikan oleh guru perpustakaan dan murid-murid juga dilantik untuk mengurus pendaftaran urusan peminjaman buku. Selain waktu yang ditetapkan untuk murid-murid meminjam buku, "waktu perpustakaan " juga disusun dalam jadual waktu belajar untuk mengizinkan guru memimpin murid-murid meminjam dan membaca buku di dalam perpustakaan. Apabila murid-murid menghadapi masalah semasa membaca , mereka boleh bertanya kepada guru tentang masalah mereka; ini boleh meningkatkan minat murid-murid untuk membaca.

Peraturan-peraturan Meminjam Buku

  1. Meminjam dan memulangkan buku mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
  2. Kad Meminjam Buku mesti dibawa semasa meminjam buku.
  3. Setiap pelajar hanya dibenarkan meminjam sebuah buku sahaja pada setiap kali.
  4. Penukaran buku tidak dibenarkan selepas buku dipinjam.
  5. Tempoh pinjaman buku ialah seminggu , denda akan diadakan kepada pemulangan yang lewat. Cara mendenda ialah:

ball3.gif (1653 bytes)  Berhenti meminjam buku untuk seminggu atau

ball3.gif (1653 bytes)   Sesiapa yang telah diberi amaran tetapi masih enggan
    memulangkan bukunya , akan didenda RM0.10 setiap hari.

back.gif (10897 bytes)