Pendidikan Jasmani
Di samping menyalurkan pelbagai ilmu kepada murid-murid pada peringkat sekolah rendah , latihan pendidikan jasmani juga diutamakan supaya perkembangan rohani dan jasmani murid-murid seimbang serta membolehkan murid-murid menerima pendidikan yang sempurna.
Memandangkan betapa pentingnya kemudahan pendidikan jasmani di sekolah rendah , sekolah kami telah menubuhkan Bahagian Pendidikan Jasmani yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan malaksanakan rancangan Pendidikan Jasmani sepanjang tahun supaya pelbagai aktiviti Pendidikan Jasmani dalam sekolah boleh dijalankan secara sistematik dan murid-murid pula dapat membuat persediaan dan latihan yang sepenuhnya untuk menghadapi pelbagai pertandingan sukan di luar sekolah.
Kemudahan Pendidikan Jasmani dalam sekolah adalah belum sempurna lagi namun demikian kemudahan ini makin hari makin mantap dengan adanya rancangan jangka masa panjang. Selain daripada waktu Pendidikan Jasmani , murid-murid juga boleh menyertai aktiviti pendidikan jasmani luar bilik darjah mengikut umur, minat dan kemampuan mereka. Segala kemudahan pendidikan jasmani sekolah ini adalah direka secara umum agar murid-murid dapat sentiasa menjalankan aktiviti dan latihan yang sesuai. Pelaksaan Pendidikan Jasmani luar bilik darjah adalah berpegang kepada prinsip tidak menjejaskan prestasi akademik murid-murid.
Struktur Bahagian Pendidikan Jasmani:
Penyelaras: Pn.Tiau Siew
Mui
Setiausaha: Cik.Law Bee Luan
Olahraga: Cik. Law Bee Luan
Bola Keranjang: Pn.Tan Li Yong
Bola Tampar: Pn.Tiau Siew Mui
Badminton: Pn. Sia Mei Fong