Peace And Love.
Menghela nafas dalam angin musim bunga yang indah,
Berasa seperti berayun dari kabus,
Angin sepoi-sepoi bahasa, musim bunga, menyanyikan lagu yang indah,
Harapan kasih yang tidak terbatas.
Ada kearifan dan kesedaran,
Memberitahu kau dan aku dengan tepatnya.
Langit penuh warna,
Mengikutinya ke sana sini tanpa penyamaran,
Mahu bumi indah ini memilikiku,
Perasaan naif ini tidak akan berubah.
Tangan dihulurkan ke matahari yang besar menyinar,
Yang menghangatkan hati,
Kedamaian dapat mengaitkan kasih yang ada,
Berlari tanpa batasan, lebih menyegarkan.
Segala-galanya dihargai.
Akan dikenang selama-lamanya,
Hanya ada kedamaian dan kasih.
![]()
Bob
Aku Bob, umur sudah 20 tahun lebih,
Orang lain sibuk bekerja tapi aku masih bermain-main,
Semua orang ingat aku hanya membuang masaku,
Semua orang hanya memikirkan diri sendiri saja, tapi aku tak peduli.
Puas sudah aku dengar semua kata-kata itu,
Biar impianku hilang bagaikan asap,
Aku tak hirau bagaimana hidupku.
Kerana aku berasa seperti debu di udara,
Terbaring di jalanan ataupun berteman,
Ataupun hanya bersendirian, bukannya ada masalah besarpun.
Sudah mula muak sedikit dengan diri sendiri,
Orang mengatakan aku ini lemah tidak bermaya,
Rasa teruk pula bila bercakap fasal wang,
Melihat masa depanku seperti memandang angin dan ruang kosong.
![]()
The Morning Train
Hasrat utamaku adalah menemuimu dalam keretapi ini setiap pagi,
Mencium haruman bak bunga,
Payah untuk ditentukan bila aku akan sedar daripada mimpi
Tingkap kaca membiaskan bayangmu,
Membenarkan mata ini meminatimu secara rahsia sekali lagi,
Sayangnya, adakah kau akan tahu hal itu,
Aku hanya merenungkan jutaan tanda tanya.
Harap tidak akan berpisah, berdoa di atas landasan keretapi ini,
Agar tiada perhentiannya selama-lamanya,
Harap tidak akan berpisah, masih lagi mengangankan,
Akulah perhentianmu yang terakhir,
Dan kau akan bersandar tenang di lenganku.
Bunyi bising keretapi,
Seperti lagu yang menenangkan di telingaku,
Adakah kau yang mencantikkan dunia?
Dan perlahan-lahan memanjangkan mimpi?
Aku sangat ingin memberitahu perasaan di hati,
Aku sangat ingin menarik perhatianmu,
Tunggu satu stesen dan lihat apa yang kaufikir,
Harap kau akan tahu bila sampai tiga stesen,
Tapi kau seakan tidak mengerti apa-apa walaupun sudah seribu stesen.
all song translated by Azwina
Next page
![]()