Kandungan
Muka surat
Objektif modul
Tajuk modul
Rujukan
Pengenalan modul
Objektif pembelajaran
Perkara 1. Organisasi sel
2. Rajah 1 : Organisma Unisel
3. Rajah 2 : Organisma Multisel
4. Memerhati Organisma Unisel dibawah mikroskop
5. Soalan Eksperimen
6. Organisma Unisel
7. Sifat dan ciri bagi contoh organisma Unisel
8. Organisma Multisel
Sel
Tisu
Rajah 3
Organ
Rajah 4
Sistem
Rajah 5
Rajah 6
Rajah 7
9. Contoh sistem pada manusia
10. Aktiviti pengukuhan
11. Sudut renungan
12. Latihan pengukuhan
13. Jawapan.
Objektif modul
Organisasi sel
|
Objektif |
|
Tajuk modul : Organisasi sel
Sinopsis
Modul ini akan menumpukan perhatian kepada memahami tentang organisma unisel dan multisel. Isi pelajaran dalam modul ini merupakan lanjutan isi pelajaran yang sebelum ini mengenai struktur dan perbezaan diantara sel haiwan dan sel tumbuhan.Modul ini membolehkan pelajar mengenali contoh struktur organisma unisel dan multisel.Pelajar juga dapat mengetahui bahawa sel mempunyai bentuk serta fungsu yang berbeza.Selain daripada itu modul ini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai sel dapat berkumpul membentuk tisu,organ dan seterusnya membentuk sistem.
Rujukan
Lum How Kee , Rosnah Alias. Biologi Tingkatan 4,Arah Indah Sdn .Bhd.Petaling
Jaya.1991.
Liew Shee Leong,Tan Kim Low,Fadhilah Muhamad. Biologi Tingkatan 5,Media
Pustaka Interprise. Petaling Jaya. 1992.
Pengenalan Modul
Badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel.Sel merupakan unit struktur dan fungsi asas bagi semua hidupan.Perhatikan di sekeliling anda .Bangunan yang anda lihat itu terbina daripada bata sebagai unit asasnya.Begitu juga dengan badan benda,yang terdiri daripada unit binaan yang disebut sel. Kebanyakkan proses kehidupan berlaku dalam sel.Dapatkah benda hidup ini terus kekal hidup sekiranya sel dalam badannya tidak berfungsi dengan sempurna? Cuba fikir apa yang akan terjadi.
Modul ini mengandungi isi pelajaran organisasi sel yang merupakan tajuk kecil dari tajuk Sel sebagai unit fungsi asas hidup. Modul ini cuba menerangkan kepada pelajar mengenai jenis sel , struktur ,fungsi dan sifat serta ciri-cirinya. Dengan yang demikian membolehkan kita menghargai wujudnya keharmonian penyelarasan antara struktur dan fungsi bahagian sel dalam proses fisiologi .Kita juga harus menyedari bahawa proses semula jadi dalam sel berlaku secara sistematik,oleh itu kita sepatutnya mengamalkan sikap tidak mengganggunya.Dalam modul ini kita akan membincangkan mengenai organisma unisel dan organisma multisel. Bagi memudahkan pelajar sebagai pengukuhan , soalan serta jawapan disediakan .
Objektif pembelajaran
|
Objektif-objektif |
|
Di akhir pelajaran ini,setiap pelajar haruslah mempunyai kebolehan-kebolehan berikut :- Memerhati contoh organisma unisel di bawah miskroskop. Mengcamkan struktur sel organisma unisel. Mengcamkan struktur sel organisma multisel. Membezakan organisma unisel dan organisma multisel. Mengetahui tentang konsep sel,tisu,organ dan sistem. Mengenalpasti jenis-jenis tisu haiwan dan tisu tumbuhan yang umum. Menjawab dengan betul soalan –soalan yang disediakan setelah mempelajari isi pelajaran dalam modul ini. |
Organisasi sel.
Semua organisma terbentuk daripada sel. Organisma-organisma boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
Organisma unisel ialah organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja.Misalnya bakteria,euglena,paramesium,ameba,klamidomonas dan lain-lain.
Organisma multisel ialah organisma yang terdiri daripada banyak sel.Misalnya manusia,ikan,hidra,cendawan,paku-pakis dan lain-lain.
|
Soalan dalam teks |
|
Memerhati organisma unisel dibawah mikroskop
.Radas dan bahan.
Mikroskop,slaid,kaca penutup,bikar,kultur paramesium,cuka,larutan penunjuk bikarbonat segar,kertas turas,penitis dan kuar.
Kaedah
Pemerhatian.
|
Ciri |
Pemerhatian |
|
Pergerakan |
|
|
Bergerak balas |
|
|
Respirasi |
|
Soalan eksperimen.
5.Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
6. Sebutkan ciri kehidupan organisma unisel yang diperhatikan dalan eksperimen ini.
Organisma Unisel
Setakat ini,anda tertu menyedari bahawa setelah paramesium digunakan ,ia harus dikembalikan kehabitat semulajadinya.Nyawa adalah kurnian Tuhan kepada setiap makhluk ciptaannya.Kita patut menghargai nyawa haiwan kerana haiwan juga mempunyai hak untuk terus wujud di muka bumi ini. Mengamalkan sikap berperikemanusiaan terhadap segala yang bernyawa akan menjamin kesejahteraan hidup dibumi ini.
Dalam eksperimen di atas ,anda telah dapati bahawa Paramesium walaupun terdiri daripada hanya satu sel,boleh terus hidup dalam habitatnya.Ia boleh hidup sebagai satu unit kehidupan lengkap yang berfungsi.Paramesium boleh menjalankan semua aktiviti yang dilakukan oleh organisma multisel. Paramesium boleh menjalankan proses kehidupan saperti berespirasi,bergerak,memakan dan bergerakbalas terhadap rangsangan .Selain daripada itu Paramesium juga menunjukkan ciri-ciri kehidupan saperti pembiakan,pertumbuhan dan perkumuhan.
Sifat dan ciri bagi 2 contoh organisma unisel iaitu paramesium dan ameba
.Paramesium.
Paramesium boleh didapati dalam kolam air tawar,terutamanya jika terdapat bahan-bahan organik yang sedang mereput.
8. Perkumuhan
Hasil-hasil perkumuhan saperti karbon dioksida dan urea disingkirkan melalui pelikel
pada permukaan badannya secara peresapan.
9. Kawalan air (pengosmokawqlaturan).
10. Kepekaan
11. Pembiakan
Ameba.
Pertukaran gas berlaku pada keseluruhan permukaan ameba melalui proses peresapan.
Ameba bergerak dengan mengeluarkan pseudopodium yang dihasilkan melalui pengaliran sitoplasma.
Organisma multisel
Sel
Badan organisma multisel terdiri daripada berjuta-juta sel yang beraneka jenis .Setiap jenis sel berbeza dari segi saiz dan bentuk.
Organisma multisel misalnya manusia melakukan semua fungsi hidupnya melalui kerjasama antara pelbagai jenis sel yang melakukan tugas dan fungsi tertentu.
Pengkhususan sel adalah proses pembezaan sel ,iaitu proses perubahan dan penyesuaian yang berlaku pada sesuatu sel dengan tujuan mencapai struktur dan fungsi fisiologi yang spesifik. Oleh yang demikian terdapat pengkhususan sel dalam organisma multisel untuk menghasilkan organisasi berikut.
Sel Tisu Organ Sistem Organisma
Sekelompok sel yang serupa dari segi struktur dan penyesuaian membentuk tisu bagi menjalankan fungsi khusus yang tertentu.
|
Soalan dalam teks |
|
4.Cuba anda bayangkan akibatnya jika sel retina atau sel saraf otak terdapat bertaburan iseluruh badan manusia. |
Tisu
Tisu-tisu yang sama jenis mempunyai bentuk dan saiz yang sama.Tisu yang berbentuk paling ringkas disebut epitelium.Epitelium terbina daripada selapis sel yang meliputi permukaan badan haiwan.Epitelium memberi perlindungan terhadap jangkitan dan kecederaan.
Contoh tisu haiwan saperti tisu otot ,tisu epitelium,tisu saraf dan tisu penghubung. Contoh tisu tumbuhan saperti tisu mesofil,tisu xilem dan tisu floem.
|
Soalan dalam teks |
|
5.Adakah tisu kulit manusia terdiri daripada satu jenis sel sahaja? 6.Sebutkan dua contoh tisu yang mengandungi lebih daripada dua jenis sel yang berlainan. |
Organ
Tisu membentuk organ.Beberapa jenis tisu yang berlainan berkumpul dan berfungsi bersama-sama membentuk organ untuk menjalankan suatu proses kehidupan yang tertentu.
Ada organ yang menjalankan satu fungsi sahaja,misalnya jantung.Jantung ialah organ yang bertindak sebagai pam,supaya darah dapat diangkut keseliruh badan .Jantung terdiri daripada tisu otot,tisu darah,tisu saraf dan tisu perantara.
Organ lain mempunyai lebih daripada satu fungsi misalnya organ ginjal .Ginjal membuang hasil perkumuhan dan ia juga menetapkan kepekatan osmosis cecair badan manusia.Hati ialah organ yang disesuaikan untuk menjalankan pelbagai fungsi.
Tumbuhan juga mempunyai organ yang terdiri darpada pelbagai jenis tisu misalnya daun,akar,batang dan buah.
|
Soalan dalam teks |
|
7. Cuba namakan organ yang terlibat dalam sistem pencernaan manusia. 8. Adakah paru-paru menjalankan satu fungsi sahaja. 9. Cuba sebutkan semua fungsi hati manusia 10. Cuba sebutkan organ lain yang dipunyai oleh pokok bunga raya. |
Sistem
Beberapa organ yang bekerjasama menjalankan satu proses kehidupan akan membentuk sistem.Sistem ini menyelaraskan fungsinya yang khusus untuk memastikan tubuh organisma multisel dapat hidup dan berfungsi dengan sempurna.
|
Soalan dalam teks |
mamalia yang lain. 12. Apakah nama sistem yang terdapat dalam tubuh manusia? 13. Adakah bilangan dan jenis sistem dalam tubuh seseorang lelaki sama dengan sistem yang terdapat dalam tubuh seorang perempuan? 14. Renungkan kembali samaada selama ini anda telah mengamalkan sikap bantu membantu sebagaimana perjalanan sistem dalam badan organisma multisel? 15. Jika tidak,apakah yang perlu anda ambil untuk memiliki sikap sedemikian? |
Contoh sistem pada manusia
|
Sistem |
Organ utama |
Fungsi utama |
|
Pencernaan |
Perut,hati,pankreas |
Mencerna dan menyerap zat makanan |
|
Respirasi |
Trakea,paru-paru |
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida |
|
Darah |
Salur darah,jantung |
Mengankut oksigen dan zat makanan |
|
Saraf |
Saraf tunjang,otak |
Menerima dan membawa impuls saraf |
Aktiviti pengukuhan
Cari maklumat dan bincangkan dengan rakan anda tentang organisasi sel pada pokok mangga dan belalang.Sediakan lapuran anda dalam bentuk carta yang ringkas dan mudah difahami.Bentangkan lapuran anda kepaqda kelas.
Sudut renungan
Sekumpulan sel dalam peparu berubah secara fisiologi dan struktur menjadi sel kanser.Apakah kesan sel kanser ke atas proses mengekalkan keseimbangan dalam badan pesakit kanser?
Latihan pengukuhan
a) sel b) tisu c) organ d) sistem
Peramesium,Ameba,bubuk kayu,udang,lipas yis,bakteria,ikan ,Euglena,Mimosa.
|
A |
B |
|
Tisu saraf |
Membantu pergerakan |
|
Tisu vaskular |
Membawa impuls saraf |
|
Tisu otot |
Melindungi organisma |
|
Tisu epitelium |
Mengangkut zat makanan |
|
Tisu meristem |
Menghasilkan sel baru |
Jawapan soalan eksperimen
Jawapan dalam teks
a) mulut b) esofagus c) perut d) usus besar e) usus kecil
Jawapan latihan pengukuhan
b)Tisu ialah sekumpulan sel yang mempunyai fungsi yang sama.
Multisel --- Udang,lipas,ikan,mimosa
3.
|
A |
B |
|
Tisu saraf |
Membawa impuls saraf |
|
Tisu vaskular |
Mengangkut zat makanan |
|
Tisu otot |
Membantu pergerakan |
|
Tisu epitelium |
Melindungi organisasi |
|
Tisu meristem |
Menghasilkan sel baru |
4. Tisu otot tidak terdapat dalam tumbuhan kerana tumbuhan tidak bergerak saperti
haiwan.
5. Organ ginjal.