Home Pengantar | Pendahuluan | Organization Chart | Secretariat

 


 

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

 

 

Manusia adalah makhluk Allah, maka Penciptanya, Allah, telah menetapkan supaya manusia ini mengenal dininya dan mengagungkan Penciptanya "am melaksanakan aktiviti-aktiviti penghidupan yang dijalankan. Aktiviti yang dimaksudkan tidaklah terhad hanya kepada ibadah khusus sahaja, bahkan meliputi segala perialanan hidup seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan kesenian. 

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku.

(Az-Zariyat:56). 

 

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura(NUSPBM) sebagai gerakan pelajar Islam yang menekankan perlunya pembinaan secara sepadu seluruh dimensi kem'sanan mesti memastikan agar setiap langkah yang diambil dalam sebarang aktiviti, ditujukan untuk mencapai keredaan Allah s.w.t semata. Hanya melalui cara beginilah, kita akan memperolehi kejayaaan dalam erti-kata yang sebenamya. Allah s.w.t ada berfirman:

Wahai orang -orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu -

(Al-Baqarah:208

 

Semoga Allah s.w.t memberikan keberkatan dan kejayaan didalam pejuangan merealisasikan visi dan matlamat-matlamat suci NUSPBM.

' Wahai orang-orang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan memantapkan tapak pendirian kamu

 (Muhammad. 7)

 

 


Go Top

 

Organisasi yang teratur yang dapat menunjukkan dengan jelas, aliran kerjanya, pengkhususan kerja, susunan hiraki, peraturan dan arahan, pengawalan dan strategi perlaksanaan akan berupaya merealisasikan matlamat-matlamatnya dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Dalam sejarah Rasulullah s.a.w kita dapat melihat bagaimana baginda amat mementingkan soal organisasi dan perancangan. Ini dapat dilihat pada peristiwa Hijrah dari Mekah ke Madinah, pembukaan kota Mekah dan peperangan peperangan yang dihadapinya.

Sayidina Ali r.d.h. pernah berkata, " Ma'ruf yang tidak teratur dan tersusun (berorganisasi) itu bisa dikalahkan oleh mungkar yang teratur dan tersusun rapi" dan berfirman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah amat cinta kepada orang-orang yang berjuang kepadaNya bersaf-saf (berorganisasi)seakan-akan mereka seperti bangunan yang kukuh " (As-Saf.-4)

Setiap organisasi itu mempunyal visi dan matlamat yang tertentu yang menjadi dasar perjuangan dan pergerakanya. Namun, untuk merealisasikan visi dan matlamat-matlamat dengan berkesan, maka ianya harus difahami serta dijiwai oleh semua lapisan dan peringkat pengurusan, terutama sekali pada jawatankuasa-jawatankuasa pengurusan.

Justeru itu, beberapa aspek utama didalam mekanisma perjuangan NUSPBM akan diketengahkan, bagi kejelasan arah dan matlamat didalam kita melaksanakan program-program NUSPBM.

Terdapat 4 aspek utama didalam mekanisma, pergerakan NUSPBM yaitu:

  1. Visi, Misi, matlamat dan falsafah NUSPBM
  2. Prinsip-prinsip organisasinya
  3. Pengarahan kepimpinan
  4. Kredos persatuan

 

1. VISI, MISI DAN FALSAFAH

1.1 Pergerakan pelajar selalunya dikaitkan dengan sifat agresifnya, dinamiknya dan idealismanya yang tinggi demi menjadi "agents of change" di dalam masyarakat. Kepincangan dan tidak keadilan di dalam masyarakat akan mengakibatkan tindak-balas yang empatik dan penuh kesanggupan bagi memperbaiki keadaan dan suasana. Inilah ciri-ciri golongan belia (pelajar), dimana Allah s.w.t amat cintai. Tambahan pula masa mudanya disalurkan kearah kerja-kerja Ibadah.

 

1.2 Justeru itu, NUSPBM akan terus memastikan idealisma pergerakannya dipegang dan dijunjung walaupun untuk mencapai ketahap itu, memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi ada menyatakan:

"Janganlah kamu tergesa-gesa untuk mencapai matlamat perjuangan dan cuba memetik hasilnya sebelum tiba masanya "

 

1.3 Visi

Kearah Masyarakat Rabbani

 

1.4 Misi

Terbina insan akademis, pencipta, pengabdi yang bernafaskan Islam dan bertanggungjawab atas terwujudnya masyarakat adil dan makmur yang diredhai Allah s.w.t

 

1.5 Matlamat

  1. Menggalakkan serta menguatkan pengunaan bahasa Melayu sebagai wadah atau alat yang berkesan lagi dinamik bagi tujuan penyedaran dan penyelesaian yang berpaksi daripada sifat tanggungjawab sebagai Khalifah dimuka bumi ini.
  2. Membentuk dan memperkukuhkan tali-tali persaudaraan sejati atas dasar iman dan taqwa yang dapat menyatupadukan hati, jiwa dan pemikiran kearah kebahagiaan abadi.
  3. Menyematkan sifat keperihatinan dan kepekaan dikalangan mahasiswa-mahasiswi Islam terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam, khususnya masyarakat Melayu Singapura.

 

1.6 Falsafah

"Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapa dan kaum kerabatmu"

(An-Nisa : 135)

 

2. PRINSIP ORGANISASI NUSPBM

 

2.1 Prinsip-prinsip organisasi NUSPBM adalah merupakan tulang belakang atau asas akan bagaimana cara kita bekerjasama dan berbincang untuk melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Justeru itu terdapat 4 prinsip organisasi NUSPBM yaitu:

  1. Al-quran dan As-sunnah sebagai pegangan(Comprehension)

    - Al-Quran, Hadith,Ijtihad dan Qias sememangnya menjadi pegangan atau sandaran utama NUSPBM.

    "Telah aku tinggalkan pada kamu yang dimana kamu ambil akan dia sekali-kali tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah(Al-Quran) dan Sunnahku "

    (Hadis Sahih)

  2. Taat dan hormat kepada kepimpinan(Obedience and respect to leadership)

    - Ialah menyentuh mengenai ketaatan terhadap perintah dan arahan pemimpin selagi ia tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalam sebuah hadis riwayat Ash Shikhan:

    "Orang-orang Islam wajib dengar dan taat, terhadap perkara-perkara yang disukai atau dibencinya, kecuali dia disuruh berbuat maksiat."

  3. Musyawwarah(Consultation)

    - Musyawwarah atau mesyuarat adalah merupakan amat dititikberatkan oleh Islam. Ianya adalah supaya segala sudut dan aspek tentang sesuatu perkara itu dapat dikupas dan diselidiki agar kegagalan atau kesalahan dapat diatasi secara kolektif. Dalam hal ini Allh s.w.t berfirman:

    "Dan mesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu"

    (Ali-Imran: 159)

  4. Amal-jamiyy(Collective effort) - Dinamiks didalam sesebuah kumpulan dimana usaha dilakukan secara bersama dengan intipati amal jam'iyy seperti kepatuhan, kerjasama, pesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran.

    "Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"

    (Al-Asr:2-3)

3. Pengarahan Kepimpinan

 

3.1 Sebagai seseorang pemimpin yang diberi tanggungjawab didalam melaksanakan Amar Ma'aruf Nahi Mungkar (NUSPBM), hendaklah dilakukan dengan strategik dan berfikiran jauh. Sesungguhnya, Rasullah s.a.w telah memberikan suatu sistem yang ampuh yang beliau bekalkan sebagai pedoman kepada sahabat Muadz bin Jabal ketika beliau diutus untuk melakukan dakwah ke negeri Yaman yaitu :

"Permudahlah,jangan dipersukarkan. Gembirakanlah jangan dibuat kesan yang menyebabkan menjauh."

Didalam Al-Quran juga Allah s.w.t ada berfirman:

"Tidak ada paksaan dalam agama Islam, sesungguhnya telah nyata perbedaan diantara yang benar dengan yang salah "

(Al-Baqarah:256).

 

3.2 Justeru itu, NUSPBM meletakkan 3 pengarahan kepimpinan yaitu:

  1. Menjaga hubungan dan perpaduan

    - Hendaklah sentiasa memberi keutamaan kepada kesatuan dan perpaduan kerana menjaga perpaduan atau silaturahim adalah wajib. Allah s.w.t berfirman;

    "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati, lalu menjadilah kamu kerana ni'mat Allah orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada dijurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan oyat-ayat Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk "

    (Ali-Imran: 103)

  2. Hikmah dan bijaksana didalam perjuangan

    - Penyampaian haruslah dijaga dan diteliti agar penerimaan anjuran dan tegahan itu menjadi berkesan. Didalam hal ini Khalifah al-Ma'mun telah didatangi oleh seorang dai' yang mengkritiknya dengan penyampaian yang keras dan pedas, lalu al-Ma'mun menjawab;

    " Nasihatilah aku dengan sopan kerana Firaun ini lebih jahat dari aku dan Nabi Musa a.s. itu lebih baik dari kamu, namun Nabi Musa as. menggunakan bahasa yang lunak "

    - Janganlah membenci kepada sesiapa kerana orang yang kita benci itu, mungkin nanti menjadi orang yang lebih baik daripada kita. Imam Hasan Al-Bana pernah berkata:

    " Jangan sekali-kali menaruh kebencian terhadap seseorang, kamu boleh membenci perbuatan mereka tetapi pohonlah petunjuk kepada mereka. Bukankah sebaik sahaja terjadi malapetaka Uhud, Rasullulah s.a.w segera berdoa; "Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kaum ku, sesungguhnya mereka tidak tahu. "

  3. Memperkuat tekad dan memperhebatkan amalan

    - Hendaklah di ingatkan kita hanya mengetengahkan atau menyampaikan perkara-perkara yang benar, dan bukan sebagai penghukum. Oleh yang demikian, setelah diusahakan bersungguh-sungguh kearah kebenaran dan namun ianya tidak berhasil dan bertepatan maka hendaklah diserahkan perkara itu, kembali kepada Allah s.w.t

    "Kamu sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan sahaja, Kamilah yang menghisab amalan mereka "

    (Ar-Rad. 40)

    - Sesungguhnya, aspek pengharapan dan doa harus sentiasa diiringi dengan perlaksanaan kerana kekuatan dan kejayaan sesuatu usaha itu, bergantung besar kepada iman dan taqwa.

 

4. KREDOS PERSATUAN

Bagi membantu untuk menimbulkan suatu budaya kerja yang murni dan telus didalam NUSPBM, 4 kredos telah diperkenalkan dan diterapkan didalam kerja-kerja persatuan NUSPBM. Kredos tersebut ialah:

  1. Keikhlasan Tujuan
  2. Kebijaksanaan Perlaksanaan
  3. Srategik Pengurusan
  4. Tangisan Pengharapan

 

Akhir kalam, moga-moga Allah s.w.t merahmati dan menerima segala perjuangan NUSPBM, demi untuk mendapatkan keredahaanNYA, Insya-Allah.
Go Top
Home