Click on each button of the image for more!
Sekretariat Kebajikan Mengeratkan silaturahim dan menjalin hubungan.Itulah antara matlamat utama sekretariat kebajikan. Kami menganjur kegiatan-kegiatan seperti Pertamdingan Sukan Antara Institusi Tinggi, Majlis Berbuka Puasa, 'Night Cycling', Lawatan ke rumah-rumah kebajikan dan ceramah yang mengetengahkan isu-isu semasa. Kegiatan-kegiatan kami yang menteraskan keutamaan kepada pengguna menarik ramai mahasiswa dan tidak secara langsung merapatkan ukhuwah di kampus.
Strategi sekretariat penulisan dalam kegiatan-kegiatan dakwah, mendidik dan memajukan masyarakat ialah dengan menggunakan sastera khususnya seni kesusteraan Melayu sebagai wadah. Matlamat kami ialah untuk menanamkan keyakinan dalam diri para penuntut bahawa bahasa itu tunjang peradaban bangsa dan maka itu kita haruslah berusaha melestarikan dan mengembangkan pengunaan bahasa Melayu. Antara kegiatan-kegiatan yang dianjurkan ialah peraduan menulis sajak cerpen dan esei,Pesat Pantun untuk Maktab Rendah dan program pendedahan budaya.
Sekretariat Penerbitan Sekretariat kami menerbitkan majalah dwi tahunan PBM, SALAM. Matlamat SALAM ialah untuk memaparkan isu-isu terkini berhubung dengan mahasiswa di NUS serta masyarakat Melayu/Islam, amnya. Salam juga menjadi suatu media interaktif yang membolehkan 'suara' mahasiswa diketengahkan selain menjadi alat untuk mengembangkan potensi mahasiswa dalam bidang penulisan dan penerbitan. |