MENGHITUNG HARI
KEHIDUPAN BICARA BUAT TEMAN
Hidup adalah ibarat bot di tengah lautan
Dipukul ombak ke kiri
Kesitulah ia
Dipukul ombak ke kanan
Ke kananlah ia
Duhanyutkan arus
Turutlah ia

Kita...
Ibarat pengemudi bot itu
Andainya kita pandai menentang arus
Selamatlah meniti permatang
Jika tidak
Tenggelamlah kita di dalam arus yang penuh dugaan

Berhati-hatilah temanku
Hidup perlu berjuang
Berjuang ertinya berkorban
Berkorban itu menderita
Menderita itu adalah
Asam garam dalam kehidupan


Dipetik dari 'Memorial Graduan'
Hasil Nukilan: Shalida Abu Hassan
DIA Arau 96-99
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Teman...
Kenangan bersama
Masih segar di ruang ingatanku
Masih terbayang di ruang mata
Suka duka kita bersama
Pahit manis dirasai
Bersama berjuang
Bersama berusaha
Tanpa mengenal erti jemu
Demi mencipta sebuah kejayaan
Cita-cita diburu
Harapan dibina
Agar sama kita nikmati
Hasilnya dengan gembira

Kini...
Saat yang ditakuti muncul jua
Setelah sekian lama bersama
Tiba waktu kita berpisah
Terbayang kesayuan di wajah
Titisan-titisan airmata
Melambangkan keakraban
Biarpun begitu teman...
Terpisah jua kita akhirnya

Kutitipkan pesananku buatmu...teman
Jika kalian takutkan perpisahan
Usah cuba mengundang pertemuan
Kerana perpisahan tidak wujud
Tanpa hadirnya pertemuan

Teman...
Walau di mana kalian berada
Kenangan bersama usah dilupa
Abadikan ia di dewi hatimu
Curahkanlah baktimu, jasamu
Dengan hati yang jujur
Dengan niat yang ikhlas
Demi agama, nusa dan bangsa


Dipetik dari 'Memorial Graduan'
Hasil Nukilan: Maazlina Mamdin
DIA Arau 96-99
Alor Setar, Kedah.
PAGE NI KHAS UNTUK MEMBER� YANG SAMA� BELAJAR KAT ARAU
Untuk semua 'All the best for all of you' dan jangan lupa pesan aku kat dalam buku Memorial 'kalau makan roti ingatlah aku'...kih kih kih.

 
Favourite Links
 

tekan kat sini
Kawan� semasa di ITM Arau


tekan kat sini
PALAPES batch ke-18 dari ITM Arau


tekan kat sini
Kenangan kat Arau

Email me on:
[email protected]

This page has been visited times.