| MONICA Lewinsky, 25 tahun akhirnya mengaku juga betapa dia pernah
mengadakan hubungan kelamin dengan Presiden Clinton yang kasanova itu.
Penyiasatan dan dakwaan beberapa bulan oleh pendakwa Kenneth Starr berjaya membuka mulut Monica yang kononnya cuba ditutup oleh para pegawai Rumah Putih. Apa natijahnya akan sama-sama dunia saksikan selepas ini, tetapi Clinton sudah tentu tidak dapat mengelak dari turun naik mahkamah. Dia sudah tentu akan didakwa dan ia akan menggegarkan Rumah Putih sekali lagi setelah skandal Watergate Nixon tahun 70an dulu. Clinton gagal untuk menutup kes ini. Dia berusaha keras supaya Monica menafikan hubungan mereka, tetapi keperkasaan ketua negara Amerika itu tidak kebal dari menghadapi tuntutan keadilan dari rakyat Amerika. Clinton tidak merasa malu dengan hubungan jenis dan kisah kasanovanya adalah diketahui umum dan terbuka. Tetapi kini dia sudah tentu muram kerana menggunakan orang di pejabatnya dan kediaman rasminya - Rumah Putih - untuk tujuan berpoya-poya dan mungkin juga menggunakan masa bekerja untuk berzina. Skandal seks bukan pelik bagi pemimpin barat, tetapi dalam keadaan tertentu skandal seks banyak menjatuhkan ketua-ketua kerajaan. Skandal Clinton dan Lewinsky dipercayai bukan suatu kebetulan terbit dari rangsangan nafsu berahi Clinton. Tetapi ada kemungkinan bahawa ia satu rancangan jahat zionis bagi memastikan ketua negara Amerika itu sentiasa dalam tekanan Yahudi. Yahudi tahu bahawa Clinton adalah kaki betina. Sama ada viagra ada atau tidak ada, Clinton pantang jumpa dahi licin. Tetapi Clinton juga adalah seorang yang begitu jelas mahu mendamaikan Israel dengan Palestin. Clinton dapat mengalahkan George Bush yang menjadi wira perang teluk itu adalah atas sokongan Yahudi, tetapi selepas itu Clinton menunjukkan komitmennya yang bersungguh-sungguh untuk mendamaikan dua bangsa yanag bermusuh itu. Usaha diplomatik Clinton telah berjaya membawa Yasser Arafat dan Yitzhak Rabin bertemu dan berdamai di Rumah Putih. Perjanjian itu walau satu kemenangan besar kepada Yahudi kerana perjanjian yang Clinton usahakan itu adalah satu perjualan rasmi Palestin kepada Israel, tetapi bagi Israel ia memungkinkan Palestin ada negara. Yahudi di mana-mana pun tidak mahu melihat Palestin ada negara malah ia tidak mahu melihat Baitul Maqdis hilang dari tangannya. Jika boleh Israel tidak mahu melihat ada negara Arab dalam dunia. Melalui perjanjian yang diusahakan oleh Clinton sebahagian dari tanah yang ditakluk Israel, Jaricho dan Tebing Gaza, walaupun sekangkang kera, terpaksa diserahkan kepada Palestin. Israel terpaksa mengiktiraf PLO yang satu masa dianggap pengganas dan terpaksa melihat negara Palestin di depan matanya. Bantahan Yahudi terhadap usaha damai itu dapat dillihat dari sikap mereka membunuh Yizhak Rabin dan kemudian mereka menolak kerajaan Buruh yang menyetujui perjanjian damai itu. Mereka memilih Benjamin Netanyahu untuk menerajui kerajaan. Netanyahu adalah menolak rancangan Rabin. Dia tidak bersedia menyerahkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Palestin yang sekangkang kera itu. Itulah sebabnya sekarang Netanyahu tidak pernah mahu menunaikan apa yang telah disetujui oleh Rabin dan ia telah menolak cadangan dan campur tangan Clinton. Malah Netanyahu tidak teragak-agak membenarkan orang Yahudi mrobohkan rumah Arab dan merampas tanah mereka. Namun begitu Clinton tetap mendesak supaya Netanyahu berdamai dan berjumpa juga dengan Arafat. Jika Clinton terus menerus mendesak Israel menyerahkan Baitul Maqdis kepada Israel, bukan mustahil akhirnya Israel akan terdesak, ada Palestin dan Baitul Maqdis tidak dapat dijadikan ibu kota Israel. Israel mahu memastikan Clinton tidak begitu komited dengan usaha damai, tidak memperdulikan Arafat lagi dan jika boleh Amerika sibok bersengketa dengan Arab. Oleh itu Clinton mesti diperangkap. Monica Lewinsky dipercayai datang ke Rumah Putih atas rancangan Yahudi, dan mengikut maklumat yang diterima bahawa Rumah Putih itu sendiri penuh dengan orang-orang Yahudi atau ada hubungannya dengan Yahudi. Monica dikatakan berketurunan Yahudi. Lazimnya nama keturunan seperti Lewinsky itu dan nama seakan-akan dengannya adalah berasal dari Yahudi Poland atau dari Eropah Timur. Trotski, pemimpin komunis Soviet yang seangkatan dengan Lenin adalah berketurunan Yahudi. Dia dicadangkan oleh Lenin untuk menjadi Perdana Menteri pertama Soviet, tetapi dia menolak kerana dia Yahudi. Monica dipercayai dicadangkan bekerja di Rumah Putih dan cuba menarik perhatian Clinton. Dalam lain perkataan mungkin Monica dijadikan umpan seks untuk memerangkap Clinton. Walaupun Clinton kaki betina, tetapi jika Clinton terlibat dengan kakitangannya di Rumah Putih, sudah tentu ini akan mengganggu politik negara dan keluarga Clinton jika Clinton hal ini dibocorkan. Clinton sudah pun berhadapan dengan masalah politik. Jika Clinton tidak galak sangat dalam urusan damai di Asia Barat, mungkin kisah skandal seksnya dengan Monica itu didiamkan. Tetapi memang dari kaca mata dan kepentingan Yahudi, usaha berat sebelah itu tetap mengganggu Yahudi. Dan sekarang Clinton belum terasa bahawa apa yang terjadi itu adalah permainan Yahudi untuk memperdaya atau melemahkannya. Pada ketika yang sama kisah ini akan menggoncang rumah tangga Clinton. Mungkin pada zahirnya Puan Clinton telah biasa dengan hubungan Clinton dengan perempuan lain. Tetapi ia tetap menggaggu fikiran dan ketenangannya. Dunia sudahpun tahu tentang keruntuhan rumah tangga Putera Charles dengan Diana. Perantai Putera Charles main kayu tiga dengan perempuan lain pada mula kelihatan sepi tetapi kita telah mengetahui hubungan itu memporak perandakan keluarga itu. Clinton dan isterinya mungkin menghadapi masalah yang sama jika nantinya kisah skandal itu terus dibongkar. Anak Clinton juga akan terganggu. Clinton tentu tahu sekarang bahawa dia sudah berhadapan dengan kesusahan. Bagaimana dia hendak menyelamatkan pentadbirannya dan bagaimana dia dapat menjadi pemimpin yang bermaruah dan dihormati? Clinton sudah tentu sibok menghadapi isu menyelamatkan namanya, keluarganya dan maruah bangsanya. Dia mungkin tidak banyak masa akhirnya untuk menghadapi isu luar negeri termasuk urusan damai Arab dan Israel. Jika akhirnya Clinton terpaksa ke mahkamah menghadapi dakwaan, maka Clinton mesti sibok untuk menyelamatkan kerusi Presidennya. Dia akan bergelut untuk mempertahankan kedudukannya supaya tidak menjadi orang kedua selepas Nixon dibuang dari Rumah Putih ketika berkhidmat. Jika Clinton sebok dengan mahkamah, maka dia tidak terdaya menangani isu Israel. Dia tidak dapat masa untuk menghadapi pemimpin Israel yang degil dan yang tidak akan tunduk dengannya. Israel akan bermaharajalela lagi. Jika Clinton digantikan, maka ganti Clinton belum tentu seperti Clinton. Orang itupun tajaan Yahudi juga. Clinton tidak perlu menjadi pelampau Islam. Sebagai Presiden Amerika yang memihak kepada Israel pun tetap menjadi ancaman Yahudi bila tidak patuh 100 peratus kepada Yahudi. Amerika bangga mengancam dunia ketiga tetapi Amerika sendiri diawasi Yahudi. |