OIC belum iktiraf Kosovo merdeka

UMAT Islam Kosovo sudah memutuskan untuk berpisah dari Yugoslavia atau khususnya Serbia. Ertinya Kosovo menjadi wilayah merdeka. Untuk memastikan kemerdekaan itu kekal, maka rakyat terpaksa berjuang - berperang. Jika apa yang berlaku antara Kosovo dan Serbia sekarang adalah satu perperangan kemerdekaan, maka peperangan itu berlaku secara tiba-tiba.

Kosovo adalah wilayah otonomi di bawah Serbia. Majoriti penduduknya Kosovo adalah bangsa Albania berketurunan Islam. Ia adalah penduduk asal Kosovo yang sejarahnya lebih awal sejarah dan kelahiran bangsa Sparta dan Greek yang Turki panggil Yunanistan itu.

Kosovo adalah antara penduduk Balkan yang awal menganut Islam. Oleh kerana Kosovo adalah Albania, maka sejarah Albania adalah sejarah Kosovo. Hanya dari segi geografi ia terletak di Yugoslavia. Soal mereka Islam tidak berbangkit bila rantau Eropah Timur jatuh ke tangan komunis. Jangankan Islam di Kosovo yang diperintah komunis keturunan Kristian Ortodoks Serb, Albania yang berketurunan Islam itu pun tenggelam apabila ia juga jatuh ke tangan komunis.

Sejarah gemilang Islam Albania dan Kosovo ranap apabila komunis berkuasa. Generasi yang dibesarkan selepas komunis berkuasa boleh dikatakan terpisah terus dengan kehidupan Islam dan jika mereka berbangga dengan Islam bukanlah kerana ajarannya yang suci dan syumul tetapi sekadar datuk nenek mereka Islam yang terkenal.

Kini empayar komunis sudah hancur dan Yugoslavia juga hancur. Tetapi komunis yang kosong dan berkarat itu terbawa-bawa juga komunisnya tetapi tidak lagi berbangga dengan ajaran komunis yang dibawa oleh Lenin dan Tito dulu. Malah Albania sendiri pun masih dengan karat komunisnya, cuma bangga yang mereka berketurunan Islam dan Islam mereka dengar ada sejarah gemilang.

Apabila angin pengaruh Islam tiba ke telinga mereka, ia menyebabkan mereka terasa yang mereka adalah tidak sama dengan Serbia yanag juga komunis tetapi keturunan Kristian Ortodoks. Dulu ia adalah musuh Islam. Ingatan kepada Islam itu menyebabkan mereka dicurigai dan dimusuhi oleh komunis yang anti Islam dan Ortodoks pula. Curiga dan kebimbangan ketara apabila perang pembersihan etnik dilancarkan di Bosnia herzegovina dan Croatia.

Dasar pembersihan etnik Serbia itu tetap mengancam keselamatan keturunan Islam Kosovo. Sama ada mereka masih Islam atau sekadar keturunan Islam, Serbia mengira mereka Islam yang mesti dimusnahkan. Sudah tentu umat Islam Kosovo bersedia dan masanya tiba bila Serbia membatalkan otonomi Kosovo. Ia tidak diterima oleh Kosovo, maka perang kemerdekaan secara terbuka bermula.

Sudah tentu orang Islam tertindas di bawa Yugoslavia. Jika Ibrahim Rugovo itu mendapat pelajaran tinggi dalam pemerintahan Yugoslavia dulu ialah kerana dia antara keturunan Islam yang pintar tetapi tidak pernah kenal dan tidak pernah terdidik dalam Islam.

Sudah tentu dia terdidik sebagai komunis. Tetapi kerana dasar saki baki komunis itu benci dan memusuhi Islam, Ibrahim Rugovo juga adalah musuh mereka kerana dia berketurunan Islam. Kini Ibrahim mengaku Islam dan mula sembahyang dan belajar Islam. Pada ketika komunis hancur sekarang dakyah Katholik sangat cergas di Kosovo dan Albania. Sudah ramai cucu cicit Islam atau anak-anak komunis tadi ditarik menjadi Kristian dan yang tercergasnya ialah Katholik.

Bila Kosovo mengisytiharkan ia merdeka cuma Albania yang mengiktirafnya. Malaysia pernah menyebut nasib baka Islam di kosovo itu tetapi ia tidak ke depan. OIC sudah tentu terbeliak saja.

Maka yang kedengaran sekarang PBB dan Kesatuan Eropah sangat cergas membincangkan nasib dan penderitaan umat Islam Kosovo itu yang antaranya sudah menjadi pelarian dan yang lain berperang di Kosovo. PBB dan Kesatuan Eropah seolah-olah membela nasib Kosovo dan ia kini mengancam Serbia yang disokong oleh Rusia. Tetapi bangsa Eropah hanya mahu ia kembali kepada otonomi dan sekali-kali mereka tidak akan menyokong kemerdekaan Kosovo.

Ketika dunia barat cergas mahu mengekalkan Kosovo dan Serbia, masyarakat Islam antarabangsa terus lesu dan tak bermaya. Raja-raja Islam dan ketua-ketua kerajaannya hanya ranggi menghadapi rakyatnya yang menyuarakan kebenaran Islam tetapi mereka tidak sensitif apabila nasib umat Islam ditentukan oleh orang kafir.

Dunia barat bangun kononnya menentang kezaliman Serbia. Kita gembira dengan sikap yang memihak kepada Kosovo. Tetapi mereka sendiri tidak ikhlas kerana mereka tidak mahu Kosovo bebas sebagai bangsa Islam. Dunia barat sudah berjaya campur tangan dalam urusan Bosnia. Kini Bosnia telah ditadbirkan bersama oleh suku Serbia dan Croatia di samping Bosnia.

Bosnia tidak bebas lagi untuk menentukan dasar Islamnya. Barat boleh berbuat apa saja kerana dunia Islam seolah-oleh tidak diperintah oleh orang laki-laki. Seolah-olah betina belaka yang memimpin negara-negara Islam. Barat telah melakukan apa yang ia patut lakukan. Bukan mereka yang hendak memerdekakan umat Islam. Peranan sebenar mereka ialah mengelakkan Islam dari berkuasa.

Tanggungjawab mereka ialah untuk mengambil kesempatan dari kekosongan yang ditinggalkan oleh komunis itu untuk diisi dengan kristian. Yahudi sudah tentu tidak bersedia memasukkan mereka ke dalam agama dan bangsa Yahudi. Tugas Yahudi adalah untuk menyesatkan mereka dan terus menjadi hamba mereka. Yahudi tidak mahu bangsa Amerika jadi Yahudi kerana bangsa dan agama Yahudi itu hanya untuk keturunan Bani Israel saja.

Lain-lain bangsa sesperti Amerika, China dan Rusia hanya layak jadi hamba Yahudi saja. Tetapi lain keadaan barat yang Nasrani. Ia mahu dunia ini jadi Kristian. Justeru itu ia mengelak bekas jajahan komunis menjadi Kristian. Jika dibiarkan mereka bangun bersama Islam, sudah itu hilang peluang bagi Kristian mengkristiankan Kosovo dan Albania.

Dunia barat sudah tentu berguru dengan orentalis yang banyak alim dengan Islam tetapi tidak beriman. Dari ajaran itu mereka tahu akan adanya Hadith yang meramal bahawa tentera Islam akan mara masuk menawan Rom. Nasrani telah melihat ramalan awal telah disempurnakan di Istanbul Turki. Cuma kota Rom yang belum didatangi.

Mereka berjaya mengusir Islam dari Cardoba dan Eropah. Ia sudah dikomuniskan. Tetapi komunis tidak mematikan Islam. Islam sebaliknya timbul di bekas tanah komunis di Bosnia, Chechnya dan kini Kosovo. Justeru itu mereka menggunakan diplomasi PBB untuk melemahkan kebangkitan Islam. Ia melemahkan kedua-kedua negara dan kerajaan Islam supaya menyerahkan saja dunia ini kepada PBB. OIC bergeraklah dalam bidang kebajikan.

Justeru itu Albania yang penuh karat komunis saja yang mengiktraf kemerdekaan Kosovo. Yang lain terus jadi buah dan lebih leceh dari Albania yang berkarat komunis dan baru hendak kembali kepada Islam. Jangan terkejut jika nanti umat Islam dipimpin oleh umat Islam Kosovo, Chechnya dam Bosnia. Yang lain hanya bangga mereka Islam tetapi tidak menjunjung Islam. Yang dijunjung ialah daki sekular.