AURAT SATU ANALISA HUKUM
Aurat
diertikan sebagai bahagian anggota badan sama ada lelaki atau wanita yang
diwajibkan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata.
Para ulamak membahagikan batas-batas aurat antara lelaki dan wanita
kepada empat bahagian:
i.
Aurat
lelaki bersama lelaki.
ii.
Aurat wanita bersama wanita
iii.
Aurat lelaki bersama wanita
iv.
Aurat wanita bersama lelaki
Pembahagian
ini adalah khusus bagi aurat di luar sembahyang sahaja
Aurat
mereka yang wajib ditutup ialah bahagian anggota antara pusat dan lutut. Ini
bermaksud lelaki tidak boleh melihat anggota lelaki lain yang terletak antara
pusat hingga ke lutut. Ini merupakan pendapat para jumhur ulamak yang
bersandarkan kepada beberapa buah hadis yang sahih iaitu:
i.
Hadis riwayat Abu Ayyub r.a
Bermaksud
:Bahagiananggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk ke dalam aurat,
dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah termasuk ke dalam aurat.
ii.
Hadis riwayat Amru bin Shuib
Bermaksud:
Apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba
lelakinya ataupun orang upahannya, maka dia( hamba wanitanya) dilarang sama
sekali melihat auratnya kerana apa sahaja(bahagian anggota) yang terletak di
bawah pusatnya sehingga kepada kedua-dua lututnya adalah auratnya.
Adapun
mengenai larangan melihat aurat, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain,dan seorang wanita juga
dilarang melihat aurat seorang wanita yang lain.
Namun
begitu pendapat jumhur ulamak ini talah disangkal oleh Imam Malik yang
mengatakan bahawa paha bukanlah aurat.
Terdapat
beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat Jumhur antaranya
i.
Hadis riwayat Jurhud al-Aslami
Bermaksud:
Satu masa Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami , pada saat itu paha
saya terdedah, lalu baginda bertanya “ Apakah kamu tidak tahu bahawa paha itu
aurat?
Terdapat riwayat bahawa Baginda s.a.w. telah bersabda kepada Ali
Bermaksud:Janganlah
kamu dedahkan paha kamu, dan janglah kamu melihat paha orang yang hidup ataupun
yang mati.
Rasulullah
s.a.w bukan sahaja melarang umat Islam melihat aurat orang lain , malah Baginda
melarang kita mendedahkan aurat kita walaupun berseorangan, sabda Baginda:
Bermaksud:Jauhilah
daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang tidak
berpisah dengan kamu kecuali ketika membuang air(besar atau kecil) atau ketika
lelaki mendatangi isterinya.
Aurat
Wanita Jika Bersama Wanita
Seorang
wanita muslimah jika bersama wanita muslimah yang lain hendaklah menutup
anggota yang terletak antara pusat dan lutut. Ia sama dengan aurat lelaki
dangan lelaki lain. Ini bermaksud seorang wanita boleh melihat anggota wanita
lain selain daripada anggota yang terletak antara pusat hingga ke lutut.
Persoalannya,
bagaimana kedudukan aurat wanita muslimah jika bersama wanita kafirah?
Para
ulamak berselisih pendapat tentang masalah ini, perselisihan ini berpunca
daripada maksud dhamir “ هن"
“ (mereka wanita) yang digabungkan dalam firman Allah “ أو
نسائهن
“ (wanita-wanita mereka) Adakah dhamir tersebut membawa erti wanita muslimat
sahaja atau meliputi wanita muslimat dan kafirah?atau wanita wanita khusus yang