KISAH KEHIDUPAN...

 

"Insan berkasih kerana Allah, Bertemu berpisah kerana cintaNya" Kesatlah air matamu,wahai wanita. "Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat  kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam          sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang   dikatakan itu.Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih  sayang,kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah Menjadi seorang isteri....kepada      insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.Baru petang tadi,aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang  lalu.Suamiku,Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik.Aku  berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya. "Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika. "Waalaikumusalam," jawabku sepatah.Serentak dengan itu,ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas  dan paling manis untuk suamiku.Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku."Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi.Rupanya kat sini buah hati abang ni                     bersembunyi. `' Aku tersenyum mendengar bicaranya.Terasa panas pipiku ini.Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah  hati' nya.Aku sungguh senang mendengar ucapan itu.Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku  memberanikan diri menatap pandangan matanya.Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya,betapa indahnya senyumannya,dan betapa bermaknanya renungannya itu.Aku tenggelama dalam renungannya,seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.Seketika aku tersedar kembali ke  alam nyata. "Ain baru je masuk.Nak mandi.Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.`' Ha'ah dah maghrib.Ain mandi dulu.Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi.Senyum yang menggugah hati kewanitaanku.Alangkah  beruntungnya aku memilikimu,suamiku. Selesai solat Maghrib dan berdoa,dia berpusing mengadapku.Dengan penuh kasih,kusalami dan           kucium tangannya.Lama.Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya.Dan aku dapat         merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku    menatap wajahnya. "Abang....." aku terdiam seketika.Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya.Tangan kami masih lagi saling berpautan.Seakan tidak mah dilepaskan.Erat terasa genggamannya. "Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah,amat menyentuh perasaanku. "Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain.Ain insan yang lemah,masih perlu banyak tunjuk ajar dari  abang.Ain harap abang sudi pandu Ain.Sama-sama kita melangkah hidup baru,menuju keredhaan  Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu. `'Ain,sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain.Abang sayangkan Ain.Abang juga makhluk yang lemah,  banyak kekurangan.Abang harap Ain boleh terima abang seadanya.Kita sama-sama lalui hidup baru   demi redhaNya."'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `' `'Abang juga sayangkan Ain.Sayang sepenuh hati abang.'' Dengan telekung yang masih tersarung,aku tenggelam dalam pelukan suamiku.  Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku,ternyata seorang yang  cukup penyayang dan penyabar.Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.Setiap   kali aku merajuk apabila dia pulang lewat,dia dengan penuh mesra memujukku.membelaiku.   Membuatku rasa bersalah.Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan  dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.

Lalu,kucium tangannya,kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya.Katanya   senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh....dia pandai mengambil hatiku.Aku semakin sayang padanya.Nampaknya hatiku masih belum  sepenuhnya terikat dengan Allah.Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh  kasih sayang,kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami. Sabda Baginda Rasulullah saw yang bermaksud;`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya,kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh,dia taat dan apabila kamu berpergian,dia menjaga maruahnya dan hartamu . `' Aku teringat akan potongan hadis itu.Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku.Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya   dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata.Makan minumnya kujaga  dengan sempurna.Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya.  Pernah sekali,aku mengalirkan air mata lantar an aku terlalu penat menguruskan rumah tangga   apabila kembali dari kerja.Segalanya perlu aku uruskan.Aku terasa seperti dia tidak memahami   kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.Namun,aku teringat  akan kisah Siti Fatimah,puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah  tangga.Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan    suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri. ' Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar   redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.' `' Ain baik,cantik.Abang sayang Ain. `' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku   terasa benar-benar dihargai.Tidak sia-sia pengorbananku selama ini.Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna,apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan   seorang puteri.Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.Namun,pada suatu hari,aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga. "Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain." "Apa dia abang?" tanyaku kembali.Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik.Abang cukup bahagia dengan Ain.Abang bertuah punya  Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum.Namun benakku dihinggap persoalan.Takkan hanya itu?"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka. "Tidak Ain.Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi.Menambah kehairanan dan mencambahkan      kerisauan di hatiku.Entah apa yang ingin diucapkannya. "Ain......abang.....abang nak minta izin Ain...... untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah    cukup untuk membuat aku tersentak.Seketika aku kehilangan kata. "A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar  permintaannya itu.Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku.Aku sangka  aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya.Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan  limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap.Kasihku masih kurang.Hatinya masih punya  ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara,dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya.Aku tidak tahu dari mana datang         kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata.Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan      pedih hati ini. `' Faizah.Ain kenal dia, kan ? `' Ya,aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu.Juniorku di universiti.Rakan satu   jemaah.Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah. Orangnya aku kenali  baik budi pekerti,sopan tingkah laku,indah tutur kata dan ayu paras rupa.Tidakku sangka,dalam diam  suamiku menaruh hati pada Faizah. " A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar.Aku cuba  menahan air mataku daripada gugur.Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya.Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku. "Ain tak salah apa-apa sayang.Ain baik.Cukup baik.Abang sayang pada Ain." "Tapi....Faizah.Abang juga sayang pada Faizah.... bermakna..... sayang abang tidak sepenuh hati   untuk Ain lagi." "Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah.Ain cinta pertama abang. Abang  rasa ini jalan terbaik.Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak    berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun.... abang lelaki Ain.      Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam,mencalar hatiku.Merobek jiwa ragaku.Aku mengasihinya sepenuh    hatiku.Ketaatanku padanya tidak pernah luntur.Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar.Aku telah  cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya.Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku     tidak menolak hukum Tuhan.Aku tahu dia berhak. Namun,alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya.Bibir insan yang amat   ku kasihi.

Malam itu,tidurku berendam air mata.Dalam kesayuan,aku memandang wajah Abang Harris penuh  kasih.Nyenyak sekali tidurnya.Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan      mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak   cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini.Alangkah   pedihnya!

Selama seminggu,aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya.Bukan aku sengaja tetapi aku      tidak mampu membohongi hatiku sendiri.Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik    mungkin,tapi aku merasakan segalanya tawar.Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.Oh Tuhan.....ampuni daku.Aku sayang suamiku,tapi aku terluka dengan permintaannya itu.  Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti.Kehendak diri sendiri atau    kehendak Dia ? Pastinya kehendak Dia.Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang   tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini.Aku berasa amat serba-salah berada dalam    keadaan demikian.Aku rindukan suasana yang dulu.Riang bergurau senda dengan suamiku.Kini,aku         hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar,tidak      berperisa.Yang nyata,aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi.Aku benar-benar terluka.

Namun,Abang Harris masih seperti dulu.Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau   sambutan hambar.Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan  pandangan dari anak matanya.Tidak jemu ucapan kasihnya untukku.Aku keliru.Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin  mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam,aku bangkit sujud   menyembahNya,mohon petunjuk dariNya.Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.Untuk apa   segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar                     redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela. Biarlah.Bukan cinta manusia yang kukejar.Aku hanya mengejar cinta Allah.Cinta manusia hanya       pemangkin.Bukankah aku telah berazam,aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka,aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi.Dan,demi untuk   mendidik hati ini,aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.Suamiku    pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah. "Ain?......Ain serius?" "Ya abang.Ain sendiri akan cakap pada Faizah.Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri.Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang.Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman   tawar.Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini.Dan inilah satu caranya.Ibarat menyapu ubat   luka.Pedih,tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku.Waktu itu,suamiku tiada di    rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah.Faizah dengan segala   senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya.Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.  `'Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat,aku memulakan bicara. `'Apa dia,Kak Ain.Cakaplah, `' lembut nada suaranya. "Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?" "Maksud Kak Ain,Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya.

Sememangnya kami     memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah.Aku hanya mengangguk. "Pernah dia cakap dia sukakan Izah?" "Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain.Izah kenal Ustaz Harris.Dia kan amat sayangkan   akak.Takkanlah dia nak sukakan saya pula.Kenapa Kak Ain  tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `' 'Tidak Izah.Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah,kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan  amat berat hati,aku tuturkan kalimah itu. "Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `'Apa yang Kak Ain cakap ni ?  Jangan bergurau   hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya.Mungkin kerana aku sendiri yang menutur   ayat itu.Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah.Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah  ingin mengalir tapi tetap aku tahan.Faizah memandang tepat ke wajahku. "Kak Ain.Soal ini bukan kecil Kak Ain.Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris..... mahu... melamar    saya?" Dari nada suaranya,aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa.Faizah gadis yang baik.Aku yakin dia   tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini.Lantas,aku menceritakan     kepada Faizah akan hasrat suamiku.Demi untuk memudahkan urusan jemaah,untuk mengelakkan    fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku. "Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah.Saya   kagum dengan semangat Kak Ain.Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku.Saya tak  pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak.Matanya kulihat   berkaca-kaca. "Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah.Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik.Dan akak tahu,dia berhak dan mampu untuk  melaksanakannya.Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain." "Kak...maafkan Izah."

Dengan deraian air mata,Faizah meraihku ke dalam pelukannya.Aku juga tidak  mampu menahan sebak lagi.Air mataku terhamburjua.Hati wanita.Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini,tetapi tersentuh jua hatinya dengan    kelukaan yang ku alami.Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain. "Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

 `'Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah.Izah tak tahu nak cakap.Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain." "Soal Kak Ain....Izah jangan risau,hati Kak Ain... Insya Allah tahulah akak  mendidiknya.Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia.Dan akak sebenarnya gembira kerana   Faizah pilihannya.Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya.Insya Allah Izah.Sepanjang  Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya,dia seorang yang   baik,seorang suami yang soleh,penyayang dan penyabar.Selama ini akak gembira dengan dia. Dia    seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak.Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa   Izah dulu." "Seeloknya begitulah.Kalau Izah setuju,Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah." Pertemuan kami petang itu berakhir.Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat  suamiku.'Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku.Aku lakukan ini hanya    semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya,keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua  Abang Harris.Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka   merampas suami orang.Namun,aku yakinkan mereka akan kemampuan   suamiku.Alhamdulillah,keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran   agama.Akhirnya,majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua. "Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah. "Kenapa?" "Abang rasa serba salah.Abang tahu abang telah lukakan hati Ain.Tapi....Ain sedikit pun tidak  marahkan abang.Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain." "Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya.Redha abang pada Ain  Insya Allah,menjanjikan redha Allah pada Ain.Itu yang Ain cari abang.Ain sayangkan abang Ain mahu   abang gembira.Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `' `'Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.Abang bangga sayang.Abang  bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya .Abang cintakan Ain." "Tapi...abang harus ingat.Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah  yang perlu dijaga.Ain harap abang dapat laksanakan  tanggungjawab abang sebaik mungkin." "Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku.Masih hangat  seperti dulu,Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula  membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu,dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya  bersamaku nanti akan terbatas. Pada hari pertama pernikahan mereka,aku menjadi lemah.Tidak bermaya.Aku tiada daya untuk  bergembira.Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk  menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku                   ditinggalkan sendirian menganyam sepi.Aku sungguh sedih.Maha hebat gelora perasaan yang ku    alami.Aku tidak mampu lena walau sepicing pun.Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan  Faizah.Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.Bahagia melayari kehidupan       bersama,sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah.Aku punya anak-anak.Merekalah teman bermainku.

Seminggu selepas itu,barulah Abang Harris pulang ke rumah.Aku memeluknya seakan tidak mahu   ku lepaskan.Seminggu berjauhan,terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini.Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat   ditahan. `' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya     lembut. "Ain rindu abang.Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi.Aku mengeratkan pelukanku.Dan dia   juga membalas dengan penuh kehangatan. `'Abang pun rindu Ain.Abang rindu senyuman Ain.Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut   tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku. `'Abang ada teman baru.Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `' Aku   menduga keikhlasan bicaranya.'Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama.Kan abang dah   kata,sayang abang pada Ain masih seperti dulu.Tidak pernah berubah, malah semakin         sayang.Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu.Rindu pada senyuman Ain,suara    Ain,masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain,hanya pada Ain saja. Senyumlah   sayang, untuk abang. `' Aku mengukir senyum penuh ikhlas.Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih   utuh buatku.

Kini,genap sebulan Faizah menjadi maduku.Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami   yang dulunya baik bertambah mesra.Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di  hati.Dan,Faizah,menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga,sentiasa berlapang dada   menerima teguranku.Katanya,aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah     untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris.Aku,sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan   menjaga hati Abang Harris.Aku bersyukur,Faizah tidak pernah mengongkong suamiku.Giliran kami   dihormatinya. Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan  kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah,perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan  sebaiknya.Alhamdulillah,suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah.Aku tidak merasa   kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah.Dia menjadi  semakin penyayang, semakin romantik.Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata  suamiku,Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku   padanya. Memang aku tidak dapat menafikan,adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk   bersama-sama dengan Faizah.Rindu itu,aku ubati dengan zikrullah.Aku gunakan kesempatan    ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung.Aku habiskan    masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin.Sedikit demi sedikit kesedihan yang  ku alami mula pudar.Ia diganti dengan rasa ketenangan.Aku tenang beribadat kepadaNya.Terasa   diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Soal anak-anak,aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu   rumah setelah aku melahirkan anak kedua.

Cuma, sewaktu mula-mula dulu,mereka kerap juga  bertanya kemana abah mereka pergi,tak pulang ke rumah.Aku terangkan secara baik dengan                   mereka.Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah.Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah  temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka.Kata mereka, Makcik Izah baik.Mereka suka ada dua  ibu.Lebih dari orang lain.Ahhh...anak-anak kecil.Apa yang    kita terapkan itulah yang mereka terima.Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka   bertanya tentang Faizah.Bagiku Faizah seperti adikku sendiri. Kadang-kadang,bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku,memang    aku rasa cemburu,rasa terluka.Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada   orang lain.Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah,isteri    Rasulullah jua cemburukan Khadijah,insan yang telah tiada.Inikan pula aku,manusia biasa.Tapi..... ku  kikis segala perasaan itu.Cemburu itukan fitrah wanita,tanda sayangkan suami.Tetapi cemburu itu   tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana.Bagiku,kasih dan redha suami padaku itu yang   penting,bukan kasihnya pada orang lain.Selagi aku tahu,kasihnya masih utuh buatku,aku sudah  cukup bahagia.Dan aku yakin, ketaatan,kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi  kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya  padaku,supaya nanti Allah jua meredhai aku.Kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya  meredhainya,maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi,al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu.Saban hari aku berperang dengan     perasaan.Perasaan sayang,luka,marah,geram,cemburu semuanya bercampur aduk.Jiwaku sentiasa    berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu.KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala  kepedihan itu.KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan  berkurangan. Namun,jika aku punya pilihan,pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sungguhnya   memeritkan.Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun,aku amat bersyukur kerana  suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan  terpilih untuk menerima ujian ini. DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,disusahkan  sedikit agar insaf,namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya.Dipanggil-panggil  kepadaNya,untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya,tapi si hamba tidak peduli  langsung! Wallahu A'lam....

 

Kembali ke Ruangan Cerpen