SAHABAT....PENGORBANANMU TIDAK TERNILAI

 

"Wow...CGPA korang berdua power habis la... tahniah HaiQal,Hafiz.Aku respect habis ngan korang!!!". 

"Eh,Qal,Fiz,aku dengar...korang dapat keputusan yang cemerlang dalam exam bebaru nie... tahniah!" bertalu-talu ucapan tahniah dan pujian daripada rakan sekuliah kepada dua sahabat karib ini.Nasib baiklah mereka pandai control macho.Mana tidaknya,kedua-dua mereka mendapat 3.64 dan 3.60 dalam peperiksaan baru-baru ini.Bukan senang anak Melayu yang terus mempertahankan 'pointer' mereka. 

"Hek eleh... diorang tu,bukannya study sangat... tapi bila dapat result,power beb! biasaler...nie mesti kaki bodek lecturer,tak pun kaki peniru? betul tak Wan?" tiba-tiba sahaja Khalid menghamburkan kata-kata pedasnya... biasalah,kalau sudah suka makanan pedas, mulut si Khalid pun pedas bukan main kan? 

"Eh,engkau nie,lasernya mulut! tak sayang mulut ke cik abang oii?emm... kalau kau nak jora,belajar le betul-betul.Potong je pointer mereka tu dalam exam semester 5 nanti. Kalau cemburu tu,kenalah cemburu secara sihat,lagipun......". 

"Dia dah mula dah...motivasi yang tak laku akan dimulakan sebentar lagi oleh En.Ridhwan iaitu pakar motivasi celup! em... bosan betullah!!!Tapi takpe,aku ucapkan bebanyak terima kasih jelah atas nasihat kau tu.Sayangnya,aku tak berminat nak dengar! Kau cari orang lainlah," bongkak benar si Khalid... kasihan pula pada Ridhwan. Hendak dibuat macamana, sudah jenis tidak makan dek nasihat orang ... 

Kebetulan pula,HannaN gadis diminati ramai,lalu di tepi mereka.Dia hanya tersenyum sinis kepada Khalid.Ridhwan cuma menggelengkan kepalanya.Kesal juga dia dengan sikap rakannya ini.Tidak makan saman betul.Di kolej,siapa yang tidak kenal HaiQal dan Hafiz... dua nama yang cukup sinonim untuk diperkatakan.Pelajar terbaiklah katakan!!!  

Dua sahabat ini juga menjadi pelajar kesayangan pensyarah.Apa lagi,bertambah cemburulah si Khalid. Khalid pernah diberi amaran untuk dibuang kolej gara-gara pernah mencuri assignment HaiQal.Nasib baik HannaN ternampak dan memaklumkan kepada pensyarah.Kalau hendak dikirakan,rekod disiplin Khalid pun memang sudah kotor.  

Pernah juga dia bergaduh dengan Hafiz kerana cemburu melihat HannaN menegur Hafiz. Tapi,apa hak Khalid kan?  

"Qal,kau dah makan ke belum?" soal Hafiz. 

" Hai.... termenung jauh nampak? teringatkan buah hati ke?" saja si Hafiz tu nak menyakat kawannya. 

"Apa dia?oo...aku dah makan tadi.Sedap kau tahu...pandai makcik tu masak...apa perencah yang dia campur ha?" sepatah,Hafiz menyoal,dijawabnya HaiQal sepuluh patah!  

"Mana la aku tau...kenapa,kau nak belajar masak ke?" usik Hafiz pula... 

"Emmm...boleh juga...orang bujang kenalah belajar masak juga kan..."jawab HaiQal pula. 

"Ala... tu semua kerja orang pompuan ...kitakan lelaki,tak payah nak belajar masak. Nanti bila dah berkeluarga,tugas kita cari nafkah! Itu aja...."balas Hafiz.  

"Fiz,cakap bab keluarga je,baru aku ingat..."  

"Ingat apa Qal?"  

"Semalam mak aku talipon,aku...aku...macam tak percayalah!"  

"Eh,apa yang kau tak percaya?" soal Hafiz pula.  

"Mak aku cakap yang aku dah ditunangkan sewaktu kecil.Aku...aku tak setujulah! It's not fair to me! Mana mungkin aku berkahwin dengan gadis yang tak aku kenal!" bantah HaiQal.  

"Habis,kau nak buat apa sekarang? nak mogok lapar? nak lari ke Bangladesh? atau nak join Parti Keadilan? hehe..." si Hafiz mengusik kawannya.  

"Engkau nie...tak prihatinlah! sekurang-kurangnya bagi ler aku nasihat...ini bagi aku cadangan yang tak berasas langsung!".getus HaiQal.  

"Yelah...aku gurau je...jangan le maree...haaa, kau dah tengok ke muka tunang kau tu? nanti...kalau kau reject,nyesal tak ke sudah kang...."nasihat Hafiz.  

"Ha'ah kan...nanti aku menyesal pula...aku tak tengok lagi la..tapi mak aku kata nanti dia nak kirimkan gambar budak tu.Tak salah aku,nama dia HannaN.Eh,macam nama kawan sekuliah kita kan?" tersedak Hafiz tatkala mendengar nama HannaN...mana tidaknya,dia juga berminat dengan gadis itu...tapi dia berharap benarlah bukan HannaN yang diminatinya menjadi tunangan HaiQal.  

Beberapa hari kemudian,sebaik selesai kuliah pada malam itu,Hafiz mengajak HaiQal ke perpustakaan.Memang menjadi kebiasaan dua sahabat ini selalu bersama. 

"Qal,aku tengok kau happy semacam je... kau mimpi dipatuk ular ke?" Hafiz cuba bergurau...  

"Kau nie,ke situ pulak...aku nak beritahu kau satu perkara.Kau tahu tak,tunang aku tu... betullah HannaN kawan kita tu... tadi surat mak aku dah sampai.Mak aku siap hantar ngan foto dia sekali," jelas HaiQal dengan bangga.  

"Eh,tahniah Qal... korang berdua memang secucuk la.Serasi habis...,"walaupun Hafiz terkejut mendengar berita tersebut,namun dia pura-pura gembira demi sahabatnya.  

"Terima kasih Hafiz.Oh ya! Fiz,aku nak pinjam nota kau la," pinta HaiQal.  

"Boleh,tapi ada kat asrama...nanti aku bagi..."jawab Hafiz. 

 Sedang mereka rancak berbual,tiba-tiba sebuah Wira berwarna putih meluncur laju menuju ke arah mereka. 

"HaiQal!!!" Hafiz menjerit lantas menolak kawannya ke tepi...tapi Hafiz,dia pula yang dilanggar.  

"Hafiz!!!! Khalid??? kenapa kau langgar dia,kenapa?" Khalid terkedu lantas segera meninggalkan tempat itu.  

"Ya Allah,Hafiz...kenapa kau selamatkan aku...Hafiz..." keluh HaiQal. 

Fikirannya bercelaru.Kejam sungguh si Khalid.Peristiwa semalam memberi tamparan hebat kepada Khalid.Satu kolej hangat memperkatakan kisah Khalid melanggar lari.Hari ini dia dibuang kolej dan ditangkap polis.  

Masuk hari ini,genap lima hari Hafiz terlantar di hospital dalam keadaan koma. Seperti biasa,selepas kuliah,HaiQal mesti ke hospital.Kadangkala,dia bermalam di sana. Bertuah Hafiz... 

"Peperiksaan semester semakin hampir,jadi saya harap kamu semua mula membuat ulangkaji di samping membahagikan masa untuk membuat aasignment," dengan begitu tegas Puan Nuraina memberi arahan kepada semua pelajarnya sebelum tamat kuliah.

"Di mana Hafiz letakkan nota dia ha? emm,dalam laci kot..." teka HaiQal sebaik sahaja pulang dari kuliah.  

 Entah bagaimana,sebaik sahaja laci ditarik,matanya lebih tertumpu ke arah sebuah diari berwarna hitam. 

"Fiz,aku tak sangka kau menaruh hati pada HannaN.Kalau aku tahu,usahkan HannaN, nyawa aku pun sanggup aku korbankan," keluh HaiQal sendirian setelah membaca isi hati kawannya dari diari tersebut.  

Keesokkan harinya, selepas sarapan,HaiQal terus ke hospital. 

"Encik HaiQal,pihak kami telah pun memperolehi keputusan.Dari apa yang kami dapati, kecederaan pada mata kawan awak agak serius kerana dimasuki serpihan kaca sekaligus merosakkan kornea matanya.Besar kemungkinan, dia akan buta,"ujar doktor muda itu. 

Degupan jantung HaiQal bagaikan mahu terhenti tatkala mendengar berita tersebut. 

"Doktor,bagaimana jika mata Hafiz diberi ganti?" soal HaiQal berdebar-debar. 

"Tak menjadi masalah.Persoalannya sekarang,siapa yang sanggup menghadiahkannya sepasang mata?" soal doktor itu kembali.  

"Saya sanggup doktor,saya sanggup....."ujar HaiQal.  

"Bagaimana dengan nasib awak kelak? saya tak mahu awak membuat keputusan dengan terburu-buru," nasihat doktor itu pula. 

"Doktor.....sebenarnya,saya pengidap barah otak yang serius.Hafiz tak pernah tahu tentang hal ini dan tidak tahu yang jangka hidup kawannya akan berakhir tak lama lagi. Sebelum saya pergi,saya ingin menghadiahkan mata saya kepadanya," jelas HaiQal dengan sayu. 

Doktor muda itu hanya mengangguk simpati.  

Selepas beberapa bulan,Hafiz semakin beransur pulih.Ramai kawan-kawan yang datang melawat.Tapi,sejak akhir-akhir ini dia tak pernah lagi nampak batang hidung HaiQal.

"Tahniah encik Hafiz,awak boleh keluar dari hospital dalam masa lima hari lagi," kata doktor itu.  

 Bukan main gembira kepalang si Hafiz.Tiga bulan tinggal di hospital,bukan main jemu lagi dia. 

"Er...doktor,kenapa kawan saya,HaiQal dah lama tak jenguk saya? Dia sakit ke?" satu soalan cepu emas untuk doktor tersebut. 

"Entahlah encik Hafiz,may be dia tengah busy nak prepair untuk exam kot..." pandai pula doktor itu berdalih. 

"Oh,begitu.."Hafiz mengangguk. 

Pada hari yang dijanjikan,sedang Hafiz bersiap-siap untuk pulang,datang doktor tersebut sambil memegang sepucuk surat. 

"Encik Hafiz,maafkan saya kerana merahsiakan perkara sebenar daripada awak," . 

"Apa maksud doktor? saya tak faham... 

" Hafiz kehairanan.Doktor itu menghela nafas panjang lalu berkata, 

"Yang sebenarnya kawan awak,HaiQal telah pun meninggal dunia beberapa minggu yang lalu. Selama ini dia merahsiakan daripada awak yang dia mengidapi barah otak.... dan mata yang awak gunakan sekarang merupakan hadiah terakhir daripadanya, 

"Hafiz tidak dapat menahan perasaannya lalu gugurlah manik-manik putih di pipinya. 

"Inilah surat terakhir yang diamanahkan kepada saya untuk diserahkan kepada awak," hulur doktor itu.  

Fiz, 

Sedar tidak sedar sudah lapan tahun kita berkawan.Tatkala aku dilanda masalah,kau datang memberi nasihat dan meniupkan kata-kata semangat ke dalam jiwaku.Maafkan aku kerana tidak memberitahumu tentang penyakitku ini.Bukan aku tak mahu,tapi aku tak sanggup melihat kesedihanmu ..  

Fiz,  

Aku harap kau janganlah meratapi pemergianku ini.Redhailah ketentuan Ilahi.Aku harap kau terimalah hadiah terakhir daripadaku buatmu.Gunakanlah mataku ini untuk kemudahanmu.  

Fiz, 

 Aku harap kau dapat menunaikan impianku yang terakhir.Setelah aku pergi,kau gantilah tempatku untuk HannaN.Semoga kalian bahagia. 

Terima kasih Fiz,terima kasih di atas kebaikan yang kau curahkan kepadaku.

 

Kembali ke Ruangan Cerpen