SUATU PENGORBANAN

 

Jam dinding berdeting beberapa kali,pukul 3 pagi.Entah kenapa aku terbangun dari tidur yang lena.Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya.Ku belai perlahan rambut ikalnya yang yg menutupi wajahnya...Kau cantik sayang..,bisikku perlahan.Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yang kelima.Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang.Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku.  

Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal.Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan.Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu. 

"Bersabarlah,mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan.Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."  

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini.Aku yakin,Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ....Pasti!  

"Jannah....bangun....jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan.  

Dia mengeliat...... Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak.Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya.... Ahh,aku sayang padamu Jannah..  

Akhirnya, aku bangun sendiri.Aku tenggelam dalam solat malamku yang panjang.. Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud :  

"Ya Allah jika engkau memberi kami anak yang soleh,tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.." (al A'raaf : 189 )  

Jam berbunyi empat kali.Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Jannah dah berada dibelakangku..Wajahnya masam,merajuklah tu.Kurenung wajahnya dengan riak lucu.  

"Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik ....  

Semakin menjadilah rajuknya.  

"Kenapa abang tak kejutkan Jannah.?" Protesnya...  

Aku tersenyum cuma.  

"Dah,abang tengok ceQ adik letih sangat..bukan tak kejut tapi ceQ adik sayang yang tak sedar.."  

Akhirnya Jannah mengalah,tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.  

"Baiklah tuan puteri,saya yang menurut perintah." Usikku lagi.  

Jannah tersenyum lebar mendengar usikanku.Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.  

Petang itu,sambil kami menikmati minum petang,Jannah memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan :  

" Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja..  

Aku tersentak.Aku memang amat mengharapkan keturunan.Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain.Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini.Sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?  

"Hai! Tak takut cemburu ke..? Umpanku pula..  

"Cemburu.....emmm....itukan memang fitrah manusia bang...takkan jannah tak cemburu. Saidatina Aisyah pun cemburu pada Siti Khadijah,tapi masalahnya sekarang,kalau abang kahwin satu lagi,kan jannah boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar.  

"Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? uji aku kepada isteriku, 

"Abang niii..Itu lain.Itu bukan dari zuriat abang." jawab isteriku seakan-akan merajuk, 

"Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi..

"Kahwin satu lagi.."selamba jer isteriku membalas,  

"Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.  

"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Jannah dalam nada semakin kendur.

"Huss..Jannah sayang! Jangan merepeklah.Abang tak mampu mencontohi Nabi Ibrahim as bapa Nabi Ismail as..berilah peluang abang meneladani Nabi Zakaria as bapa Nabi Yahya as.."

Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya..Kudakap erat Jannah,...ada titisan panas yang membasahi dadaku..  

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh....umurku sudah merangkak 33 tahun...Uban di kepalaku sudah meningkat bilangannya.....Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan,beritahu Jannah kepadaku.  

Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki,seorang anak.Tapi cintaku pada Jannah masih seperti dulu.Tak pernah pudar.Hidangan istimewa disediakan Jannah hari ini....  

Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan.Jannah menarik lenganku dengan nada manja sambil berkata..  

" Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja.  

Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota.Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut.Jannah dengan pantas menghalangnya.  

"Makanlah dulu kek coklat yang Jannah buat....! Abang ni tak sabarlah.."Protes Huda separuh merajuk.  

"Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..  

"Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu.Kami berbalas suapan..dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..  

"Subhanallah..Maha suci Allah..Tuhan sekelian alam..!!" Jannah hamill..!! Masya Allah.... setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud.Airmataku mengalir deras.Kurangkul Jannah seerat-eratnya.Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini....tangisan SYUKUR..!  

"Kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes..  

"Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Jannah selamba..  

Tiba-tiba aku rasa bersalah..Sejak akhir-akhir ini,Jannah ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru.Ditambah pula dengan kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.  

Aku benar-benar lupa membawanya ke klinik.Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah..  

Sejak berita itu diterima,kesihatan dan aktiviti Jannah menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver untuk kemudahannya.Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya.  

Namun Jannah tak bersetuju..Katanya,janganlah terlalu manjakan dia..Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa'.. ketika aku tetap meminta dia memenuhi hasratku...dia berkhutbah panjang.  

"Abang sayangg....abang kata nak jadi seperti Nabi Zakaria as bapa Nabi Yahya as.. Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah....Abang....kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,kita kena latih dia sejak dalam kandungan..Maknanya,jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Jannah dan anak yang bakal lahir ini..Bagaimana nak dapat anak seperti Saidatina Fatimah az-Zahra' atau Saidina Ali bin Abi Thalib..? Abangkan kan tau..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga."

Sebelum sempat khutbahnya dteruskan,aku terus meletakkan tanganku di mulutnya.. 'Stop'..Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!  

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Jannah tidak seperti biasa..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya..panas.! Seingat aku Jannah hanya akan melahirkan pada 16 Julai..hari ni baru 21 April...Aku panik..Aku segera membawa Jannah ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dalam hatiku...aku harap ayah dan ibuku segera datang untuk menambah ketenanganku.Aku mundar mandir..Ya Allah,selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali..  

"Encik Saifuddin..?",Dr Khadijah pakar sakit puan rujukan isteriku.  

"Ya.. saya doktor.." sahutku cepat..  

Kuhampiri Dr Khadijah..  

"Boleh kita berbincang sebentar.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan... "Saya harap Encik Saifudin bertenang..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,air mentubannya dijangkiti kuman..Dan degupan jantung bayi didapati semakin lemah.. Puan Jannah perlu dibedah segera.."  

"Bedah..?"  

"Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku dengan nada separuh ketar....bimbang.  

"Saya akan cuba sedaya upaya..untuk menyelamatkan kedua-duanya..Yang lain kita pulangkanlah pada Allah.Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..  

"Ya allah,selamatkanlah isteriku....Ya Allah,jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang..Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku..tiba-tiba ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan..Ketika sampai di pintu bilik..aku terdengar suara tangisan bayi..alangkah lunaknya.  

"Encik Saifudin..?"  

"Ya..saya.."  

"Alhamdulillah isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat,2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang..  

"Alhamdulillah,isteri saya bagaimana doktor.?" Dr Khadijah terdiam..  

Tiba-tiba perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku..Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya..Tiba-tiba doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk..Mulutku ternganga seketika..  

"Maaf,saya telah berusaha semampu yang mungkin,tapi Allah lebih menyayangi Jannah..." Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung.Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan..  

Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya..sesusuk tubuh di tutup dengan kain putih terbaring..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn..DariNya kita datang,kepadanya kita kembali..Wajah Jannah pucat..tapi bibirnya terukir senyuman manis..manis sekali..tanpa kesedari ku dakap Jannah seerat-eratnya..tangisku perlahan,tapi tak tertahan..!  

"Sabar Encik Saifudin..sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku.

"Nurse,tolong bawa anak Encik Saifudin.." katanya lagi..  

Seorang bayi mungil yang masih merah dihulurkan dihadapanku..perlahan kuambil dan kudakap bayi itu.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Jannah..Mereka amat mirip.! Matanya,hidungnya,mulutnya,Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi..Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,  

"IQamahkan anakmu Saifuddin,sambutlah yang hadir..doakanlah yang kembali.." Jannah.. rupanya inilah hikmah Allah..  

Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu,mengasihimu,hampir lapan tahun..untuk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya.Ya Allah,jangan biarkan hati ini berandai-andai..Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Jannah..Tidak..Tidak...Itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb.Tuhan yang Maha Mengetahui..Lagi Maha Pengasih..  

Selamat jalan Jannah...

 

Kembali ke Ruangan Cerpen