KASIH UMMI
"Nurse,boleh saya tengok
bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan
tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat
membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum
meleret.Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali
sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan
pandangannya ke luar tingkap.Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu
yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma
seketika.Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu
merengek.Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu
yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
"Mereka kata saya cacat,"
katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan
sebak.Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.Si anak menerimanya dan
dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di
sekolah.Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri
walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat
melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian
bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku,kita akan menemui
doktor hujung minggu ini.Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma,tapi
dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
Pembedahan berjalan
lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru,kacak serta
bijak.Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya
hilang.
Rakan-rakan memuji
kecantikan parasnya.Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan
pelajaran.Pada usianya lewat 20-an,si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang
diplomatik.
"Sebelum saya berangkat
ke luar negara,saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini,saya ingin membalas
jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas
si ayah.
"Perjanjian antara ayah
dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si
anak.
"Akan tiba masanya anakku,"
balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi
rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba
akhirnya.Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah
menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila
melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.
"Tetapi tiada siapa
pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik,pada ayah dia satu-satunya wanita
paling cantik yang pernah ayah temui.Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun
kenalannya."
* Pesanan :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini,ciumlah dia,cium tangannya,sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya,bukannya dengan bermasam muka,kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU,penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,'love u mom'...