PEMERGIAN YANG BELUM TIBA

  

Terus terang ku katakan,dunia yang sebelum ini gelap bagaikan terbentang luas kepadaku.Dulunya suram,kelam,malap dan sepi kini seolah-olah menantikan kemunculan diriku yang baru.Tidak ada apa yang aneh tentang diriku. Jikalau dilihat dari sudut fizikal badanku,aku adalah aku yang dahulu.Namun, sejarah akan bersaksi bahawa dengan jasad inilah akan bermulanya titik baru dalam hidupku ini. 

Sejak dahulu lagi aku sering tertanya-tanya adakah agama yang patut dipersalahkan atas kemunduran umat Islam pada hari ini.Soalan ini bukannya baru.Aku dapat rasakan hampir semua saudara seislamku memahami situasi yang berlaku sekarang. 

Apa yang ku tahu,tidak ada salahnya dengan agama cuma penganutnya yang tidak berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarKebanyakan kawanku bersependapat denganku.Bila ditanya kepada ustaz,ustaz pun menyatakan perkara yang sama.Jadi, memang benarlah ada kekurangan dalam umat Islam hari ini?  

Maka bermulalah titik bermakna yang membawa perubahan kepada diriku ini.Satu soalan yang cukup bermakna kemudiannya muncul di benak fikiranku ini.
 
“Adakah aku benar-benar memahami akan tuntutan Islam ini?” 

Disebabkan soalan ini maka aku mula mencari akan jawapan yang sebenar. Otak aku cukup cepat merangka dan mengaitkan satu persatu perkara yang ku pelajari dalam kelas agama sepanjang berada di bangku persekolahan.Ku dapati semuanya berkait antara satu sama lain.Apa yang jelas,terlalu banyak yang tidak kutahu tentang peristiwa yang berlaku dalam agama yang menjadi pegangan hidupku ini.Jikalau dibuat satu garis masa sejarah umat yang Islam yang ada,terlalu banyak yang perlu diisi di dalamnya.  

Apa sebenarnya yang berlaku dalam dua puluh tahun lebih kerasulan nabiku yang tercinta? Aku pasti bahawa nabiku tidak mengetahui yang baginda akan menjadi rasul ketika baginda masih kecil.Tetapi bagaimana nabiku mampu menggalas beban yang seberat itu bila mana sampai wahyu kepadanya?  

Perjuangan baginda sudah semestinya dibantu oleh pengikut-pengikutnya. Aku yakin bahawa perjuangan nabi ini difahami sepenuhnya oleh para sahabat. “Sebaik-baik manusia” ini telah mendidik mereka di sekelilingnya hinggakan suatu yang dirasakan mustahil menjadi kenyataan.Mengapa tidaknya,mana ada mana-mana manusia yang hidup pada zaman nabi yang menyangka seluruh tanah arab akan jatuh ke tangan mereka yang bergelar muslim? Bukankah mereka ini ditindas dan dihina pada suatu ketika dahulu? 

Mereka yang ditindas dan dihina inilah yang berdiri teguh di belakang rasulku yang tercinta.Bila mana fikiranku tertumpu kepada hidup mereka yang berjuang bersama nabi,terlalu sukar untuk menerima konsep yang menyatakan mereka sentiasa berada bersama rasulullah. “Berada bersama rasullullah sepanjang masa” maksudku setiap saat bersama rasulullah.Apa yang ku pasti, mereka yang berjuang bersama rasulullah ini, sebenarnya cuba memanfaatkan masa sepenuhnya bersama rasulullah.Namun demikian,mereka tidak melupakan tanggungjawab mereka kepada ahli keluarga mereka. Persoalannya sekarang,mengapa mereka mahu bersama rasulullah ?” Adakah sesuatu yang istimewa terdapat pada rasulullah? Adakah rasulullah yang menyuruh mereka menghabiskan masa bersamanya? 

Kesemua persoalan ini hanya menyentuh sedikit tentang betapa banyaknya yang tidak ku ketahui.Bagaimana pula dengan zaman khalifah yang empat?Bagaimana mereka cuba menterjermahkan apa yang mereka pelajari dan hayati daripada perjuangan rasulullah kepada pemerintahan mereka? Apa pula yang dilakukan orang Islam pada waktu tersebut yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam pemerintahan? Adakah mereka memberikan sumbangan kepada Islam? Sejauh mana sumbangan mereka terhadap Islam. 

Bagaimana pula dengan “Islam di Sepanyol,Islam di Eropah,Islam di Afrika,Islam di Malaysia dan di serata dunia.” Persoalan ini semua menunjukkan jahilnya aku kepada agama yang aku anuti ini. 

Aku berjanji akan ku cuba hayati apa yang berlaku kepada saudaraku yang telah pun pergi sebelum ini dan tidak akan ku ulangi kesilapan yang mereka lakukan sebelum ini.Secara tidak langsung,bermulalah perjuanganku untuk mencari akan erti Islam yang sejati,suci murni dari segala silap dan melalui ajaran yang dibawa oleh nabi. 

Tidak lama kemudian,dalam suatu ceramah yang ku hadiri… 

“Islam adalah agama sepanjang zaman yang tidak tertakluk kepada mana-mana tempat dan keadaan” ujar seorang ustaz yang amat ku hormati.  

Habis sahaja ustaz itu bercakap,sambung ahli panel yang lain pula,  

“ Jikalau umat Islam pada hari ini benar-benar mengikut apa yang dibawa oleh nabi,maka akan gemilanglah kembali agama Islam yang ada ini.”
     
'Menarik,menarik',detik hati yang berkata-kata kepada diri sendiri.Inilah jawapan yang ku cari selama ini.   Liku-liku hidup yang ada seolah-olah tidak menjanjikan apa-apa.Tanpa diduga, muncullah sinar cahaya yang dicari-cari.Ketenangan yang difikirkan mustahil sebelum ini,akhirnya berjaya dimiliki.  

Syukurku yang tidak terhingga kepadaMu,ya Allah atas anugerah petunjukMu ini. Biarpun terlalu banyak keingkaran yang ku lakukan kepadaMu, Engkau masih memberikan peluang kepada hati ini untuk kembali mengingatiMu. Sesaat mengingatiMu kini cukup membawa makna kepada kehidupanku.Alunan bacaan Al-Quran kini mula menggentarkan perasaanku.Masjid yang ku rasakan ‘jauh’  kini menjadi tempat persinggahan utamaku. 

Namun,aku sendiri musykil,beginikah keadaanku selama-lamanya? Mampukah aku menjadi hamba yang benar-benar patuh kepadaNya? 

Mungkin inilah ujian hidupku.Ujian yang sama yang dihadapi oleh saudaraku yang lain.Ujian itu pelbagai rupa.Mungkin sama dan mungkin berbeza antara aku dengan yang lain.Pokok pangkalnya,manusia akan diuji.Kini ku yakini bahawa benarlah kata-kataMu ya Allah,bahawa setiap mereka yang mengaku beriman sesungguhnya akan diuji untuk membuktikan keimanan mereka. 

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud; 

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:
“Kami telah beriman”,sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."  (surah Al-‘Ankabut ayat 2 dan 3)
              
Telah lama ku cari ketenangan ini dan tak ku sangka ketenangan ini cukup membahagiakan.Tak ku sangka segala-galanya dipermudahkan olehMu yang Maha Kuasa.Setakat ini,ku masih berjaya menghadapi segala bentuk ujianMu.Kejayaanku ini datang hasil penyerahanku kepadaMu.Inilah yang ku rasakan kesan penyerahan tersebut.Penyerahan yang seringkali disebut sebagai tawakkal.Penyerahan yang dilakukan setelah berusaha sedaya upaya yang ada. 

Namun demikian,begitu ringan ujian yang ku hadapi ini berbanding dengan perjuangan mereka yang mempertaruhkan nyawa untuk menegakkan agama ini.Adakah aku akan dibebani dengan ujian yang sama? 

Aku pohon kepadaMu ya Allah untuk tidak membebankanku dengan sesuatu yang tidak mampu ku hadapi.Ku sering membaca selepas solatku akan ayat Al-Quran yang membawa makna:  

“ Ya Tuhan Kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (surah Al-BaQarah : 286) 

Moga Allah mengabulkan do’aku yang kerdil ini. 

Banyak kali perkataan 'taQwa' ku dengari dalam ceramah yang diikuti. Banyak kali hinggakan terlekat definisi taQwa tadi di memori.Tapi,entah apa silapnya,suatu ketika dahulu aku tetap tidak berubah.  

Namun,baru aku seolah-olah mengerti akan hakikat taQwa ini.Ku rasakan tidak perlu untuk banyak kali ke majlis-majlis agama untuk berubah.Cuma,apa yang ku pasti, dengan menghadiri majlis-majlis agama ini akan dapat membersih hatiku ini dan menguatkan lagi ingatanku kepadaMu,ya Allah,Tuhan yang Maha Esa. Bersama-sama dengan mereka yang mengagungkanMu pasti menguatkan tekad ini untuk menjadi muslim sejati.   

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud; 

"And We shall remove from their breasts any (mutual) hatred or sense of injury (which they had,if at all in the life of this world); rivers flowing under them, and they will say: “All the praises and thanks be to Allah,Who has guided us! Indeed,the Messenges of our Lord did come with truth.” And it will be cried to them: “This is the paradise which you have inherited for what you used to do.” (surah Al-A’raf : 43) 

Setelah lama dicari,petunjuk yang dicari-cari akhirnya tiba.Berbatu-batu jauh mencari, akhirnya berjumpa juga akhirnya.Betapa agungnya bila mengenal yang Maha Esa. Segala benda di sekeliling cukup nyata menggambarkan keagunganNya.Telah nyata kini,aku hanyalah seorang hamba yang ada tanggungjawabnya. 

Detik hati ini lagi, 

"Lahirku tidak semasa hayatmu,rasul tercinta.Namun,daku percaya sepenuhnya dengan segala yang dibawa olehmu.Biarpun hidupku tidak lagi bersama-samamu,ya Rasulullah, akan kuabadikan sunnahmu dalam hidup yang ada.Tak banyak yang ku ketahui tentang perjuanganmu.Namun ku berjanji,akan ku cari dan akan ku hayati perjuanganmu dalam hidupku ini. " 

Aku pasti akan melakukan salah dan silap dalam hidup ini.Namun,aku yakin tuhanku akan sentiasa mengampunkan dosaku selagi mana aku bertaubat kepadaNya. 

Perjuangan ini tidak mampu ku hadapi berseorangan.Perlukan teman, perlukan keluarga,perlukan kewangan,perlukan kesabaran dan yang penting sekali perlukan bantuan daripadaMu ya Allah. 

Engkau berjanji akan membantu mereka yang membantu agamaMu.Jadi,Aku tidak khuatir dengan janjiMu.JanjiMu pasti terlaksana. 

Maka,segala-galanya terpulang kepada aku dan saudaraku yang masih hidup ini.Ayuh saudaraku,marilah menuju kejayaan!.

 

Kembali ke Ruangan Cerpen