JODOH YANG SEKUFU
HannaN terus sahaja berborak di dalam
komputer.Kadang-kadang dengan budak Mesir, Cairo,Pakistan,Kaherah,Budak tahfiz
dan juga kolej Islam tempatan. Sememangnya chatting adalah salah satu yang sangat
popular dalam internet.Sebab itu HannaN tidak melepaskan peluang untuk
menggunakan sepenuhnya CC yang berdekatan dengan tempatnya belajar.Biasanya
channel surau menjadi pilihannya.HannaN adalah seorang pelajar tahun 4 di
Upm,berumur 21 tahun dan mengambil jurusan network engineering. Dia juga seorang
pelajar yang mempunyai kefahaman Islam yang mendalam dan cemerlang dalam
pelajarannya..
Dapat saja budak dari Timur Tengah atau
popular dengan nama ardul kinanah,maka mulalah HannaN mengeluarkan butir-butir
kata yang selalu didengar atau didapatinya dari usrah,ceramah ataupun tazkirah
disurau di universitinya.Persis seorang ustazah.
Selalunya HannaN akan menggunakan nick
Raudahtul Jannah kerana HannaN mengharapkan chatting itu akan dapat dimanfaatkan
untuk menjadi tempat mencari ilmu yakni majlis ilmu.Bukankah ada sabda hadrat
Rasulullah saw kepada para sahabat r.a bahawa "majlis ilmu itu adalah salah
satu daripada taman disyurga."Jadi sebab itulah HannaN menggunakan nick
Raudahtul Jannah yang bermaksud taman di syurga.Ramai juga yang mendapat alamat
email HannaN.Ada yang memang minta dan ada juga yang sengaja diberi oleh
HannaN.Mudah-mudahan mereka boleh memberi nasihat atau tazkirah kepadanya
melalui email.Dan kemudian bolehlah HannaN menyampaikan apa yang diperolehinya
melalui emailnya kepada anak-anak usrahnya sesuai dengan hadis hadrat Nabi saw
mafhumnya; "Sampaikan dariku walau sepotong ayat..." Penuhlah ruang
emailnya dengan email dari pelajar-pelajar dari Al-Azhar, Yaman,Pakistan, Sudan,
dan dari Malaysia sendiri.Semuanya pelajar bidang agama dan beberapanya adalah
dari sekolah tahfiz dan seorang pelajar Shoubra di Mesir yang mana disitu adalah
tempat pelajar yang menghafal Quran.
HaiQal yang berasal dari Utara tanahair
adalah satu-satunya pelajar Shoubra yang turut memberi respon kepada email
HannaN.Berumur 25 tahun dan alhamdulillah telah menghafal 30 juzuk dari Al-Quran.Kesopanan
bahasa HannaN yang berbentuk nasihat dalam emailnya telah mendorong HaiQal untuk
meluahkan rasa hatinya terhadap HannaN.Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi
HannaN untuk menulis dalam bentuk motivasi dan nasihat kerana dia adalah salah
seorang naQibah di Universitinya.
HannaN amat bersyukur kerana
ditemukan dengan lelaki seperti yang selalu didoakannya selama ini setiap kali
selepas solat.Lelaki yang berilmu,beriman,beramal dan melibatkan diri dalam
gerakan jemaah Islam agar dapat membimbing dirinya agar menjadi wanita solehah
dan istiQamah sebagai sayap kiri perjuangan.Mudah-mudahan dia memperolehi
kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat.Lebih menggembirakan HaiQal
adalah seorang Al-Hafiz Quran.Tidak sudah-sudah HannaN membuat sujud syukur.
Proses demi proses telah pun
berlalu.Mula-mula bertaaruf dengan lebih lanjut, menghantar gambar dan kemudian
proses akhir istikharah untuk menentukan samada bolehkah perhubungan ini
diteruskan.
Keesokan harinya dengan penuh rasa
tidak sabar bercampur gembira HannaN membuka emailnya.Hari ini HaiQal hendak
memberitahu keputusan istikharahnya.Keputusan HannaN sudah positif.Tetapi
keputusan istikharah HannaN bukanlah diperolehi melalui mimpi tetapi melalui
gerak hatinya yang mempunyai keyakinan kuat bahawa jodohnya adalah dengan HaiQal.
Lagipun kalau ikut Islam jika hanya ada seorang sahaja lelaki yang approach kita
dan lelaki itu adalah lelaki mukmin maka haruslah diterima,tidak perlu
istikharah pun tak mengapa.Kerana istikharah itu sebenarnya untuk mereka yang
dalam dilema.Mempunyai dua pilihan yang kedua-duanya mukmin dan tidak tahu
hendak memilih antara keduanya; (Maka tatkala itulah memerlukan pertolongan
petunjuk dari Allah yang mana satu membawa akibat baik bagi diri,agama dan
kehidupan pada masa sekarang dan masa akan datang..)bisik HannaN kepada
hatinya.Namun email hari itu sedikit menghampakan HannaN kerana HaiQal tidak
memberikan jawapan istikharahnya. Tulisnya dalam email itu ; ?Belum dapat
apa-apa petanda?. Setiap kali membalas email HaiQal,HannaN akan bertanya
keputusan istikharah HaiQal namun setiap kali itu jugalah dia akan menerima ayat
Quran atau hadis hadrat Nabi saw yang menyatakan tentang kelebihan bersabar..
Masuk bulan ini sudah hampir 9 bulan
HannaN meneruskan hubungannya dengan HaiQal. Dan dalam tempoh itu mereka
sering berbalas email dan HaiQal pernah menelefonnya dari Mesir.Bunga-bunga
kecintaan mereka semakin mekar dan berkembang.Tidak sabar HannaN hendak menunggu
kepulangan HaiQal dari Mesir.Dan bulan depan HaiQal akan pulang ke Malaysia.
Keputusan jayyid yang diterimanya telah melayakkan dia untuk pulang ke tanah
air.Hari ini HaiQal yang berada dirumahnya di Sungai Petani menelefon HannaN
yang pada masa itu berada dirumahnya di bangi. Kebetulan UPM pada masa itu
cuti.Belum pun sempat HannaN menanyakan apa-apa, HaiQal telah memotong
percakapannya.Dengan penuh tenang HaiQal telah menyatakan sesuatu yang HannaN
tunggu selama ini,namun isi kandungannya tidaklah seperti yang diharapkan oleh
HannaN selama ini.
HannaN...
HaiQal menarik nafas panjang...maafkan
abang..jawapannya negatif HannaN. Sebenarnya semasa abang di Shoubra dulu abang
telah memperolehi jawapan negatif tetapi abang masih lagi berdoa agar jodoh kita
sampai.Namun petunjuk yang diperolehi bertambah keruh..
HannaN..
Tidak ada siapa yang dapat mengubah
takdir Allah..InsyaAllah nanti mungkin akan ada seorang lelaki yang lebih baik
dari abang yang akan memenuhi ruang hati HannaN.Itulah doa abang untuk
HannaN..Sampaikan salam abang kepada emak dan ayah HannaN dengan lafaz
Assalammualaikum..dan sampaikan juga minta maaf dari abang buat mereka..
HannaN ..
Kita hanya merancang,Allah juga
merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Hancurlah hati seorang yang bernama
wanita yang mana sememangnya sifat hati kaum
Hawa ini sensitif..Tewaslah matanya
dari menahan air matanya untuk tidak tumpah membasahi pipinya yang licin dan
putih melepak itu..akhirnya HannaN pasrah dan redha dengan ketentuan Allah
buatnya..
Hari ini rumah kedua orang tua
HannaN mengadakan walimatul urus..HannaN akan diijabkabulkan pada pukul 2.00
petang ini dimasjid jamek ditaman rumahnya bersama seorang pemuda yang baru
pulang dari United Kingdom.Muhammad Athif bin Abdullah adalah seorang pelajar
jurusan Computer Engineering yang melanjutkan pelajarannya di Oversea.Dahulunya
bekas pelajar Univesiti Malaya yang aktif dalam gerakan persatuan jemaah Islam
di universitinya...Alhamdulillah Athif juga istiQamah dan aktif dalam jemaah
semasa di United Kingdom.Sekurang-kurangnya HannaN masih lagi boleh istiQamah
sebagai sayap kiri perjuangan Islam setelah berkahwin dengannya...Lamunan HannaN
lenyap sejurus sahaja kompang dipalu.. Rombongan pengantin lelaki sudah pun
sampai dan sekejap lagi HannaN akan ke masjid untuk upacara ijab kabul.Dan
dikala itu HannaN mengesat air matanya sambil meletak kembali kad jemputan
perkahwinan HaiQal yang telah berusia setahun lebih itu.Usia kad itu telah
mengingatkan HannaN akan perkahwinan HaiQal dengan seorang muslimat yang baru
balik dari Kaherah yang juga seorang Hafizah Al-Quran..Dan perkahwinan mereka
sudah berusia sama dengan kad berwarna merah jambu lembut itu..HannaN mengesat
air matanya yang sudah banyak tumpah membasahi pipinya dan telah menghilangkan
bedak dipipinya..Kemudian HannaN menyapukan kembali bedak dipipinya.Itu sahaja
yang dipakainya kerana HannaN tahu akan haramnya tabarruj.
Sewaktu HannaN diiringi keluar,dia
sudah nampak rombongan yang datang dari jauh.. Kemudian dia mencari-cari wajah
bakal suaminya.Tatkala terlihat saja wajah Athif,pada masa itulah HannaN sudah
membuang jauh semua kenangannya bersama HaiQal....
Semuanya...kerana pada saat dan detik
itu Athiflah yang memenuhi segenap ruang isi hatinya nalurinya.Dia hendak
menjadi isteri yang solehah kepada Athif..Dia mahu menyintai Athif sepenuhnya
sebagai kekasihnya didunia dan diharapkan dapat menjadi perantaraan buat
kekasihnya yang kekal abadi yakni Allah Taala..
Tapi Tuhan saja yang tahu sejauh mana
kekuatan HannaN untuk menolak semua kenangannya sewaktu bersama HaiQal..cinta
pertamanya yang mana suatu ketika dahulu dia pernah berharap menjadi pelamin
hidupnya..Semua itu hancur sekelip mata bilamana itulah kehendak Allah terhadap
makhluknya...namun HannaN pasrah dan redha dengan keputusan Allah buatnya..Dia
yakin ada hikmah disebaliknya...dan dia juga yakin Athiflah yang akan membawa
akibat baik bagi dirinya,agamanya dan kehidupannya pada masa sekarang dan pada
masa akan datang..HannaN cuba mengukir sekuntum senyuman pengantin buat
Athif..dia tahu Athif sedang memerhati ke arahnya..Dia mahu memaparkan wajah
yang gembira menyambut kehadiran Athif didalam hatinya dgn penuh
keikhlasan..pada masa itu dgn rahmat Allah turun rasa mahabbah yang mendalam
dalam dirinya terhadap Athif...HaiQal sudah dilupakan tatkala itu dan mungkin
untuk selama-lamanya...sebagai isteri solehah,
HannaN sudah tidak boleh mengingati
lelaki lain...Upacara ijab kabul telah berjalan lancar dan kini HannaN dan Athif
sudah sah sebagai suami isteri..Tatkala kedua pengantin itu berjalan berpimpinan
tangan menuju ke rumah,terdetiklah dihati HannaN, memang benarlah kita ini perlu
mencari jodoh yang sekufu..
Penulis : Adakala keadaan seseorang itu dapat dikenal melalui kalamnya dan seringkali manusia tidak sedar yang dia sedang bercerita mengenai keadaan dirinya melalui percakapan, perbuatan mahupun tulisannya...Kisah di atas tidak ada kena dengan yang hidup atau yang telah mati..sekiranya ada itu hanyalah ketentuan Allah Ta'ala..