SEHARUM BAU SYURGA..
"Encik Johan,mak encik perlu
banyak-banyak berehat.Jangan biarkan dia buat kerja-kerja berat.Keadaannya makin
tenat.Kalau tak dikawal,dia mungkin menemui maut.Dia perlukan perhatian yang
lebih daripada encik.Kalau boleh,bawalah dia tinggal bersama.
Satu lagi, pastikan dia mengambil
ubat-ubatan secara konsisten dan berterusan."Itulah pesan doktor kepadanya
beberapa bulan yang lalu.
Bunyinya tampak mudah sahaja.tapi,untuk
melaksanakannya...aduh,hanya Tuhan yang tahu.Hanya Tuhan sahaja yang memahami
gelodak di hatinya.Dan hanya Tuhan sahaja yang mengerti gelora di
jiwanya.Setinggi ombak menggulung di samudera luas,seganas badai menghempas
tepian pantai,begitulah jua yang dirasakan di lubuk hatinya kini.
Johan dilahirkan dalam keluarga yang
cukup susah.Dia anak jati desa.Dia dibesarkan dalam serba kekurangan.Ibu dan
ayahnya hanyalah pesawah.Sawah miliknya takpun sampai sekangkang kera.Dia
membesar bersama lumpur dan pacat.Kerbau-kerbau itu temannya,malah, bertemu ular
sawah pun bukan lagi perkara asing baginya.Pantang ada sahaja waktu terluang,
dia akan melompat,meredah lumpur sawah untuk mencari ikan laga.Dia gemar bermain
ikan laga.Kakinya itu juga sudah biasa bersalut lumpur.Penuh dengan parut-parut
kesan gigitan nyamuk dan pacat.Kulitnya hitam berkilat dibakar terik
mentari.Apabila tiba musim menuai, dia akan turut sama membantu ibu bapanya di
sawah.Setiap hari dia membanting tulang empat keratnya.Dia lakukan ini semua
demi meringankan beban ibu dan ayahnya.Dia sayangkan kedua-dua mereka.
Memang Johan anak yang
baik.Ah,anak bandar takkan sama dengan anak desa sepertinya.Anak bandar tak
pernah mengenal erti kemiskinan.Anak bandar tak pernah mengenal rasa susah
seperti yang dia rasa.Baginya,hendak makan pun susah.Kata orang,kais pagi makan
pagi,kais petang makan petang.Kerana itu Johan amat menghargai kemewahan yang
dinikmatinya kini.Kesenangan ini rezeki Tuhan buat dirinya.Berkat doa ibu
ayahnya dan usahanya yang berdikit-dikit,dia mampu membina empayar yang agung
dalam bidang perniagaan.Dia kini ahli perniagaan tersohor di ibu kota.
Namun demikian,dia bukanlah seorang
yang lupa diri.Dia tak mahu jadi seperti kacang lupakan kulit.Dia tahu asal
usulnya.Dia tahu dia anak desa.Anak orang miskin.Inilah dia
Johan,anak yang suatu ketika dulu
pernah bergelumang dalam lumpur.Berkat asuhan keluarganya yang taatkan agama,dia
tampil sebagai seorang insan yang berani,keras bak besi waja.Dia gemar membaca
kisah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat. Malah,sejak kecil lagi dia
cukup mengagumi kepahlawanan Salahuddin al-Ayyubi,yang dikatakan singa di siang
hari,sufi di malam hari.Kerana itu dia menjunjung cita-citanya sebagai
mujahid.Dia ingin sekali syahid.Syahid dalam jihad fisabilillah......
Johan mengalihkan pandangannya ke
wajah wanita yang usianya hampir 100 tahun itu. Itu Mak Lijah,ibunya.Perempuan
itu sudah terlalu tua.Garis-garis kedut kian jelas di wajahnya.Kulitnya banyak
yang sudah kendur dan berkedut-kedut.Kalau kanak-kanak kecil melihatnya pasti
mereka akan menangis.Terasa ngeri menatap wajahnya.
Johan mengalihkan buah-buah tasbih yang terselit di celah jari-jemari ibunya. Walaupun terlantar sakit,ibunya tidak pernah culas membilang biji-biji tasbih,tunduk mengingati Tuhan.Inilah yang menambahkan lagi sayang Johan kepada ibunya.Dia bangga beribukan Mak Lijah.Walaupun miskin,dia kaya agama dan budi bahasa.Johan lantas menggenggam erat tangan wanita yang telah lama kematian suami itu.Tangan itu terlalu banyak berjasa kepadanya.Tangan itulah yang menyuapkan nasi ke mulutnya.Tangan itulah yang mendodoikannya tika tapak kakinya masih sebesar dua jari.
Kring....!Kriinnnggg...!!! Johan
tersentak oleh deringan handsetnya. Lamunannya terhenti.
"Assalamualaikum".Johan
memulakan Salam diberi pembuka bicara.
"Waalaikumussalam.Abang.....ini
Humayra.Abang di mana sekarang ni?!?" Satu suara perempuan membalas.Agak
keras bunyinya.
"Oh.....Humayra.Maafkan
abang,sayang....Abang terlupa nak beritahu Humayra.Abang kini berada di
hospital....?." Jawab Johan pula.Ada sedikit rasa bersalah pada nada
suaranya.
"Di hospital?! Buat apa abang ke
sana..?!!" Tanya perempuan itu ingin tahu.Agak tinggi juga bunyinya.
"Bukannya apa...Humayra...Mak
abang sakit tenat.Abang terpaksa jaga dia hari ini. Abang janji, lusa abang akan
pulang....hmm???" Dia menjawab mesra,takut terguris hati si isteri.
"Oh....tak
mengapalah.Assalamualaikum..Tup!" Enggan bertanya lanjut,perempuan itu
lekas mematikan talian.Tak sempat Johan bertanyakan hal-hal di
rumah.Terkulat-kulat dia dibuatnya.
Perempuan itu tadi
isterinya,Humayra.Baginya,Humayra adalah orang kedua selepas ibunya. Pun
begitu,dia amat menyayangi isterinya.Dan anak-anaknya.Dia masih ingat lagi,
perkenalannya dengan Humayra bermula di bangku universiti.Humayra adalah
juniornya.Dia mula tertarik hati kepada Humayra ketika mereka sama-sama
menerajui sebuah badan agama di situ. Humayra begitu cekap mengendalikan
tugasnya.Dia begitu matang dalam menyelesaikan masalah. Dia juga adalah bunga
yang tak mudah goyang pabila dihinggapi sang kumbang.Kerana itu Johan terpikat
padanya.Kerana itu gadis yang lengkap bertudung labuh dan berjubah itu cukup
menyenangkan pandangan kali pertamanya.
Dia mahukan isteri yang mampu
menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya, sepertimana ibunya sendiri.Memang dia
memandang gadis itu dengan hasrat untuk dijadikan isteri.Bukan sekadar untuk
suka-suka.Bukan juga sekadar untuk main-main.
Seingatnya belum pernah dia melirikkan
anak matanya ke arah anak gadis orang semata-mata untuk memuaskan nafsu.Dalam
tak sedar dia terlupa gadis manis pilihan ibunya di kampung.Orangnya bukan
setakat lemah lembut,malah pandai pula memasak, pujuk ibunya suatu ketika
dahulu.Ah,tak mengapalah. Hatinya labih terpaut pada Humayra.Mungkin dah
tersurat jodohnya memang di situ.
Sebagai anak muda yang berperibadi
tinggi,dia tak mahu dibelenggu fitnah.Dia tak mahu terjerat dengan dosa seperti
kebanyakan pemuda lain.Seboleh-bolehnya dia mahu mendapatkan Humayra melalui
wasilah yang baik,yang tidak melanggar batas-batas syariat. Lantas disuarakan
hasrat murninya itu kepada seorang ustazah yang mengajar di situ. Kalau-kalau
ustazah itu boleh bertanyakan Humayra bagi pihaknya. Alhamdulillah.... rupa-rupanya
Johan tidak bertepuk sebelah tangan.....
Perkahwinannya dengan Humayra memberi
izin padanya untuk menyemai benih cinta buat kali pertama. Sebelum ini dia tidak
pernah bercakap dengan perempuan selain ibunya seandainya tiada
keperluan.Bukannya bermakna dia takutkan perempuan,cuma dia tak mahu melampaui
batas-batas adat dan agama.Dia cukup sensitif tentang soal dosa dan pahala.
Baginya,agama bukanlah sesuatu yang boleh diperjudikan, malah, agama itulah
penyinar masa hadapan.
Di awal-awal usia
perkahwinannya,kehidupannya sebagai sepasang suami isteri banyak mengundang
kebahagiaan.Keceriaan.Juga kedamaian.Oh,kasihan sungguh si ibu tua! Johan tak
bermaksud melukakan hati ibunya.Baginya,Humayra adalah pilihannya.Dia yakin
Humayra jugalah pilihan anak-anaknya nanti!
Jelas Humayra seorang isteri yang
baik.Humayralah suri hidupnya.Humayralah setiausahanya yang paling
bijak.Humayralah yang bersusah payah menyediakan kopi panas setiap kali dia
bangun bertahajud.Humayralah yang tak jemu-jemu mengejutkannya untuk solat Subuh
setiap pagi.Humayralah yang menyediakan pakaiannya,makan minumnya dan tempat
tidurnya.Humayralah yang melahirkan zuriatnya,malah Humayra sanggup melepaskan
jawatan tinggi yang disandangnya demi dia dan wira-wira kecil mereka yang tiga
orang itu.Humayra terlalu banyak berkorban untuknya dan anak-anak.Rumahnya itu
syurga dunia baginya.
Sesungguhnya perempuan yang solehah
lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya. Kini dia mampu tersenyum
puas.Teringat dia akan kisah cinta Rasulullah saw dan Siti Khadijah.Cukup
romantis.Ya,memang tak dinafikan ada kalanya dia berselisih faham dengan
Humayra.Tak sependapat.Tak sehaluan.Akibatnya,masing-masing tunduk membisu
tatkala bersua muka.Tapi,lekas-lekas dia teringatkan kisah sahabat nabi Umar al-Khattab
r.a. Umar sendiri pun pernah bermasalah dengan isteri.Umar pun pernah dileteri
isteri.Namun,berkat benteng iman yang kukuh,pemuda segagah Umar mampu membina
tiang kesabaran.Menyemai kembali benih perpaduan.Mengingatkan itu,
perlahan-lahan dia mendekati isterinya.Berusaha memenangi hatinya semula.Dia
tahu Humayra penat saban hari melayan karenah dia dan anak-anak.
Kasihan Humayra..Humayra.kaulah
isteri yang aku sanjungi.Syurgalah tempatmu nanti..! Getus Johan dalam
hati.Aaahhh..!!! Itu bukan masalahnya! Itu bukan perkara yang menyemakkan
benaknya tika ini.Yang menjadi masalahnya ialah Humayra bukan gadis pilihan
ibunya! Humayra bukan kehendak hati ibunya! Humayra itu pilihannya!
Sungguh Johan tak menyangka
perbuatannya menikahi Humayra terkesan di hati ibunya.Sungguh Johan tak tahu.
Ibunya terlalu mengharapkan dia menikahi gadis sekampungnya.Apa nak buat,hatinya
tiada pada gadis itu.Maafkanlah Johan, bu?.rintih Johan dalam hati.
Memang sejak dari dahulu lagi
hubungan Humayra dengan mentuanya agak renggang. Bukannya dia tak pernah cuba
memenangi hati mentuanya,tapi mentuanya itu yang mudah berjauh hati.Entahlah...Dia
sendiripun kurang pasti.Mentuanya,atau dirinya sendiri yang terlalu sensitif?
Entahlah?kedua-duanya barang kali.
Kini Mak Lijah pula kerap jatuh
sakit.Kali ini sakitnya bertambah tenat.Johan tahu sebagai anak lelaki
tunggal,dia mempunyai tanggungjawab yang lebih berat terhadap ibunya. Sebab
itulah bagaimana sibuk sekalipun,dia harus pulang menjenguk ibunya di kampung.
Sebagai anak lelaki,syurganya di bawah telapak kaki ibunya.Redha ibunya, maka
redhalah Tuhannya.Tak guna kalau dia menabur seribu bakti sekalipun andainya
ibunya murka padanya. Habis??bagaimana pula isterinya? Takkan nak
ditinggalkannya terlalu lama?! Tambah memeningkan kepala,doktor menasihatkan
agar ibunya dibawa tinggal bersama.Kalau berita ini disampaikan kepada
ibunya,Johan pasti ibunya berkeras untuk tinggal tetap di situ.Dia mahu berkubur
di situ.
Seribu satu alasan akan
diberikannya.Dan?..kalau berita ini disampaikan kepada Humayra pula,sudah pasti
isterinya itu diam membatu,sepi seribu bahasa,walhal jauh di sanubarinya dia
sebenarnya berkecil hati.Alah,Johan faham sangat perangai isterinya itu. Dia
isteri yang setia.Seboleh-bolehnya dia tak mahu menolak permintaan Johan,jauh
sekali mengingkari arahan suaminya.
Johan buntu.Dia kini tersepit di
tengah-tengah persimpangan dilema.Ditelan mati emak,
diluah mati bapak.Kedua-duanya adalah
permata yang bertakhta di hatinya.Dia perlu menunaikan tanggungjawabnya sebagai
anak dan suami.Syurganya di bawah telapak kaki ibunya. Syurga isterinya pula di
bawah telapak kakinya.Dia perlu lakukan sesuatu untuk memperbaiki
keadaan.Namun,dia tak mahu ada jiwa yang terguris.Bak kata pepatah,ibarat
menarik rambut dalam tepung,rambut jangan putus,tepung jangan berselerak.
Akhirnya Johan mengambil keputusan
nekad.Dia bersedia berulang-alik bergilir-gilir dari rumahnya ke kampung.Dia
sedar antara Kuala Lumpur dengan Kedah bukanlah suatu jarak yang
dekat,namun?.dia tiada pilihan.Dia perlu berkorban untuk orang-orang yang telah
banyak berkorban untuk dirinya selama ini.Kini tibalah masanya untuk dia
membuktikan kasih sayangnya kepada kedua-duanya sekali.Kasih sebagai suami dan
anak.Kerja-kerja di ofis pun telah siang-siang diserahkannya kepada rakan
kongsinya bulat-bulat.Benar-benar dia mengharapkan pertolongan sahabatnya
itu.Mujur rakannya sedia membantu.
Sejak itu,dia kerap meninggalkan
isterinya.Dia lebih kerap pulang menjenguk ibunya di kampung.Namun,demi kasihnya
pada si isteri,dia tetap pulang ke bandar bila tiba masanya.Sebagai lelaki,dia
rindukan belaian manja seorang isteri.Sebagai ayah,dia rindukan suara riang dan
peluk cium jundi-jundinya yang masih kecil.Seingatnya juga, sejak itulah Humayra
mula berubah sikap.Setiap kali dia pulang,Humayra seakan-akan ingin lari
daripadanya.Tiada lagi layanan mesra daripadanya.Tiada lagi senyuman manis
terukir di bibirnya.Tiada lagi jelingan manja di matanya.Bukan setakat
itu,Humayra juga diperhatikannya sudah pandai bergaya.Dari tudung labuh dia
beralih ke tudung singkat, jelas menampakkan dadanya.Malah kadangkala dia
seolah-olah sudah biasa tidak bertudung tatkala berada di luar rumah.Rumah
dijadikannya seperti hotel.Humayra sudah berani keluar sesuka hati.
Nafkah zahir batin Johan usah
diceritakan lagi.Semuanya diuruskannya sendiri.Oh, begitu cepat manusia
berubah.Mak Timah,pembantu rumah merekalah yang menyampaikan berita itu
kepadanya.Johan benar-benar terluka.Entah angin apa yang menyapa isterinya,dia
sendiri tidak tahu.Mak Timah pun tidak tahu.Siapa sangka wanita yang dulunya
taat beragama,tapi kini?..ah! Dia tak berani membuat andaian kosong. Membuat
tuduhan melulu.Yang pasti, hatinya makin lama makin hancur dan berdarah.
Panas terbakar,hangat mendidih.Terasa
sebak jiwanya.Isteri yang disanjungnya satu ketika dahulu sudah mula berpaling
tadah.Sudah mula bertukar arah.Hanya anak-anaklah pengikat kasih mereka.
"Ya Allah?.Bala apakah yang
menimpa keluargaku? Sungguh,terasa maha hebat dugaan yang Kau beri?" rintih
Johan dalam hati.
Pun begitu,kasih Johan kepada isterinya
tak pernah luntur.Tak pernah kurang. Sebusuk-busuk
daging..,direbus.,dicincang.,dimamah jua.Bukanlah perceraian yang diharapkan
daripada perkahwinannya dengan Humayra.Humayra masih lagi isterinya yang sah.Dia
tak pernah kenal wanita lain selain Humayra.Dia perlu bersikap adil.Dia perlu
bersemuka sendiri dengan Humayra.Perhitungan perlu dibuat!! Kalau dibiarkan
lama-lama ia akan menjadi nanah yang membusuk dalam jiwanya.! Dia bukan lelaki
dayus..!!!!
Johan mula berkira-kira untuk pulang ke
rumahnya lebih awal daripada hari yang dijanjikan.Sengaja tidak mahu
diberitahunya kepada Humayra.Mak Timah pun dah seminggu pulang bercuti.Belum pun
balik-balik lagi.Jadi,mudahlah untuk Johan berbicara dari hati ke hati dengan
isterinya nanti.Kepada Mak Lijah,ibunya,diucapkannya selamat tinggal. Dikucupnya
dahi ibunya mesra.Dia perlu pulang untuk menyempurnakan tugasnya sebagai suami.
Dia tetap akan pulang pada hari itu juga?!
Johan sengaja memberhentikan keretanya
agak jauh dari rumahnya.Perlahan-lahan dia mengorak langkah menuju ke pekarangan
mahligainya,The Blue Mansion.Ada sebuah kereta besar di pinggir jalan sana.
Ah,kereta jiran sebelah barang
kali,pujuk Johan dalam hati.Sesampainya dia di pintu rumah,matanya terbeliak
besar.Buntang merenung sesuatu.Dia pasti itu bukan miliknya. Sepasang kasut
lelaki berjenama Alain Delon.Hatinya berdebar-debar.Degup jantungnya kian
terasa.Dia mula mengesyaki sesuatu.Fikirannya berkecamuk memikirkan sesuatu yang
buruk akan berlaku.
Ditolaknya daun pintu rumah
perlahan.Takut didengari isterinya.Langkahnya diatur kemas menghala ke bilik
wira sulungnya di tingkat bawah.
"Anak abah sayang.Umi mana??"
Soalnya sebaik sahaja pintu terkuak.
"Umi ada kat atas,dengan
uncle." Tenang sahaja bunyi jawapan daripada anak kecil berusia lima tahun
itu.Seolah-olah tiada apa yang pelik baginya.
"Dengan uncle??!!!" Balas
Johan.
Hampir terjojol biji matanya mendengar
jawapan anaknya.Dia pantas mendaki tangga ke tingkat atas.Dari jauh dia
seakan-akan dapat menangkap bunyi rintihan.Juga suara-suara yang tak berapa
jelas biji butirnya.
Hatinya benar-benar
terbakar.Panas membara.Dipercepatkan lagi langkahnya. Didapatinya daun pintu
tidak terkatup rapat.Maka perlahan-lahan dia menguak daun pintu
biliknya.Menggigil-gigil tangannya menahan marah.Bergetar dadanya menahan
sabar.Dan.. Johan mengangkat muka.Di hadapan matanya kini dua merpati sedang
memadu kasih.Tak seurat benang pun lekat di tubuh kedua-duanya.
Ya Allah,sungguh mereka berperangai
seperti binatang.Mereka hanyut dibawa arus dosa.Dibuai keseronokan yang amat
sangat,hinggakan kehadiran Johan pun tak disedari.Johan terasa hatinya panas
menggelegak.Kelelakiannya mula tercabar.
"Humayraaaaaa?.!!!!!" Tempik
Johan.
Tersentak pasangan kekasih itu
dibuatnya.Masing-masing cuba berselindung di bawah selimut tebal.Tergamam
sungguh Humayra.Terasa seakan mahu gugur jantungnya.Tidak disangkanya Johan akan
pulang pada hari itu.Ketakutan mula meresapi jiwanya.
"Oh...isteri apa engkau ini
Humayra.Ibu apa engkau ini.Di hadapan aku kau berselindung di sebalik
kelembutanmu.tapi di belakang aku kaulah singa yang rakus membaham
mangsa!Patutlah selama ini kau sentiasa ingin berjauhan dariku.Patutlah selama
ini kau mula berubah sikap. Humayra...bukankah kau isteriku yang sah?! Apa tak
cukupkah selama ini nafkah yang kuberi?! Mahligai yang kubina?! Tubuhmu yang
kusaluti emas?! Apalagi yang tak cukup Humayra?.cakaaaaappppp!!!?" Johan
bersuara lantang buat kali pertama.
Bersusah payah dia berbicara dalam
menahan ratap sendu yang amat hiba. Setabah-tabah dirinya,menitis jua air
matanya.Tak disangkanya wanita yang dahulunya disanjung dan dipuja kini berlaku
curang terhadapnya.Sungguh dia tak pernah menyangka wanita yang dulunya taatkan
Allah dan Rasul boleh berbolak-balik hatinya.Sia-sia sahaja kepercayaan yang
dicurahkan kepada isterinya selama ini.Kerana kepercayaan yang tak berbelah
bahagi itulah dia berani meninggalkan isterinya.
Oh,Tuhan....Mungkinkah dia yang
bersalah?! Ya,mungkin dia yang bersalah kerana kerap meninggalkan isterinya
dahulu.Membiarkannya sepi tanpa suami di sisi?.tapi... mungkinkah dia juga yang
bersalah andainya ingin menabur bakti pada ibu di kala usia merangkak senja!
Johan sendiri tidak pasti.
"Abang...ampunkan Humayra
bang?.Humayra mengaku Humayra yang bersalah??" kata Humayra dalam esak
tangisnya.
Dia meluru ke arah Johan dalam keadaan
berselimut.Air matanya bercucuran keluar. Barulah dia tersedar akan dosa yang
dilakukannya.Tak mustahil manusia berilmu sepertinya, kalau tak kukuh benteng
iman,bisa kalah dengan godaan syaitan.Remuk-redam hati Humayra mendengar
kata-kata suaminya.Seremuk-remuk hatinya remuk lagi hati Johan.Dia memeluk kaki
suaminya,mengharapkan simpati yang tak pasti?..
Johan kaku.Dia nekad.Cukuplah setakat
ini hatinya disakiti.Cukuplah setakat ini jiwanya dilukai.Dia takkan menyentuh
lagi perempuan yang kotor itu.Perempuan itu kini terlalu jijik baginya.Perempuan
itu sanggup menggadaikan maruahnya.Perempuan itu tak layak menjadi ibu kepada
anak-anaknya.Bukanlah ini perempuan yang dicari-carinya! Teringat pula dia akan
ibunya di kampung.Dia bersyukur kerana dia masih ada perempuan itu.Di situlah
syurganya.Di bawah telapak kaki perempuan itulah letaknya syurganya.Dia mahu
mencari redha ibunya,kerana dia sebenarnya ingin mencari redha Ilahi?.Dia mahu
meniti jalan-jalan syurga yang suci.Dia mahu jadi hamba Allah yang
sejati..kerana itu,dia sudah nekad kini?.
Johan merentap kasar kakinya yang
berada dalam pelukan isterinya.Ditinggalkannya isterinya itu
terkapai-kapai.Lemas dalam lautan dosa.Dia pantas membimbing ketiga-tiga anaknya
masuk ke perut kereta.Dia sudah bertekad,biar dia yang menanggung jerit perih
membesarkan anak-anaknya.Dia tak mahu anak-anaknya membesar di sisi seorang
pelaku maksiat.
Johan ingin segera berlalu dari
situ.Sedikitpun tidak ingin dia menoleh ke belakang. Pantas dia memasukkan gear
dan menekan pedal minyak.Diluncurkan keretanya laju menghala ke jalan besar
tanpa menoleh kiri dan kanan.Tiba-tiba..
Duummmm...!!!!! Satu letupan kuat
kedengaran.Letupan itu sahaja cukup untuk menggegarkan Desa Permai dan seluruh
isinya.Letupan itu sahaja cukup untuk meragut nyawa seorang ayah bersama tiga
jundi-jundinya sekaligus.Dari tingkap kaca rumahnya, berjejeran airmata Humayra
melihat mayat suaminya bersama tiga anaknya bergelimpangan di atas jalan. Darah
berhamburan di sana-sini.Dilihatnya juga sebuah treler panjang terbaring lesu di
bahu jalan.Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian.
Kini telah seminggu Humayra
meratapi pemergian suami dan anak-anak tercinta.Tanah kubur pun masih merah dan
basah.Setiap hari dia menabur bunga di kubur mereka. Terasa sayu hatinya..
Ah..,sesal dahulu
pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.Sudah seminggu juga dia tak lalu makan
dan minum.Seakan-akan mahu sahaja rasanya dituruti langkah-langkah mereka. Kalau
boleh,dia ingin kembali ke masa lalu.Ke saat bahagia bersama suami dan
anak-anak.Ke masa lampau di mana dia disanjung sebagai isteri.Ke masa dia belum
lagi mengenal erti dosa besar.Air mata yang diempangnya tak henti-henti
mengalir.Hatinya benar-benar hiba.Hatinya benar-benar terharu tatkala membaca
warkah suaminya yang ditulisnya sedikit masa lalu. Warkah itu terselit dalam
keretanya yang habis remuk.Warkah itu berbunyi:
Humayra..
Duhai isteriku sayang....
Dengarkan pesanan abang ini baik-baik
Buat pegangan di hari muka?
Humayra...
Abang bukanlah seorang penyair,kerana itu abang tak pandai bergurindam,
Abang juga bukanlah seorang pelakon,kerana itu abang tak pandai bersandiwara,
Abang juga bukannya seorang pelawak,kerana itu abang tak pandai bersenda loka,
Tapi..
Abang adalah hamba Allah,kerana itu abang menjunjung amanah-Nya.
Humayra..
Terima kasih atas kesudian untuk menjadi isteri abang,
Terima kasih juga atas titik peluh Humayra yang mengalir untuk mengasuh
anak-anak abang,
Tapi lebih daripada itu,abang harap Humayra faham bahawa hidup di dunia tak
semudah yang kita janjikan,
Hidup di dunia ini penuh dengan onak dan ranjau berduri,
Tapi sayang...
Inilah hidup yang harus kita tempuhi.
Humayra..
Sesungguhnya tempat seorang isteri itu adalah di sisi suaminya,
Sayang,bukankah kita sama-sama ingin mengejar syurga Allah? Ingatlah
sesungguhnya syurga isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami?
Kerana itu sayang,jangan sekali-kali kau menderhakai suamimu.
Humayra...
Didiklah anak-anak kita dengan didikan agama,
Didiklah mereka dengan kedua-dua belah tanganmu yang suci,
Berjanjilah pada abang,bahawa Humayra takkan sia-siakan jundi-jundi kita,
Kalau abang tak sempat,bimbinglah mereka untuk jadi mujahid,
Ingatlah sayang,tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncangkan dunia.
Khas buat jundi-jundi Abi...
Muhammad,HaiQal dan Mus'ab,
Jangan nakal-nakal nak?
Jadilah anak-anak yang soleh..
Bila ummi dan abi sudah tiada nanti,doakanlah yang terbaik untuk kami,
Jangan lupa untuk sempurnakan cita-cita abi,
Jadilah mujahid Islam yang sebenar,
Selamat maju jaya abi ucapkan,
Wassalam...
Humayra meramas-ramas warkah itu hingga
hampir lunyai.Digenggamnya erat-erat.Ya Allah...mampukah aku mencium haruman
syurga-Mu? Mampukah aku menjadi mawar yang menghiasi taman-taman syurga? Humayra
khusyuk menghisab diri.
Hari itu,seorang ibu meratapi pemergian
anaknya,mendoakan balasan syurga untuknya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kasih
ibu membawa ke syurga?
Hari itu juga,seorang isteri menangisi kepulangan suaminya,mengharapkan doa dikurniakan syurga dari-Nya?Semoga roh suami dan anak-anaknya ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman?Amin Ya Rabb....