Saya cabut baberapa helai rumput yang
baru tumbuh di kubur Allahyarham Pak Cik Malik Kemudian saya buangkan rumput itu
dan saya pegang nisan batu di kepala kubur yang telah kekuningan.Lumpur yang
terpercik semasa hujan telah mengotori nisan itu.
"Malik bin Abd.Razak.Kembali ke
rahmatullah pada 14 Safar....."demikian catatan pada nisan tersebut.
Lama saya renung tulisan itu.Entah
mengapa,hati saya terasa sebak.
Pak Cik Malik tidak ada pertalian darah
dengan saya.Dia hanya salah seorang penduduk di kampung kami,di Johor,tetapi
pemergiannya amat menyentuh hati saya.Kerana itulah, apabila emak memberitahu
kematian Pak Cik Malik,saya yang baru pulang ke kampung tidak berlengah menuju
ke kuburnya.Makin direnung nisan itu,semakin kuat ingatan saya kepada
Allahyarham,terutama sejarah hidupnya yang menyayat hati.Malah ia menjadi
sebutan di kampung kami.
Menurut emak,dahulu Pak Cik Malik
mempunyai adik,Samat yang muda setahun daripadanya.Malik dan Samat tinggal
bersama ibu mereka,yang kami panggil sebagai Mak Teh sahaja.Bapa mereka
meninggal dunia semasa mereka masih kecil.Mak Teh cuma bekerja sebagai penoreh
getah.Dengan pendapatan itulah dia menyara Malik dan Samat.
Ketika meningkat remaja,dalam
lingkungan usianya 18 tahun,entah bagaimana terjadi pertengkaran antara Malik
dan adiknya.Ia kemudiannya beralih kepada maki hamun dan akhirnya
bertumbuk.Malik sebagai abang tidak mahu mengalah,sebaliknya membedal adiknya
itu.Melihat kedua-dua anaknya bergomol, Mak Teh meluru ke arah mereka.
"Sudah....sudah! Kamu ni adik
beradik pun nak bergaduh!" katanya.
"Adik ni,dia yang mulakan dulu..."kata
Malik lantas menuduh Samat.
"Tapi kamu tu abang,mengalahlah
sikit..." kata ibu mereka,
"Adik ni yang keras kepala...."
Balas Malik lalu terus memukul adiknya lagi. Mereka berkelahi semula.
Sekali lagi MakTeh cuba
meleraikan.Dia menolak Malik serta memarahinya. Entah syaitan mana yang sudah
meresap masuk ke segenap urat nadinya,Malik yang sedang berang tanpa berfikir
panjang menyepak kaki emaknya itu dan mengherdik,
" Emak ni selalu sebelahi
adik.Adik buat salah pun emak salahkan saya..."
"Malik...?! Sampai hati kau buat
mak macam ni," kata Mak Teh sambil memegang kakinya yang disepak oleh Malik.
Walaupun tidaklah sakit,tapi pedihnya
menusuk ke hati.Setitik demi setitik air matanya berlinangan.Mak Teh langsung
tidak menyangka tergamak Malik menyepaknya.
"Kalaupun kau marah Samat,takkan
kaki emak yang kau sepak?" tambah Mak Teh sambil tersedu-sedan.
"Ahhhh..."dengus Malik lalu
meninggalkan ibu dan adiknya.
Tidak lama selepas kajadian itu,Malik membawa diri dan bekerja dengan sebuah
kapal. Beberapa tahun kemudian,ibunya meninggal dunia selepas terlalu menanggung
kedukaan kerana kelakuan Malik itu.Lebih mendukacitakan,tidak lama kemudian
Samat pula menyusul akibat demam panas.Tinggallah rumahnya kosong tidak
berpenghuni.
Semak dan samun tumbuh
meliar.Labah-labah bersarang di segenap ceruk penjuru rumah yang dinding serta
lantainya mula lapuk satu persatu.Satu persatu lubang bercambah,di atap,di
dinding mahupun lantai.Hari berganti minggu,minggu berganti bulan kemudian
meningkat ke tahun......
Lebih 20 tahun berlalu,suatu petang
orang-orang kampung terkejut apabila mendapati Malik kembali ke kampung.Masa itu
saya masih budak lagi. Namun,tambah emak,tidak seperti orang-orang lain yang
merantau,Pak Cik Malik pulang dengan keadaan kusut masai,tidak berwang dan tidak
berharta.Kalau orang lain yang merantau pulang membawa harta,segak,bawa anak
isteri dan hidup senang,Malik tidak begitu.Malah keadaannya lebih teruk lagi.
Kasihan melihat Malik yang tidak tentu
arah hidupnya dan cuma bekerja kampung,jiran-jiran mengahwinkannya.Tapi
perkahwinan itu tidak dapat mengubah kehidupannya.
Mereka tidak bahagia lantaran kerap
bertengkar.Hanya kerana perkara yang kecil,Malik akan mengeluarkan kata-kata
kesat kepada isterinya. Kadangkala dipukulnya isteri itu.Disebabkan tiada
persefahaman,selalulah pinggan mangkuk melayang.
Bagaimanapun,isteri Malik amat
tabah.Dia sentiasa bersabar dengan kerenah Malik. Anak-anak yang seramai empat
orang menambahkan lagi kesabarannya itu.
Apabila usia meningkat,lama-kelamaan
timbul kesedaran di hati Malik. Dia mula insaf dengan kehidupannya yang tidak
pernah aman.Dia juga terfikir kenapa orang lain hidup mewah sedangkan taraf
hidupnya tidak pernah berubah. Malik pandai bertukang rumah, tahu berkebun dan
kerap ke laut membawa rezeki yang lumayan tapi ke mana pergi wangnya itu? Itulah
yang memeningkannya seolah-olah rezeki yang diterima tidak mendapat berkat.Ia
datang seperti angin dan hilang seperti air lalu.
Kini dia mula berubah.Malik tidak lagi
memarahi isterinya dan anak-anaknya sesuka hati.Dia mula belajar menahan sabar
dan rajin ke masjid. Suatu hari Malik berjumpa dengan seorang ustaz.Di depan
ustaz itu dia meluahkan kekesalannya selama ini.
"Apa sebab saya jadi macam
ni,ustaz?"tanya Malik selepas meluahkan segala yang terbuku di dada.
"Saya rasa,awak ada buat satu
kesilapan besar.Cuba awak fikirkan...."
Lama termenung,Malik akhirnya
mengaku kesalahannya mengekuarkan kata-kata kesat dan pernah pula menendang
arwah ibunya sendiri.
"Kalau begitu minta ampun kepada
dia?"
"Emak saya dah meninggal..."
Ustaz mengerutkan dahi.
"Macam ni,susahlah.Encik
Malik,dosa kepada ibu bapa tidak dapat diampunkan. Malah Nabi sendiri tak dapat
memberi syafaat kapada anak yang menderhakai ibu bapa."
Balik dari pertemuan itu,Malik terus
pergi ke pusara ibunya dan memohon ampun. Dibacakannya ayat-ayat suci Al-Quran
dan berdoa supaya Tuhan mengampunkan dosanya.
Sejak itu memang ketara perubahan pada
dirinya.Tutur katanya lebih lembut dan semuanya kearah kebaikan dan
keinsafan.Dia juga lebih menghormati orang lain,tidak macam dulu....panas
barannya saja yang dikira. Saya masih ingat lagi,pernah saya terserempak
dengannya ketika hendak ke bandar sebelum bertolak ke Kelantan untuk mengaji
pondok.Bila melihat saya menyandang beg besar,Pak Cik Malik mendekati saya.
"Azman,belajarlah
pandai-pandai.Nanti ibubapa kamu yang senang.Kalau kamu hidup senang,jangan
sekali-kali kamu kecilkan hati ibubapa kamu tu.
"Kau tengok Pak Cik ni,patutnya
Pak Cik dah hidup senang,tapi sebab tak ada restu, buat dosa pada emak,sampai
sekarang Pak Cik hidup miskin."
Selalu juga saya terserempak Pak Cik
Malik menasihati kanak-kanak. Pernah sekali, ada seorang bapa memanggil anaknya
yang kebetulan berada dekat dengannya.Pak Cik Malik terus menasihati kanak-kanak
itu dan berkata;
"Nak,dengar cakap emak ayah.Jangan
lawan cakap emak dan ayah,tau."
Kalau kanak-kanak datang melihatnya
bertukang,Pak Cik Malik berpesan lagi,
"Kamu belajarlah rajin-rajin,cari
kerja yang baik-baik...jangan jadi macam Pak Cik.
Sampai tua bertukang,kerja
kampung."Lagi satu bila dah kaya,jangan lupa kasi duit pada emak dan
ayah.Jangan jadi macam Pak Cik.Ada duit tak kasi pada emak,lawan cakap emak..."merah
matanya menahan sedih.
Masih belum dapat saya lupakan
pesanannya ketika kali terakhir saya bertemunya. Kata Pak Cik Malik,
"Azman,kalau kamu hadapi
hidangan,jangan kamu jamah sebelum ibu bapa kamu sentuh."
Sampai sekarang,pesanannya itu masih
terdengar-dengar di cuping telinga.Nyata Pak Cik Malik benar-benar sudah
insaf.Tiap nasihat yang diberikannya kepada sesiapa juga,tidak kira orang muda
atau kanak-kanak,pasti berkaitan dengan ketaatan terhadap ibu bapa.
Tambah menyedihkan saya,menurut
emak,ketika mula sakit,Pak Cik Malik selalu menasihati anak-anaknya supaya tidak
sekali-kali menderhakai ibu mereka.
"Ingat,dialah yang lahirkan kamu."
Kata emak lagi,saat-saat kematian Pak
Cik Malik sangat menyedihkan. Dia langsung tidak mahu berpakaian kecuali seluar
pendek.Itupun yang yang dipakaikan oleh isterinya bagi mengelakkan
malu.Disamping itu,Pak Cik Malik lebih suka berbaring di atas simen daripada di
atas katil.
" Panas..panas," keluhnya.
Sebelum menghembuskan nafas
terakhir,selama tiga hari tiga malam dia meraung. Tiada lain yang dia
keluhkan,kecuali,
"Panas","Ampunkan saya
emak",dan" Tolong saya emak,tolong."
Selalu juga dia memegang kakinya yang
bengkak dan berkata
" Ya Allah,adakah kerana kaki ini
pernah menyepak emak aku dulu,maka hari ini Engkau bengkakkan kakiku dan sakit
semacam ini?"
Setelah tiga hari tiga malam tidak
menjamah makanan dan meraung meminta ampun daripada ibunya,Pak Cik Malik ditemui
meninggal keesokannya di atas simen.Yang menyedihkan,daripada mulutnya yang
pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya,mengalir lendir yang amat
busuk baunya. Daripada dubur pula,terpancut najis bersemburan.
Bila mengenang semua inilah,hati saya
menjadi sebak.Benar Pak Cik Malik telah insaf, tapi sudah terlambat.Benar juga
dia memohon keampunan dari Allah,namun sama ada dosanya itu dimaafkan atau
tidak,Yang Maha Esa yang menentukan.
Setelah membaca surah Yaasin dan Al-Fatihah,saya
tinggalkan kuburan itu.Dalam hati saya berdoa semoga anak-anak Allahyarham yang
sekarang ini saya lihat begitu taat kepada ibu mereka tetap ingat kepada pesanan
Allahyarham.