CERAI
TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA
Cerai
taklik diertikan sebagai menggantung terjadinya cerai dengan berlakunya sesuatu
yang perkara digantungkan, tanpa mengira perkara yang digantungkan itu
berhubung dengan kelakuan manusia atau pun sebaliknya.
Daripada
definasi tersebut maka jelaslah bahawa cerai taklik ialah satu bentuk perceraian
yang bertujuan menceraikan isteri pada masa hadapan dengan menggunakan lafaz
syarat ( إن
)
bermaksud sekiranya atau (
إذا
)
bermaksud ketika dan perkataan lain yang seumpamanya.
(Jumhur
Fukaha` termasuk Ibn Jarir, Ibn Rushd, al-Tabari)
Cerai
taklik adalah sah, tanpa mengira lafaz tersebut benar-benar bertujuan
menceraikan isteri atau taklik berupa sumpah yang bukan bertujuan menceraikan
isteri. Ia adalah lafaz semata-mata yang bertujuan untuk menghalang isterinya
daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh suami atau ia bertujuan untuk
mendisiplin isteri
(Mazhab
al-Zahiri dan Syiah Imamiyyah)
Perceraian
secara taklik adalah tidak sah, sama ada sesuatu taklik yang dilafazkan itu
bertujuan untuk menceraikan isteri ataupun yang berbentuk sumpah. Oleh itu lafaz
tersebut tidak menggugurkan talak dalam apa hal sekali pun.
(Ibn
Taymiyyah dan Ibn Qayyim)
Golongan
ini membezakan antara taklik yang bertujuan menceraikan isteri dengan taklik
yang berbentuk sumpah. Taklik yang bertujuan untuk menceraikan isteri akan
mengugurkan talak dan taklik yang berbentuk sumpah tidak menggugurkan talak.
Pendapat
ini telah diterima pakai oleh kerajaan Mesir setelah tergubalnya Undang-undang
Keluarga Islam Mesir pada tahun 1929
iii.
Pendalilan
(Dalil
Jumhur Ulamak)
1.
Al-Quran, firman Allah s.w.t
Bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman sempurnakan janji-janji kamu.
Daripada
ayat tersebut mereka berpendapat uqud dalam ayat tersebut mempunyai
pengertian yang luas, dan ia juga merangkumi janji menceraikan isteri dengan
berlaku sesuatu perkara yang dijanjikan atau ditaklikkan.
2.
Al-Sunnah. Sabda Nabi s.a.w
Bermaksud:Orang-orang Islam terikat dengan janji-janji mereka.
Ini bermaksud seorang suami terikat dengan dengan taklik yang lafazkan.
3.
Akal
Kuasa
talak sepenuhnya berada di tangan suami sepenuhnya. Oleh itu mereka bebas
menceraikan isteri secara serta merta atau pun dengan cara bertaklik pada masa
hadapan.
4.
Fatwa sahabah
Perceraian
secara taklik pernah berlaku pada masa sahabi dan mereka memfatwakan
dengan jatuh talak sekiranya berlaku perkara yang ditaklikkan.
(Dalil
Mazhab Kedua)
Taklik
tidak menggugurkan talak kerana taklik adalah sebagai sumpah, dan bersumpah
selain daripada nama Allah tidak diharuskan. Sabda Rasulullah s.a.w.
Bermaksud:
sesiapa yang bersumpah, maka janganlah ia bersumpah melainkan dengan nama Allah.
Oleh
itu taklil ysng dilafazkan oleh suami untuk menceraikan isteri tidak
menggugurkan talak kerana ia bersumpah bukan dengan nama Allah.
(Dalil
Mazhab ketiga)
Golongan
ini berpegang dengan fatwa sahabat yang mengatakan gugur talak sekiranya sesuatu
taklik itu bukan berbentuk yamin iaitu bertujuan untuk menceraikan isteri,
tetapi tidak gugur talak sekiranya sesuatu taklik itu berbentuk yamin.
iv.
Kesimpulan/tarjih
Daripada
ketiga-tiga pendapat di atas didapati pendapat golongan pertama adalah
lebih kuat berbanding dengan pendapat golongan kedua dan ketiga.Ini bertepatan
denga hadis Rasulullah s .a.w.
Bermaksud: Tiga perkara tetap berlaku sama ada diucapkan secara bersungguh-sungguh atau secara bersungguh-sungguh atau secara senda-senda, iaitu kahwin, talak dan memerdekakan hamba.
v.
Amalan Talak Taklik di Malaysia
Perceraian
melalui lafaz taklik ini diperakui sah di Malaysia, malah pengharusan ini
diperuntukkan secara jelas dalam enakmen-enakmen keluarga Islam bagi setiap
negeri di Malaysia.
Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat
perceraian menurut syarat-syarat perakuan taklik yang dibuat selepas
perkahwian, memohon kepada mahkamah untuk menetapkan bahawa peerceraian yang
demikian telah berlaku.
Daripada
peruntukan tersebut jelas menunjukkan bahawa enakmen memperakui
sah bagi taklik berikut:
i. Taklik yang diperkatakan oleh jumhur Fuqahak yang dibincangkan sebentar tadi, taklik ini dilakukan oleh suami tanpa terikat dengan lafaz-lafaz yang disediakan oleh pihak pemerintah, suami bebas sama ada ingin bertaklik atau tidak semasa perkahwinannya. Taklik ini biasanya dilakukan oleh suami terhadap isteri apabila timbul salah faham antara mereka, sebagai contoh dalam kes Nora bt Nawi lawan suaminya Ahmad Zamri, Nora telah memohon kepada mahkamah untuk mengesahkan berlakunya dua taklik yang dibuat oleh suaminya (kes Mal. 16/1987)
Taklik
pertama
“Kalau Nor balik ke rumah abah atau mama ke Genting (Tumpat, Kelantan) pada waktu ini, maka jatuhlah talak satu”
Taklik
kedua
“
Kalau nak juga apa yang Nor
minta, abang rasa cara yang paling baik ialah dengan Nor turun dari rumah
ini(rumah sewa) bersendirian tanpa izin abang ke Genting(rumah ibu bapa isteri)
,abang rasa dengan cara ini dapatlah apa yang dikehendaki itu”.
Kedua-dua
taklik ini dibuat berpunca daripada perselisihan yang timbul. Isterinya mendesak
Ahmad Zad zamri menceraikan beliau, atas desakan itu suaminya bertaklik
sebagaimana di atas.
Taklik
pertama dilafazkan semasa Nora berada di rumah mertuanya bersama-sama Ahmad
Zamri, manakala taklik kedua dilafaz semasa mereka berada di rumah sewa.
Selepas
taklik kedua ini Nora bersama Ahmad zamri pulang bersama-sama ibu bapa Ahmad
Zamri. Semasa di rumah ini Nora jatuh sakit, ibu bapa Nora datang membawa
anaknya pulang ke rumah mereka.
Berdasarkan
kepada taklik-taklik di atas , isterinya memohon mahkamah untuk mengesahkan
taklik telah berlaku dan perceraian juga telah berlaku.
Mahkamah
memutuskan taklik pertama dengan sendirinya tergugur, oleh itu talak tidak
berlaku, kerana pada masa itu Nora tidak pulang ke rumah ibu bapanya, sebaliknya
beliau pulang ke rumah sewa bersama suaminya Ahmad Zamri.
Lafaz
taklik kedua masih belum
dilanggar kerana Nora tidak balik ke rumah ibu bapanya bersendirian atau tanpa
izin suaminya. Dengan itu talak tidak jatuh kerana perkara yang ditaklik belum
dilanggar, bagaimanapun lafaz taklik itu masih berfungsi kepada pasangan
tersebut, kerana menurut syarak lafaz taklik tidak boleh ditarik semula.
ii.
Adapun lafaz taklik yang dilafazkan oleh setiap suami atau yang
disediakan oleh pihak pendaftar perkahwinan adalah berbeza dengan lafaz taklik
yang diceritakan sebelum ini kerana lafaz taklik tersebut mengikat para suami
daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memudaratkan si isteri.
Di
Malaysia setiap negeri mempunyai lafaz taklik tersendiri, pada dasarnya kesemua
lafaz ini adalah untuk untuk mengikat suami daripada melakukan sesuatu yang
boleh memudaratkan si isteri, oleh itu si isteri berhak meminta cerai taklik
sekiranya suami melanggar apa yang ditaklikkannya.
Antara
taklik itu ialah
1.
Negeri Selangor
“
Tiap-tiap kali saya …………… tidak memberi nafkahnya akan isteri saya
akan nafkahnya yang mencukupi pada
adat lamanya empat bulan, atau lebih, maka bolehlah isteri saya itu
mengadu kepada hakim syara`. Jika disabitkan oleh hakim itu akan aduannya ,,
maka gugurlah talak satu. Dan tiap-tiap kali saya rujukan isteri saya yang
tersebut kepada nikahnya dengan ketiadaan redanya, maka gugurlah pula talak satu”
Namun
begitu lafaz … “Dan tiap kali …… hingga akhir
telah digugurkan dan dihapuskan pengamalannya di Selangor.
Berdasarkan
lafaz tersebut Aisnya bt Mohd Daris telah memohon daripada Mahkamah Syariah
Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan berlakunya taklik yang dilafazkan oleh
suaminya Fahro Rozi dalam satu majlis akad nikah. (kes Mal 5/1989). Sisteri
membuat tuntutan kerana suaminya tidak pulang lebih daripada
empat bulan dan tidak memberi nafkah dalam tempoh tersebut, oleh Mahkamah
Rendah Syariah Wilayah Persekutuan berpendapat ia berbidang kuasa mendengar kes
tersebut di bawah Sek. 50(1 dan (2) iaitu perceraian
melalui taklik janji, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah 1984.
Perbicaraan di adakan selama empat hari (11 Jan, 22 Feb, !4 & 16 Jun 1989). Dalam kes ini suami hadir dan mengaku telah melafazkan taklik tersebut seperti mana yang tercatit di belakang surat nikah bil. 16/69.
Mahkamah
berpendapat isteri tidak nusyuz dan berhak mendapat nafkah., walaubagaimana pun
mahkamah tidak mensabitkan tuntutan taklik, kerana mahkamah berpendapat
saham-saham yang diberikan atas nama isteri boleh dianggap sebagai nafkah, ini
beerti suami masih belum melanggar taklik yang dilafazkan.
Isteri
tidak berpuas hati dengan keputusan hakim Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan
lalu dibuat rayaun ke Lembaga Rayuan Syariah, kerana alasan berikut:
Tidak
ada bukti yag saham itu adalah milik suami(responden) dan oleh itu tidaklah adil
meminta pihak isteri membelanjakan untuk nafkahnya daripada hartanya sendiri.
Oleh
kerana suami tidak memberi nafkah kepada isterinya lebih daripada empat bulan,
isteri itu berhak mendapat cerai taklik.
Kami
oleh kerana itu membenarkan rayuan perayu(isteri0 dan mengesahkan ia telah
dicerai dengan satu talak.
Daripada
kes ini jelas menunjukkan bahawa Jemaah Rayuan berpendapat suami telah melanggar
taklik yang dilafazkan dan perceraian disabitkan.
ii.
Negeri Kedah
Manakala
aku meninggalkan isteriku …. Selama enam bulan, kemudian mengadu kepada hakim
dan sabit yang ddemikian itu pada sisinya, maka pada ketika itu tertalaklah ia
dengan talak satu.
Di
Kedah Mahkamah Kadi Alor setar telah mensabitkan tuntutan taklik yang dipohon
oleh seorang isteri, Fatimah bt Hj. Abdullah terhadap suaminya, Mat Said bin
Abdullah, keputusan ini dibuat kerana suaminya telah meninggalkannya lebih
daripada enam bulan, ini menunjukkan bahawa beliau telah melanggar apa yang
ditaklikkan.
iii.
Negeri Kelantan
Bahawa
adalah saya…….. dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri
saya….. selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau
wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada
hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak
mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/
hakim syarak dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim
syarak bagi pihak saya sebanyak RM 1.00
maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk.
Lafaz
taklik di kelantan ini mengikat suami dari melakukan perkara yang ditaklikkan.
Sekiranya suami
melanggar perkara-perkara tersebut isteri berhak memohon perceraian`taklik
melalui mahkamah dan apabila ia disabitkan oleh mahkamah
, perceraian menjadi talak “bain sughra”. Suami tidak boleh merujuk
isteri melainkan dengan akad baru yang mesti memenuhi segala rukun-rukun dan
syarat-syarat perkahwinan. Pelanggaran taklik ini dapat dilihat dalam kes Zainun
bt Issa lawan Hussein bin Omar, dalam kes ini
yang kena tuntut telah melanggar taklik
dan mahkamah mengesahkan jatuh talak khuluk.
iv.
Negeri Terengganu
Tiap-tiap
kali saya tiada bersekedudukan dengan isteri saya…..binti….. yang tersebut
itu bagi tempoh empat bulan dengan tiada putus-putus sama ada saya meninggalkan
akan dia atau dia meninggalkan
akan saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala mengadu ia akan
kadi atau naib kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan
bersekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya itu …… dengan
talak satu.
v.
Negeri Pahang
“Saya
mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya……… selama 4 bulan hijrah
secara berturut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya
tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa saya yang tersebut, padahal ia
taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya kemudian
ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah
Syariah dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya
RM1.00 maka pada ketika itu tertalaklah ia dengan secara talak khuie
Lafaz
taklik adalah dipakai di seluruh Malaysia dan ia tidak bertentangan dengan
maksud syarak, kerana ia menjaga kemaslahatan isteri. Namun begitu terdapat
keraguan mengenai beberapa lafaz takllik antaranya lafaz taklik yang diamalkan
di negeri Kelantan iaitu
“dan
manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim syarak bagi pihak
saya sebanyak RM 1.00 maka
ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk”.
Maksud
lafaz taklik tersebut tidak jelas, apakah yang dimaksudkan dengan lafaz(bagi
pihak saya). Apakah isteri memberi seringgit kepada hakim sebagai mewakili suami,
atau ia memberi kepada hakim dan hakim menerimanya sebagai mewakili suami.
Kalau
dilihat kepada lafaz di atas pengertian pertama lebih tepat iaitu isteri memberi
seringgit kepada hakim bagi pihak suami bukan dengan pengertian kedua. Akan
tetapi kalau itu yang dimaksudkan maka talak khulu` tersebut adalah tidak sah.
Kalau dimaksudkan dengan pengertian kedua maka talak khulu` tersebut adalah sah
namun takwilan tersebut amat jauh daripada lafaz tersebut.
Adapun
lafaz taklik di Terengganu pula adalah terlalu longgar kerana lafaznya
“sama
ada saya meninggalkan akan
dia atau dia meninggalkan akan
saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala mengadu ia akan kadi atau
naib kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan
bersekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya itu …… dengan
talak satu”.
Lafaz
ini memberi peluang kepada isteri menceraikan suaminya.perkara ini bertentangan
dengan konsep perceraian dalam Islam.
Antaranya
lagi ialah lafaz taklik negeri
Selangor iaitu
“Dan
tiap-tiap kali saya rujukan isteri saya yang tersebut kepada nikahnya dengan
ketiadaan redanya, maka gugurlah pula talak satu”
lafaz
ini membawa maksud suami tidak boleh rujuk kepada isterinya tanpa kebenarannya,
kalau ia rujuk juga bukan sahaja rujuk tidak sah malah akan menyebabkan
bertambahnya jumlah talak. Akan tetapi takli ini sudah tidak dipakai kerana
bertentangan dengan firman Allah
Bermaksud:Suami-suami
mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu dalam masa eddah mereka, jika
suami bertujuan untuk berdamai.
(al-Baqarah: 228)
Kesimpulan
Lafaz
taklik sama ada yang dibuat oleh suami secara sukarela atau yang disediakan oleh
Pendaftar perkahwinan adalah sah dari sudut syarak. Namun perlu disemak semula
beberapa lafaz yang meragukan semoga lafaz ini dapat diseragamkan di seluruh
Malaysia.
Rujukan:
i.
Abu
al-Aynayn Badran, al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam, Iskandariyyah: Muassasat
Shabab al-Jamiah, 1967.
ii.
Wahbah
Zuhaili, al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Damshik: Dar al-Fikr, 1989.
iii.
Khalid,
ahkam al-Ahwal al-Sakhsiyyah Fi al-Shariah al-Islamiyyah, Beirut:al-Mahbab al-Tijari.
iv.
Akta
Undang-undang Keluarga Islam Wilayah, 1984.
v.
Sayyid
Sabiq, Fiqh al-Sunnah jil. 2.