Masalah:
Surat berantai (wasiat Syeikh Ahmad adalah palsu)
Penterjemah: zain y.s
[note: Berikut ini adalah terjemahan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai
masalah surat berantai yg mengandungi wasiat Syeikh Ahmad. Sumber asal
terjemahan ini akan disebutkan pada akhir fatwa ini. Diharap fatwa ini
disebarkan kepada seluruh umat Islam terutama di senarai mail, atau diterbitkan
di laman-laman web.]
Soal:
Suatu ketika saya menerima sepucuk surat yang isinya membingungkan saya. Saya
memohon jasa baik ustaz untuk memberi penjelasan tentang isikandungan surat
berkenaan apakan benar ataupun dusta.
Surat berkenaan dibuat atas tandatangan pembuat kebajikan. Di dalamnya
terkandung wasiat Syeikh Ahmad pemegang kunci makam Rasulullah s.a.w. yg
ditujukan kepd seluruh kaum muslimin timur dan barat. Wasiat berkenaan
mengandungi beberapa nasihat. Dan pada akhir surat berkenaan ada disebut: “Di
Bombay terdapat seorang yang membuat salinan wasiat ini dan dibahagikan/dikirimkan
kepada 30 orang. Dan kemudian Allah mengurniakannya sejumlah wang 25,000.00 Rp.
Terdapat juga orang yang berbuat hal yg sama, dan Allah mengurniakannya sebanyak
6000.00 rp.
Sebaliknya, ada orang yg tidak percaya akan wasiat ini, lalu dia kehilangan (kematian)
anaknya pada hari itu juga. Surat berkenaan mengatakan juga, sesiapa yang
menerima surat ini dan membacanya, kemudian tidak menyebarkannya kepada orang
lain, dia akan ditimpa musibah besar. Apakah pandangan ustaz mengenai masalah
ini… Apakah ia benar atau dusta?
Jawab:
Memang ramai yang bertanya kepada saya mengenai wasiat berkenaan. Pada
hakikatnya, surat wasiat berkenaan bukanlah wujud sehari dua ini, malah saya
telahpun melihatnya sejak puluhan tahun yang lalu. Surat berkenaan dinisbahkan
kepada seorang lelaki terkenal yang digelar Syeikh Ahmad, pemegang kunci makam
Rasulullah s.a.w.
Untuk memastikan kebenaran hal ini, saya pernah bertanya kepada orang-orang di
Madinah dan Hijaz. Saya mencari maklumat tentang orang yang disebut sbg Syeikh
Ahmad ini, serta kegiatan apakah yg dilakukannya. Namun, dari maklumat yang saya
terima, tidak seorangpun dari mereka yang pernah melihat atau mendengar tentang
Syeikh Ahmad. Dan, amat disayangkan sekali kerana surat wasiat berkenaan telah
tersebar ke serata negara2 umat Islam.
Wasiat berkenaan dan apa sahaja yg terkandung di dalamnya samasekali tidak
mempunyai nilai dan ertinya di dalam agama. Di antara kandungan wasiat berkenaan
ialah fakta yg diperolehi olehSyeikh Ahmad melalui mimpi. Fakta berkenaan bila
dilihat, memang tak perlu kepada mimpi untuk mengetahui kebenarannya. Syeikh
Ahmad mendakwa telah bermimpi bertemu dgn Rasulullah s.a.w. Antara perkara yg
diperolehi melalui mimpi berkenaan ialah hari kiamat sudah hampir. Malah lebih
hampir dari dua hujung busur panah.
Fakta ini tidak perlu kepada mimpi, samada mimpi Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar.
Kerana al-Quran telah menjelaskannya: “..Barangkali hari kebangkitan itu sudah
hampir waktunya” (al-Ahzab:63) Terdapat juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.:
“Aku dan hari kiamat diutus seperti ini..” (sambil memberi isyarat dengan
jari telunjuk dan jari tengah – menunjukkan kiamat sudah hampir) Muttafaq
alaih, dari Anas dan Sahl bin Sa’ad.
Antara isikandungan wasiat berkenaan ialah, bahawa kaum wanita sekarang sudah
ramai yang keluar dari rumah serta ramai yg tidak berpegang kepada agama. Hal
ini juga sebenarnya tidak perlu kepada sumber mimpi, kerana kita sudah mempunyai
kitabullah dan sunah Rasulullah s.a.w. Ia sudah memadai utk dijadikan pedoman.
Firman Allah: “Pada hari ini Kusempurnakan utkmu agamamu, dan Ku cukupkan
nikmatKu ke atasmu, dan telah Ku redhai islam itu sebagai agamamu..”
(al-Maidah:3)
Mereka yg telah menganggap bahawa agama Islam itu telah disempurnakan Allah,
namun masih memerlukan penjelasan/hujah/keterangan dari wasiat orang yg tidak
dikenali ini, bermakna dia telah meragui akan kesempurnaan Islam. Islam telahpun
lengkap dan sempurna, ia tidak memerlukan kepada satu wasiat apa.
Beberapa kandungannya jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat
berkenaan. Kerana penulisnya mengancam umat Islam dan menakut-nakutkan mereka,
seandainya ia tidak disebarkan maka musibah akan datang menimpa mereka, anak
mereka akan mati dan harta mereka akan habis. Hal-hal semacam ini tidak pernah
dikatakan oleh manusia yg betul otaknya terhadap kitab Allah dan sunah rasulNya.
Tidak terdapat perintah bahawa orang yang membaca al-Quran hendaklah menulisnya
(menyalinnya kembali) kemudian mestilah disebarkan. Dan lagi, tidak ada juga
perintah bahawa sesiapa yg membaca kitab sahih al-Bukhari hendaklah menulisnya
semula dan kemudian wajib disebarkan..Jika tidak musibah akan menimpanya..
Sedangkan terhadap al-Quran tidak ada perintah begitu, apatah lagi wasiat palsu
ini. Seorang muslim yg baik kefahaman Islamnya sudah tentu tidak akan
mempercayai isikandungan wasiat berkenaan.
Terdapat juga di dalam wasiat palsu berkenaan bahawa si fulan dari sebuah negara
tertentu telah menyebarkan wasiat ini dan kemudian telah dikurniakan rezeki
sebanyak berpuluh-puluh ribu rp. Semua ini sesat dan khurafat yang dapat membawa
orang Islam ke jalan yang tidak benar. Ia juga membawa manusia lari dari
mengikut sunnah dan peraturan alam ini.
Untuk mendapatkan rezeki, ada sebab musabab dan jalannya. Manakala pegangan
bahawa rezeki itu diperolehi bersandarkan kepada perkara2 khayalan dan khurafat
seperti ini adalah satu usaha utk menyesatkan dan menyelewengkan akan fikiran
umat Islam. Kita hendaklah menjaga orang Islam lain agar tidak mempercayai
kepada khurafat seperti ini. Agar mereka tidak beranggapan bahawa
menyebarluaskan wasiat ini akan mendapat syafaat dari nabi s.a.w. spt yg didakwa
oleh pembuat wasiat ini.
Memang syafaat nabi s.a.w. ada terhadap umatnya yg pernah melakukan dosa besar.
Ia ada disebutkan di dalam hadis sahih: “Orang yg paling bahagia yg akan
memperolehi syafaatku pada hari kiamat ialah orang yg telah mengikrarkan La
ilaha illallah dengan penuh ketulusan dari lubuk hatinya. Kami memohon kepada
Allah taala agar memberi kefahaman kepada umat Islam tentang agamanya. Semoga
mereka diberi petunjuk dan bimbingan agar tidak mempercayai perkara2 khurafat
dan kebatilan.
Terjemahan oleh zain y.s [http://ahkam.hypermart.net] dari buku fatawa-moasera,
Yusof al-Qardhawi.
Sumber: http://www.qaradawi.net/arabic/books/fatawa-moasera/religion/p2.htm
Wallahu’alam