MENGGUGURKAN
JANIN( الإجهاض),
SATU
ANALISIS HUKUM
1.
Definisi keguguran (
الإجهاض )
Keguguran
bererti mengakhiri kehamilan, ia mungkin terjadi sendiri تلقائى
akibat kecederaan fizikal wanita atau kecacatan dalam biomedik atau
disengajakan melalui usaha manusia.
Kesempurnaan
pengguguran berlaku apabila keluar janin itu daripada kandungan ibunya sama ada
dalam keadaan hidup ataupun mati.
Keguguran
yang berlaku kerana faktor-faktor
biomedik (miscarriage) tidak dipertikaikan oleh semua fuqaha`.
Adapun
keguguran yang disengajakan atau melalui usaha manusia merupakan perbincangan
hangat di kalangan para fuqahak,
2.
Definisi Janin dari sudut Syarak
i.
Sesuatu yang terdapat dalan rahim atau bayi yang masih terdapat dalam
kandungan ibunya.
ii.
Imam al-Syafie menyatakan “ tahap yang mana nyawa dalam rahim boleh
dipanggil janin ialah al-alaqah dan al-Mudghah dan ia kelihatan seperti manusia,
telah memiliki anggota-anggota seperti jari, kuku, mata dan sebagainya.
iii.
Imam Nawawi pula mengatakan “ ahli cerdik pandai menggunakan perkataan
janin bagi sesuatu yang wujud dalam rahim setelah diberikan nyawa.
3.
Janin dari sudut sains
Ia
terbentuk sejak usia nyawa 8 minggu hingga ia lahir, pada masa tersebut janin
akan memiliki semua sifat-sifat manusia.
Menurut
sains ada 4 tahap perkembangan janin iaitu:
i.
Zygote – Ovum wanita yang telah disenyawakan oleh sperma
lelaki
dalam tiup fallopian wanita, dan ia tinggal di situ selama 3 hari. Pada masa ini
pemecahan sel mula berlaku.
ii.
Blatocys – Tahap bermulanya zygote terlekat di rahim dan pemecahan sel
berlaku dengan pantas. Kebanyakkan zygote tidak melekat dan keluar melalui haid.
iii.
Embrio – Ialah tahap selepas 2 minggu persenyawaan. Pada masa ini
terjadi perbezaan organ. Semua organ dalaman yang akan memiliki terjadi dalam
bentuk yang paling asas di akhir minggu yang ke-6.
iv.
Janin – Tahap yang bermula pada minggu kelapan sampai kelahiran.
Dalam
masalah keguguran ini tidak ada nas samada al-Quran atau al-Sunnah yang
menjelaskannya secara langsung, yang ada hanyalah nas-nas yang menjelaskan jaram
membunuh diri tanpa kebenaran, antara nas-nas yang berkaitan ialah: Firman Allah
s.w.t
Bermaksud:
barangsiapa membunuh seseorang manusia bukan kerana orang itu membunuh orang
lain atau membuat kerosakkan di muka bumi, maka dia seolah-olah telah membunuh
manusia seluruhnya, dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia
seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.(al-Maidah : 32)
Firman Allah dalam surah al-Nisa` : 93
Bermaksud
Barangsiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka
jahanam kekal ia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutuknya serta
menyediakan azab yang besar baginya.
Begitu juga firman Allah dalam surah al-Isra` : 33
Bermaksud
: Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan suatu
alasan yang benar
Dalam membincangkan masalah mengugurkan janin ini kita perlu
melihat beberapa nas yang berkaitan dengan peringkat kajadian manusia dalam rahim wanita.
Dalam al-Quran Allah berfirman dalam surah al-Mukminun ;
12-14
Bermaksud
: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah,
kamudian kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang
kukuh iaitu rahim wanita, kemudian kami jadikan air mani itu segumpal darah,
kemudian dijadikan pula segumpal daging daripada segumpal daging dijadikan pula
tulang berlulang, lalu tulang berlulang itu kami bungkuskan dengan daging,
selepas itu kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain, maka maha sucilah Allah
pencipta yang baik.
Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayat Muslim dalam Kitab
al-Qadar bermaksud:
Setiap
kamu dijadikan dalam rahim ibu kamu selama 40 hari sebagai nutfah ( نطفة
) kemudian ia bertukar menjadi alaqah ( علقة
) pada masa yang sama, kemudian ia bertukar menjadi mudghah
( مضغة ) pada masa yang sama juga, kemudian malaikat dikirimkan dan ia
meniupkan roh kepadanya.
Dalam hadis lain(sahih Muslim) pula bermaksud
Apabila
42 malam berlalu setelah air mani dititiskan,
Allah mengirimkan malaikat kepadanya yang membentuknya dan menjadikan telinga,
mata, kulit, daging, dan tulang-belulang. Kemudian ia berkata “ Ya Allah
adakah ia lelaki atau perempuan? Tuhanmu menentukan apa yang dikehendakiNya dan
malaikat mencatitnya.
Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa terdapat tiga
peringkat pembesaran janin, iaitu:
i.
Peringkat sebelum berbentuk.
ii.
Peringkat sesudah berbentuk.
iii.
Peringkat sesudah dimasukkan nyawa/roh.
Peringkat
sebelum berbentuk
Menurut penjelasan para doctor bahawa peringkat berbentuk
bermula sejak hari yang keempat puluh daripad tarikh mula mengandung. Ini
bermakna janin pada umur sebelum empat puluh hari masih dalam keadaan yang belum
berbentuk.
Melakukan pengguguran ]ada peringkat ini menurut pendapat
kebanyakkan para fuqaha` adalah makruh (karahah tanzihihiyyah) iaitu makruh yang
lebih hampir kepad halal. Namun ia disyaratkan dengan tiga perkara iaitu:
i.
Persetujuan daripada suami isteri.
ii.
Tidak mendatangkan bahaya yang besar.
iii.
Kenyataan daripada dua orang doktor yang adil.
Peringkat
ini merupakan satu tahap di mana keadaan janin sudah mempunyai bentuk awalan
lahiriah bagi seorang manusia, seperti muka tangan kaki, proses ini bermula
sejak umur janin mencapai umur empat puluh hari dan berterusan sehinggalah
umurnya empat bulan daripada tarikh hamil.
Melakukan
pengguguran pada peringkat ini
adalah karahah tahrimiyyah( hukum makruh yang hampir kepada hukum haram).
Larangan ini menjadi semakin berat meningkatnya umur janin tersebut. Disamping
itu pengguguran pada peringkat ini boleh menyebabkan perlakunya terpaksa
membayar diyah(ghurrah) iaitu membebaskan seorang hamba lelaki atau perempuan
yang berharga lima ekor unta.
Namun
begitu menggugurkan janin dibolehkan sekiranya bertujuan mengelak bahaya yang
akan menimpa ibu ataupun anak. Keharusan ini adalah bergantung kepada kenyataan
dua orang doktor yang adil. Kes-kes ini berlaku biasanya disebabkan oleh
beberapa sebab antaranya ialah:
i.
Kes-kes yang berkaitan dengan lemah jantung yang berat,ketegangan saraf
yang tinggi sakit buah pinggang ataupun kelemahan otak.
ii.
Kes-kes
yang berkaitan dengan paru-paru seperti pernafasan yang pendek dan sebagainya.
iii.
Kes-kes
yang berkaitan dengan tekanan jiwa yang serius
dan boleh menimbulkan banyak kesulitan hidup.
Dalam
perkara ini terdapat juga
pendapat daripada kalangan para ulamak silam. Pendapat-pendapat mereka
ini dikumpulkan di dalam tajuk “Hukum menggugurkan janin sebelum bernyawa”.
Antara pendapat-pendapat tersebut ialah :
i.
Mazhab Hanafi
Pendapat
yang rajih ialah “ Harus dengan keizinan tuan punya hak iaitu suami dan
isteri.(Syarkh Fath al-Qadir)Menurut Ibn Abidin kebenaran adalah berdasarkan
kepada sebab yang sah. Contohnya menggugurkan janin sebelum bulan keempat
kehamilan kerana masih berada dalam tempoh penyusuan bayi. Kerana
dengankehamilan ia membataskan penyusuan, dan dibimbangi bayi yang ada akan mati,
dalam hal ini dibenarkan pengguguran tersebut untuk menyelamatkan bayi yang
sedia hidup.
ii.
Mazhab Maliki
Majoriti
berpendapat haram pengguguran setelah mani masuk ke dalam rahim walaupun kurang
daripada 40 hari selepas kehamilan. Setelah ada nyawa hukumnya adalah haram
secara mutlak.(Hasyiah al-Dasuki)
iii.
Mazhab Syafie
Pendapat
muktamad ialah harus sekiranya janin belum bernyawa walaupun dengan cara memakan
ubat( Qalyubi wa Umairah) kenyataan ini bercanggah dengan pendapat Imam al-Ghazali
yang berpendapat pencagahan hamil tidak sama dengan pengguguran atau menanam
bayi hidup-hidup, kerana pengguguran adalah jenayah terhadapa makhluk yang hidup.
Kerana pada tahap kemasukkan air mani dalam rahim dan pencampuran dengan benih
wanita adalah masa ia bersedia menerima nyawa. Mengugurkannya adalah satu
jenayah.(Ihya` ulum al-Din). Al-Qlyubi menaqalkan beberapa pendapat
dalam mazhab bahawa pengguguran dalam dua peringkat iaitu nutfah dan
alaqah adala harus ada pun selepas dua peringkat ini ia adalah haram.
iv.
Mazhab Hambali
Sesiapa
yang memukul perut wanita hamil sehingga menyebabkan keguguran maka orang itu
wajib membayar diat, keadaan yang sama bagi wanita yang memakan ubat untuk
menggugurkan kandungannya.
v.
Ulamak Kontemporari
Dr.
al-Buti berpendapat, pengguguran adalah harus kerana 3 perkara iaitu:
i.
Doktor bimbang nyawa ibu terancam akibat kehamilan.
ii.
Kehamilan
baru mendatangkan penyakit kepada ibu.
iii.
Ia
menggugat kehidupan bayi yang bergantung pada susu ibu.
4.
Hukum keguguran selepas bernyawa
Para fuqahak bersepakat bahawa menggugurkan janin selepas
bernyawa (selepas 4 bulan) adalah haram, malah sebahagian fuqahak mengatakan
hukumnya tetap haram walaupun dengan mengekalkan janin itu boleh mendatangkan
bahaya kepada ibu. Ini berdasarkan kepada pendapat Ibn Najim al-Hanafi iaitu
“ Wanita yang mengandung dan kandungannya mempunyai masalah, sekiranya
tidak dipotong janin itu menjadi empat akan mendatangkan maut kepada ibu, maka
dalam hal ini kalau janin tersebut telah mati haruskah digugurkan janin tersebut,
tetapi sekiranya tidak dan masih bernyawa hukumnya tidak harus, kerana menghidup
satu nyawa dengan cara membunuh nyawa lain tidak ada dalam syarak.
Ibn Abidin menghuraikan kenyataan ini dengan mengatakan
bahawa tidak harus memotong janin ialah pada tahap kematian ibu dalam keraguan,
kerana tidak harus membunuh anak adam yang hidup kerana sesuatu yang ragu,
Syeikh Syaltut berkata “ nyawa ibu yang terancam selepas 120
hari(4bulan) hendaklah diselamatkan dan janin boleh digugurkan, kerana ibu
adalah tempat asal janin, ibu telah wujud dalam kehidupan dengan tugas dan
kewajipan dan merupakan harapan dalam keluarga. Oleh itu tidak mungkin
mengorbankan nyawanya untuk janin yang masih belum mempunyai tanggungjawab atau
kewajipan untuk ditunaikan.
Lujnah
al-Ilmiyyah Mausuah al-Fiqhiyyah berpendapat adalah harus mengugurkan janin
selepas bernyawa sekiranya tidak ada cara lain untuk menyelamatkan ibu, kerana
menjaga keselamatan ibu lebih diutamakan, boleh jadi ibu akan hidup selepas
keguguran.
Bahnasi,
Al-Qisas fi Al-Fiqh al-Islami,
Muhammad
Rawwas Qal`aji, Mu`jam Lughah al-Fuqaha`, Beirut: Dar al-Nafais, 1985.
Dr.
Saif al-Din al-Siba`e, al-Ijtihad, Beirut: Dar al-Kutub al-Arabiyyah,
1977.
Mohammad
Said Ramadhan al-Buti : Tahdid al-Nasl.
Madkhur
Muhammad Salam : al-Janin wa al-Ahkam al-Mutaaliqah bihi fi al-Fiqh
al-Islam)