Pengenalan

 Dan Salam Sejahtera buat semua..

Alhamdulillah, Segala puji bagi ALlah Tuhan Sekalian alam. Selawat serta salam disampaikan kepada Nabi junjungan mulia kita Muhammad S.A.W., keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Pertama-tamanya ingin saya menghulurkan "Salam Silaturrahim Tanpa Sempadan" buat sahabat seperjuangan walau di mana berada. Syukur kerana akhirnya berjaya saya membina sebuah laman web yang sederhana,  "My Favourite Websites" disantapkan dengan pelbagai bentuk persembahan. Melalui laman web ini,  saya telah menyenaraikan seberapa banyak laman web mengikut kategori yang dikira menarik dan mempunyai pelbagai "input", maklumat dan sebaran ilmu kepada pengunjung yang dihormati. Walau bagaimanapun, website ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Insya'Allah.

Dengan terbinanya website ini, besar harapan semoga laman web ini dapat memberi manafaat, rujukan dan bimbingan kepada pengunjung sekalian.  Didoakan semoga segala  amalan baik ini akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Insya'Allah. Terima kasih En. Mohd Saiful Abdul Samad selaku tenaga pengajar saya  di dalam Projek ICT (Pembinaan Laman Web), kepada Ma dan Pa, ahli keluarga, Abang Ikmal serta kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar dan panduan sehingga laman web ini berjaya dibina.

Segala yang buruk itu datang daripada kelemahan dan kekurangan saya. Harapan saya sudilah kiranya para pengunjung memberikan sebarang pandangan atau komentar kepada saya dan didahului dengan ucapan terima kasih. Wassalam.

Wallahu'alam