Puisi

 

Hati org mukmin...

 

Orang mukmin itu,

Setiap waktu sebok membaiki diri...

mujahadatunnafsi adalah perjuangan yg mesti...

muhasabatunnafsi dilakukan selalu...

mengenangkan dosa yg lalu,

rasa sedih...adakalanya menangis,

sentiasa muraqabah apalagi kebaikan yg hendak dilakukan..

atau apa lagi ibadah yg hendak ditambah..

apalagi khidmat utk manusia yg mesti dilaksanakan...

fikirannya hanya kebaikan,

samada kpd Tuhan,

mahupun kpd insan,

jiwanya sentiasa gelisah...

samada diatas kesalahan yg lalu,

mahu pun takut kalau dilakukan lagi kesalahan...

bimbangnya tidak habis2 dgn dosa...

nasibnya dihujung umurnya selalu shj menganggu fikirannya..

apakah husnul khatimah atau suul khatimah...

menungnya...atau apa yg difikirnya...adalah akhirat,

Tuhan memanglah sentiasa shj didalam hatinya,

mengenang Tuhan..berbagai2 perasaan yg dirasa,

takut,cinta,hebat,malu,syukur,harap....

begitulah hati org mukmin,

sentiasa bergelombang...

macam air laut...tidak pernah tenang,

terutama rasa takut macam air laut sentiasa bergelora...

 

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Dari mutiara ilmu guru mursyidku...

                         %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

 

 

Jika aku Jatuh cinta

Jika aku Jatuh cinta
"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat
pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah
berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah
ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu.... ameen Ya Robb...

"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...AKU CINTA
AKAN DIRIMU..AKU SELALU MENGINGATI MU,BUKAN YG SELAIN
MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU
TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI
MU..TIADA PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU..TETAPI..PUJI DALAM
HAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYA
UNTUK MU..YA RABB
" "

 

 

 BUDAYA HIDUP ORANG MUKMIN



Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa
Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain
Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang
Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan
Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya
Berhadapan dengan ujian dia tenang
Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur
Jadual waktu dengan Tuhan taat dan istiqomah
Walau dalam keadaan susah dan senang
Bermesra dengan orang, tetamu yang dihormati
sesuai dengan kedudukannya
tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan
Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya
Merendah diri adalah budaya hidupnya
Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikan
Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya
Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan
Tetapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya
Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian
Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanya
Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya
Nampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnya
Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah
Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya
Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa
berhadapan dengan kesusahannya
Tawakkal, sabar dan redha adalah budaya hidupnya.

 

 

BERHIBUR DENGAN UJIAN….

 

Sikap mukmin, redha dengan ketentuan ,tenang dengan ujian. Hidup kita tidak sentiasa indah ,ada kalanya kita ditimpa resah, ada kalanya dirundung musibah. Firman Allah :”Adakah  manusia menyangka yang mereka akan tinggal begitu sahaja apabila mereka melafazkan ‘Kami beriman (kepda Allah)’dan mereka tidak uji,maka Allah dapat mengetahui siapakah di antara kamu yang benar dan siapakah yang pendusta”        Al-Ahzab:2-3

 

Ujian adalah sebenarnya kasih sayang Allah. Apabila Allah kasih kepada hambaNya ,maka dia akan menimpakan hambaNya dengan ujian, mehnah dan tribulasi. Kalau kita tak dapat menerima ujian ini, bagaimana nak jadi mukmin yang sempurna ?

 

 Kadang-kadang pelbagai msalah menimpa, sakit demam ,kemalangan ,kehilangan harta dan nyawa yang kadang-kadang menyebabkan seseorang itu putus asa untuk hidup. Tapi semua itu hanyalah hiburan bagi orang mukmin. Bagaimana dia dapat tenang dengan itu semua ?

 

Sesungguhnya , apabila seseorang itu sedar akan kasih sayang Allah,pastinya ia akan terhibur.Orang mukmin faham, ujian kesusahan itu adalah kasih sayang Allah. Hatinya terasa bahawa dirinya benar-benar hamba. Hamba yang layak untuk diperlakukan  apa sahaja oleh Tuhannya. In fact, Allah tidak akan menzaliminya hambaNya.

 

Ujian Allah itu dirasakan penghapus dosa-dosanya, @ ujian untuk menaikkan mertabatnya di sisi Allah. Kalau Allah membiarkan kita sentiasa senang tanpa ujian , nescaya dosa-dosanya tidak akan terhapus. Oleh itu sebelum Allah menazabnya di akhirat, biarlah Allah menimpakan ujianNya di dunia.

 

Betapa kasihnya Allah kepada hambaNya. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Dalam sakit ada hiburan. Terhibur kerana masih ada yang kasih. Lebih-lebih lagi kasih sayang Tuhan alam semesta.

 

 

KITA HARUS BELAJAR ( MENGERTI & MEMAHAMI )

 

Kita bagkit dari kegagalan
Kita belajar dari kekecewaan
Dan kita mesti mengerti dan memahami
Apa yang kita alami hari ini
Bukan bererti matinya semangat
Berkuburr keyakinan begitu sahaja
Tapi dari rebahnya sekeping hati
Akan bangkit seorang insan
Mengangkat martabat maruahnya
Yakin akan dirinya
Menjulang kembali kekuatannya
Menggegar kembali jeritan dan laungannya
Dalam perjuangan ini
Penderitaan yang kita hadapi
Terletak kebahagiaan yang kita impikan
Semakin besar penderitaan yang kita alami
Semakin besar tingkat kebahagiaan yang kita dapat
Kerana yang jatuh dan rebah itu
Bukan tersungkur mati
Malah kehidupan berselimut kelesuan
Akan bertukar menjadi jaring-jaring
Perkasa menerkap kembali dunia baru
Dan pada masa itu
Kita adalah seorang insan
Yang paling bertuah di bumi ini
Tempat kaki berpijak dan bertunjang
Apa yang penting adalah kesabaran
Kesabaran dalam perjuangan
Mendapat sesuatu yang diimpikan
Tuhan jangan dilupakan
Susah dan senang berserahlah pada tuhan,
Kita insan hanya mampu
Berusaha, berdo’a & bertawakkal pada tuhan
Yakinlah akan kebesaran-Nya
Kerana keperitan yang kita alami
Akan beroleh kebahagiaan yang tidak disangkakan
Dan ianya menjadi
Satu corak dan simbol kejayaan diri sendiri
Suatu hari nanti..Insya'Allah

SEMOGA BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT


 

WAHAI DIRIKU…MENGERTILAH…!

 

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini….
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.


Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu…?


Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu’mu kurang
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya
Terlalu banyak kurang & salahmu…
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini


Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
Di situ ada bekalnya….
Lazimilah awal dirimu dengan al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai da’ie.


Diriku,
Pada tawadhu’, pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

 

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati ….
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati….
Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu….
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya….
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

 

Assalamualaikum WBt..

Ikhwan dan akhwat sekalian.. marilah
sama-sama renungi.. Seandainya Al-Quran boleh berkata-kata.. mungkin inilah rintihannya..


Apabila Al-Quran Berkata…..

Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh..
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau...

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu..Mengasyikkan..

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favoritemu..
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen..
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk..Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu...
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu..
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku..

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu..
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t..
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu..

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan..
Yang akan membantu engkau membela diri,
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla,
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Wallahu Taala a'lam

 

 

Pantun Peringatan Untuk Semua

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah
jer)

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan


Engkau Puja Bunga Di Taman

 

Engkau puja bunga di taman

Engkau terpesona dengan keindahan

Engaku tulis dalam sajak-sajakmu

Hingga lupa engkau dengan Tuhan

Bukankah dia akan layu kemudian jatuh ke bumi, ia tidak berguna lagi

Engkau puja perempuan, engkau lukis dengan kata-kata

Hingga lalai dengan Tuhan

Bukankah dia akan tua bangka

Atau adakalanya dia tidak setia, yang akan mengecewakan engkau

Engkau kagum dan puja awan yang berarak dan beralih

Engkau gambarkan dengan bahasa yang indah

Hingga lupa kewajipan kepada Tuhan

Padahal kalau engkau dekat

Ia adakalanya menakutkan,membencikan, menjemukan,dan memayahkan

Entah apa-apa lagi yang engkau berkhayal dengan hal yang ada di dunia ini

Hingga engkau berfoya-foya dan menghabiskan masa

Lupa Tuhan, lupa agama, lupa Hari Pembalasan

Sedangkan semua itu akan binasa

Padahal kalau mata hatimu hidup, jiwamu celik

Engkau puja Tuhan, engkau besarkan Dia

Seterusnya engkau cintakan Dia dan engkau jadikan Dia idolamu

Tuhan adalah kekal, Ia adalah pembela

Dia adalah sumber segala-galanya

Inikan lebih menguntungkan engkau

Kerja engkau tidak sia-sia

Untungnya hingga ke Syurga

 

 

Nilai Seorang wanita

 

Harga dan nilai seoarang wanita lebih-lebih wanita muda

Adalah sifat malu dan akhlak dirinya

Bukan kecantikan dan kepandaian

Pakainnya sopan, pandai menjaga maruah dirinya

Jika pakaian tidak sopan, maruah tidak dijaga

Lelaki hidung belang,mata keranjang memang suka

Tapi dia tetap tidak dipercaya

Lelaki yang soleh tidak akan menjadikannya isterinya

Kecuali lelaki yang macam dia

Tapi biasanya susah hendak kekal dalam perkahwinannya

Selalu sahaja bercerai, sekalipun cantik mukanya

Adakalanya masih muda lagi suaminyasudah tua, tiga

Kalaupun kekal kerana hendak menjaga wibawa dirinya

Rumahtangga macam Neraka

Duduk di rumah amat terseksa

Anak-anak porak-peranda

Masyarakat benci, orang tidak percaya

Di mana-mana sahaja orang akan bercakap dan berkata

Mengumpat dan menghina

 


Lain-lain puisi:

http://www.geocities.com/amin_24000/puisi.html

Kembali ke Ruangan Santapan Rohani