Tazkirah                                                                                                                                        

EPILOG CINTA    

 

( Artikel ini di dapati dari majalah …renungkan dan hayati..nya  )

            Muktahir ini cinta seolah-olah  telah hilang keramatnya. Cinta yang suci dan penuh bermakna telah menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana; di lorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan tirainya…Remaja berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang-siur di mana-mana…Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan…

             Entah di manusia silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat menjadi pemusnah. Remaja perempuan yang bergelar gadis hilang maruah demi cinta….Lelaki menjadi penjaja cinta murahan…Kedua-duanya hilang adab sopan, ibu bapa pula menjadi musuh, kononnya suatu pengorbanan..

 Kehancuran dan kemusnahan cinta terjadi saban waktu, demikian pula, setiap detik ada bunga-bunga cinta berputik di merata-rata. Dimanakah bukti kata pujangga cinta di alam remaja itu suci dan membawa sejahtera…? Seluruh pelusuk alam tahu cinta memerlukan pengorbanan… 

Cinta telah menyebabkan terkorbannya iman, maruah, agama, adat, dan budaya, meskipun tidak dinafikan cinta pradewasa itu ada yang harum dan kekal mewangi…

 Sebenarnya kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata….Ia bukan juga bukti sebuah kejujuran dan keikhlasan. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan menyintai seorang perempuan akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa meyakini insan yang dicintainya. AWAS! Wahai remaja perempuan, setengah-setengah daripada sikap  yang semikian baik dan penuh sopan kadang-kadang penuh pula dengan kepura-puraan…Kekuatan dan kebenaran cinta yang diredhai  Allah sebenarnya bermula dari diri seorang yang beriman….Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seseorang perempuan tetapi dalam masa yang sama, dia mencemarkan maruah, kesucian dan keimanan teman perempuannya itu. Lelaki adalah pelindung dan pemimpin kepada  wanita. Merekalah pembela maruah dan nasib wanita. Bolehkah diterima janji cintanya sedang  dalam masa yang sama dia mengheret pasangannya itu ke kancah maksiat…? Dia yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau iman…??

 Lelaki yang benar-benar mencintai  pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walaupun sekadar bersentuhan tangan sebagai bukti cinta. Ketahuilah olehmu wahai muslimat, semua perlakuannya itu tidak  lain dari hasutan nafsu serakah yang ditunjangi hasutan syaitan..!! Tidak perlu berkorban untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia. Cinta pasti hadir dalam…jiwa manusia terutama dalam kemelutnya…menghadapi perubahan diri, persekitaran dan alam. Serpihan jiwa remaja bertembung dengan perasaan ke arah kedewasaan menyebabkan lahirnya pertembungan dua perasaan iaitu antra jiwa keanakan dan naluri kedewasaan. Lahirlah cinta “ sang kera”. Cinta yang melompat-lompat dan begitu rapuh. 

            Ketahuilah ..rasa cinta dan kasih sayang di alam remaja hanyalah dorongan naluri untuk dimiliki  atau memiliki. Sedang hakikat sebenarnya, rasa demikian adalah pengisian ke arah tuntutan iman dan kesedaran untuk ditumpahkan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Dan ketahuilah …rasa cinta itu sebenarnya adalah rasa resah yang liar dan tidak terpimpin. Ia adalah rasa yang bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan madani. Lantaran itu..wahai putera-puteri ISLAM, serahkanlah cintamu kepada Yang Satu, cintamu pasti terbalas dengan nikmat yang tidak terhitung….Wallahu A’lam

 

 

15 TANDA EGO 

– Awasilah sifat ego..krn sifat inilah yg menjadikan iblis kufur kpd Tuhannya -

 

  1. Diberi jawatan terasa seronok dan terhibur.
  2. Tidak dilantik, rasa tidak senang.
  3. Kalo dia pempmpin, arahannye selalu kasar dan mesti dipatuhi.
  4. Kalo dia pengikut, payah utk taat.
  5. Emosianal dan mudah tersinggung dgn perlakuan org lain.
  6. Mudah marah dan cepat melenting.
  7. Suka berkawan dgn org bawahan, bukan utk bermesra, ttp supaya dirinya tertonjol dari org lain.
  8. Payah menerima pandnagan atau nasihat org lain yg kdg kala terbukti benar.
  9. Dlm majlis, merasa tidak senang jika org lain memberi  pandangan.
  10. Dlm majlis,  suka memotong cakap org.
  11. Mahu pandangannya sahaja diterima.
  12. Tidak senang kehebatan dan kemajuan tercetus dr tgn org lain.
  13. bercakap sesuatu dgn suara tinggi, tdk blh dicabar.
  14. Tdk mahu berdo’a kpd Allah memohon pertolongan, seolah-olah dia lbh hebat dr Allah.
  15. Sembahyang lewat, tanpa sebab yg munasabah.

 

 

DI MANA CANTIKNYA WANITA???

 

( aurat dan pakaian wanita….. )

 

Menurut Qatadah,wanita Jahiliah berjalan dengan gaya ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai dilehernya, subagn & perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda. Mereka juga bergaul bebas dengan kaum lelaki. 

Oleh itu wantia Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya waita jahiliah itu tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenarnya dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-menunjuk dan memikat dinyatakan seperti berikut: 

Menundukkan pandangan: Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita ialah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya adalah dengan menundukkan pandangannya seperti firman Allah yang bermaksud: “ Katalah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannnya.( An-Nur )

Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang berlaku kini dalam pawagam, bilik kuliah di universiti, auditorium, dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamudiketuk dengan tukul besi yang tajam di dalam kepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya.

Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syara’ seperti berikut:

Pakaiannya hendaklah menutup seluruh tubuhnya melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafasirannya muka dan tangan

Pakaian yang dipakai itu janganlah dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “ Antara penguni2 neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”

 “Memakai baju tetapi masih bertelanjang” bermaksud pakaian jarang yang dipakai tidak melindungi aurat mereka. Suatu masa dahulu, beberapa orang wanita daripada Bani Tamin telah datang menziarahi Aisyah r.a. & dia telah berkata kepada mereka : “Jika kamu ialah orang yang beriman maka pakaian semacam ini tidak layak dipakai oleh wanita beriman.” Pada ketika yang lain pula apabila seorang pengantin perempuan memakai selendang jarang telah keluar menemuinya, dia berkata:”Seorang wanita yang berpakaian seperti ini tidak percaya kepada surah An-Nur dan Surah Al-Ahzab yang mengandungi banyak pengajaran berhubung dengan kesucian dan kesopanan hubungan lelaki dan wanita serta tentang jenis pakaian mereka.” 

Pakaiannya tidak boleh terlalu ketat hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali di bahagian yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.

Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki seperti seluar.

Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam tidak menyukai penganutnya yang cuba menyamai gaya orang bukan Islam. Islam menggalakkan penganutnya supaya mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sebab itulah orang Islam digalakkan supaya mempunyai pendirian sendiri yang berlainan daripada pendirian orang bukan Islam dalam pelbagai aspek. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “ Sesiapa yang meniru sesuatu bangsa lain, maka ia adalah bangsa itu.”

Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda.Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah yang bermaksud: “ Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja ( semasa bercakap dengan lelaki asing ) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya ( menaruh tujuan buruk kepada kamu)…Al-Ahzab 32

Dia tidak menarik perhatian dengan lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya, atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” ( An-Nur: 31 )

Wanita pada zaman Jahiliyah pernah menghentak kaki apb berjalan di hadapan lelaki supaya gelang locengnya akan berbunyi dah akan didengari oleh mereka. Al-Quran menegah perbuatan seperti ini kerana ia mungkin menggoda lelaki mata kerajang untuk mengekorinya dan ia juga menyampaikan niat jahat dalam hati wanita tersebut. Islam juga telah membuat garisan tentang penggunaan bau-bauan kerana di sini juga ia mempunyai maksud untuk menarik perhatian lelaki dengan menaikkan nafsu mereka.Hadith Nabi mengatakan:

Seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai, ia merupakan seorang penzina.”  

Begitulah cara dan gaya wanita Islam mensyukuri kecantikan rupa paras dan fizikal yang dikurniakan Allah. Wanita Islam sepanjang masa ketika di luar rumah hendaklah memperlihatkan ciri-ciri yang baik., warak dan bertanggungjawab dan bukan sbg jenis yang mudah dipermainkan dan menggoda. Oleh itu tidak sepatutnya wanita Islam mempamerkan kecantikan dan kejelitaan mereka dengan menceburi bidang peragaan atau memasuki pertandingan ratu cantik atau menyanyi atau menari atau bidang-bidang yang seumpamanya. 

Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan yang seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk mengedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bukanlah wanita biasa yang merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan gaya dan kecantikan mereka kepada orang lain.

 

WaLLAHU’ALAM 

- Dipetik: Majalah MUSLIMAH ( Jun 2002 )

 

*** Nilai Tudung Wanita ***  

Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam.Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.Begitu juga diumpamakan dengan wanita,Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat,darjat,nama,harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita,alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
 
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai,namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung,tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya,dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya,malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita,dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias,maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung,tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.Sombong makin bertambah.Jalan mendabik dada.Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated,bergaya,ada kelas dan sebagainya.Bertudung,tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya,tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina,banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
 
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina,khalwat dan sebagainya.

Jadi,nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.Lebih baik tidak bertudung.Mereka rasa lebih bebas lagi.
 
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
 
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam.Kita sebenarnya pendakwah Islam.Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat,tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa,kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.Jangan lihat orang lain.Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
 
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung.Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama,perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa.Tudung di luar tudung di dalam (hati).Buang perangai suka mengumpat, berdengki,berbangga,ego,riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun,kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim.Samada baik atau tidak akhlak mereka,itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung,namun tetap berbuat kemungkaran.Berbuat kemungkaran adalah satu dosa,manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat,elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.Sentiasa bermanis muka.Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.Serahkan pada Allah tentang jodoh.Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.Yakinlah pada ketentuan Qada' dan Qadar dari Allah.
 
Apabila sudah menutup aurat,cuba kita tingkatkan amalan lain.Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja.Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut.Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi.Buang sikap suka mengumpat,suka mengeji dan mengata hal orang lain,jaga tertib sebagai seorang wanita.Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam.Dengan ini,orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian,anda mesti mengorak langkah untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan dan juga bagi mengatasi masalah-masalah yang kita boleh lihat dan dengar sejak kebelakangan ini demi menjaga kesucian dan keharmonian agama Islam itu sendiri untuk dimartabatkan di persada dunia..InsyaAllah..

 

Wallahu A'lam...  

 

 

Manfaat Menahan Pandangan Mata



1- Membersihkan hati dari derita penyesalan. Sesuatu yang paling bahaya bagi hati adalah mengumbar      pandangan, kerana dia akan melihat apapun yang dicarinya dan tidak bersabar.

2- Mendatangkan cahaya dan keceriaan di hati

q Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan2 wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang akan dia dapatkan hingga hari dia bertemu denganNya.

3- Mendatangkan kekuatan firasat yang benar

q Firasat bermaksud cahaya dan buah dari cahaya. Jika hati bercahaya, maka firasat juga tidak akan meleset.

4- Membuka pintu dan jalan ilmu serta memudahkan untuk mendapatkan sebab-sebab ilmu.

q Hal ini terjadi kerana adanya hati. Jika hati bersinar terang, maka akan muncul hakikat2 pengetahuan di dalamnya lalu sebahagian demi sebahagian ilmu itu dapat diserap.

5- Mendatangkan kekuatan hati, keteguhan dan keberanian

q Sesiapa yang menentang hawa nafsunya, maka syaitan merasa takut kepadanya.

6- Mendatangkan kegembiraan, kesenangan dan kenikmatan

q Tatkala dia mampu membekukan kesenangan dan syahwatnya kerana Allah, maka Allah menggantikannya dengan kesenangan yang lebih komplit dan jauh lebih besar daripada kenikmatan mencicipi dosa.

7- Membebaskan hati dari tawanan syahwat

q Sesungguhnya orang yang layak disebut tawanan adalah orang yang bisa ditawan syahwat dan hawa nafsu

q Jika syahwat dan hawa nafsu sudah menawan hati manusia, maka memungkinkan bagi musuh dan rivalnya untuk melancarkan siksaan kepadanya, sehingga dia seperti anak burung di tangan anak kecil yang memainkannya sesuka hati.

8- Menutup pintu neraka jahanam

q Pandangan mata adalah pintu syahwat yang menuntut perlaksanaannya. Pengharaman Allah dan syariat-Nya merupakan tabir penghalang untuk mengumbar pandangan. Siapa yang merosakkan tabir itu dia akan berani melanggar larangan.

q Orang yang sudah terbiasa dengan sesuatu yang pernah ada, tidak menolak untuk menerima sesuatu yang baru, apalagi jika yang baru itu nampak lebih indah. Menahan mata bisa menutup pintu-pintu ini.

9- Menguatkan dan mengukuhkan akal

q Mengumbar pandangan mata tidak dilakukan kecuali oleh orang yang lemah akalnya dan tidak mempedulikan akibat di kemudian hari.

q Orang yang cemerlang akalnya adalah yang bisa mempertimbangkan akibat dari perbuatannya.

10- Membebaskan hati dari syahwat yang memabukkan dan kelalaian yang melenakan

q Mengumbar pandangan mata pasti akan membuatkan pelakunya lalai terhadap Allah dan memikirkan hari akhirat serta membuatkannya mabuk kepayang dalam tawanan cinta, sebagaimana firman Allah tentang orang2 yang tertawan oleh rupa dan penampilan,

“Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan(kekesatan).” (Al-Hijr:72)

q Pandangan mata adalah segelas arak dan cinta yang dapat mabuk bila meminumnya. Mabuk cinta jauh lebih parah daripada mabuk kerana arak.

Mabuk kerana nafsu terus berkelanjutan
Jangan harap kesedarannya terbangkitkan

Wahai orang yang mengumbar pandangan walau sesaat
Engkau kan kembali sebagai korban yang sekarat

(Umbar; Mengumbar = Menurutkan hawa nafsu, melepaskan (keinginan), mengulur. **Terjemahan dari Kamus Dewan)

Wassalam

Ringkasan di atas adalah petikan dari buku Taman Orang2 Jatuh Cinta & Memendam Rindu. Terbitan Darul Falah.

Diimport dan diedarkan oleh Pustaka Indonesia
No 12, Wisma Yakin
Jalan Masjid India,
50100 Kuala Lumpur
Tel : 04-26923940

   


*** Hadis-hadis Nabi tentang HABBATUS SAUDA' ***

 

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda:

"Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah,beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi BulaQ);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah. 

*** KHASIAT HABBATUS SAUDA' ***

 HABBATUS SAUDA yang dikenali dengan nama saintifiknya Negella Sativa telah pun digunakan di merata negara sejak zaman berzaman terutama di Timur Tengah dan Timur Jauh sebagai ubat semulajadi bagi berbagai penyakit insan.

 Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa HABBATUS SAUDA' digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun Masihi. (Jan 1980,Nasimy 1984) dan literature lama Ibn Sina (Avi Cenna 1000M - 412H) dan Al-Antiki (670M - 1094H).

 Ia berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecut semua jenis ketumbuhan,berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik),selsema,sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma,luka-luka dihati (Cirrhosis of liver),batu karang,batu hempedu,paru-paru berair,gout,tonsilitis,gusi berdarah,gastrik, luka-luka dalam perut (Ulser),kurang penghadaman,mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah.

 Ia juga dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit,membantu menguatkan fungsi kelenjar,merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris,Indomeferitis Ophoritis),senggugut melancarkan peredaran haid,berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (Premature ejaculation) membersihkan perut dari angin dan kahak.Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan,InsyaAllah.

 

*** MUDAH UNTUK DIMAKAN DAN BERKUALITI ***

 Kapsul Minyak HABBATUS SAUDA' ini dihasilkan daripada bijirin hitam yang bermutu tinggi dan terpilih sahaja,dirumus khas dalam bentuk kapsul mengikut ukuran dos yang telah ditetapkan dan mudah untuk dimakan,sentiasa mementingkan kawalan kualiti yang ketat sebagai jaminan terhadap ketulinan kandungannya oleh syarikat yang terkemuka yang diiktirafkan di Mesir.

 HABBATUS SAUDA' adalah sejenis tumbuhan semulajadi dalam bentuk rumput kecil,mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta,mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang mana terdapat didalamnya biji HABBATUS SAUDA'.Tumbuhan ini terdapat di negara-negara Arab dan dikenali dengan berbagai nama seperti di Mesir dan negara Syam dengan nama Al-Habbatul Barakah,di Yaman dan Iran dengan nama Al syuniz,di Algeria dengan nama Sanuj dan Moroko dengan nama Basdas.

 Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin dan dalam bahasa Perancis ia dipanggil Graine Cumin Noire atau Wagella Cultiree.

 Produk ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.Ia mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya.Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.

 Selain daripada itu ia diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai ubat yang boleh mengubat segala jenis penyakit.Ia juga diperakui oleh `Bapa Perubatan' Ibnu Sina,Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi.

 Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian saintifik dan mendapati sangat berkesan terhadap pelbagai penyakit.Ia juga merupakan sejenis anti-biotik semulajadi yang cepat memberi kesan tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.

Wallahu A'lam..

 

*** KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH MENGIKUT TEORI FIZIK ***

 

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat,sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga,banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif,yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah,timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah,kita disuruh meluruskan saf,bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan,manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi,setiap kali kita bangun dari tidur,badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu,kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu,solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu,kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu,solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya,selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Maka,solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut,didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum,umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (Qiamullail). Dalam kajiannya,professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.Akhirnya,dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Wallahu A'lam..

 


Cinta Internet

Nasihat itu di sukai oleh para teman dan guru ibarat lampu nan terang di kegelapan malam,dan juga disukai oleh para ulama yang di muliakan,yakni mereka sebagai pewaris para Nabi dalam menjaga sumber ilmu pengetahuan.Dan saya tetap mengharapkan kepada para cerdikpandai dan ulama besar,sudi kiranya beliau memperbaiki kesalahan isi kandungan ini sesungguhnya manusia itu tempat lupa dari tangan yang sia-sia atau hasilnya pun seperti membuang barang berharga di Sungai Nil.Allah swt memberikan kita petunjuk kepada sesiapa yang mengkehendaki ke jalan lurus.Dan cukuplah Allah Ta'ala sebagai Tuhan ku dan Dia itu sebaik-baiknya pimpinan....

Maka di sini bermula.. Di sini saya ingin memaparkan persoalan yang senantiasa ditanyai oleh kawan-kawan saya semoga ia boleh menjadi iktibar bersama dan menjadi pengajaran bersama kerana ia boleh melalaikan kita sendiri selaku peng'chat'.

Masalah percaya atau tidak percaya,bukan pokok.Dan tidak salah jika seseorang lelaki itu atas dasarnya ingin mencari calon isteri. Tetapi pokok persoalan nya sejauh manakah patut hadir rasa cinta dan cara perlaksanaannya.Masalahnya sejauh manakah dia antara kita dapat mengawal perasaan sendiri????? Malah apa yang saya lihat,ramai sekali mudah jatuh hati pada seseorang tanpa mempertimbangkan unsur-unsur agama ialah 'sekufu'.Dalam erti mudah,kesesuaian di antara jiwa,hati baik dari segi rohani,sifat diri,akhlak,background agama, kekeluargaan, harta dan lain-lain perlu diambil kira.

Saya telah lihat ramai jatuh hati kerana sandaran nama yang cantik yang di bayangi rupa yang cantik,susunan kata-kata manja yang menarik perhatian, penerusan ungkapan manja yang sekaligus melalaikan kita walaupun baru 4/5 kali chat dan kemudian diekori dengan tarikan suara lunak dalam telefon yang berterusan.

Malah diri rasa rindu yang tak terkawal kerana 'asyik' tanpa dapat mengimbangi akal yang baik.Memang benar kata orang 'cinta itu buta'.Ia akan buta di mata orang yang tidak dapat menilainya dan memikirkan secara rasional.Kawal lah emosi anda dan sabarlah untuk 'masa itu'.

Dalam masalah chat ini,saya lihat lelaki dan perempuan tidak segan silu menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda. Sesungguhnya,bermula dari usik mengusik begitu akan membuahkan rasa 'zina hati'.Jika benar-benar anda inginkan perempuan itu untuk dijadikan isteri;bersifatlah gentleman,bercakaplah berterus terang setelah anda benar-benar yakin.

Ingatlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud:-

" Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (MuttafaQ Alaihi)

Simpanlah rasa hati anda dan jika anda benar-benar jujur; beranilah berterus terang terhadapnya.Hormatilah pendiriannya dan biarlah secara perlahan-lahan senang anda tidak mengenali sebenar akan dirinya.Manusia boleh menipu untuk menunjukkan kebaikan dirinya sendiri.

Kalau di ikutkan cara pergaulan sebenar dalam Islam;lelaki bukan ajnabi tidak layak untuk melihat rupa mahupun berhubungan dengan kaum wanita walaupun dalam bentuk tulisan apalagi kalau berjumpa.Selaku kita yang terlalu lemah dan dhaif ini dan iman diri tak dapat membentengi nafsu....hendak janganlah menghampiri zina..yakni jagalah agar perbuatan kita terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan yang perlu saja.Nyatakan pendirian anda,akhlak mahupun yang baik dan buruk,dan jangan menipu; nescaya akan menjerat diri sendiri,sebab andaikata ditakdirkan oleh Allah,anda berdua benar-benar menjadi pasangan di antara kedua-duanya.Tidak berguna menyesal di kemudian hari sebab tiada kerasian dan kesefahaman.

Malah seorang sahabat pernah bercerita dengan saya di dalam chat IRC,seorang pasangan kenalan telah sepakat untuk berkahwin setelah bertukar-tukar gambar dan bercakap melalui telefon..

Amalan yang khusus sepertimana yang di terangkan kepada saya; kamu hendaklah lihat dia secara nyata ( face to face) bagi memperkenankan pandangan mata masing-masing tetapi hendaklah di temani oleh mahram kamu di tempat yang tidak menimbulkan fitnah.

Ini tidak......................Saya dengari dari sahabat-sahabat lain ada juga yang membuat 'Blind Date' tanpa pengetahuan ahli keluarga dan ia menonjolkan sifat pemuda-pemudi Muslim yang tidak berakhlak.Jangan nak kata,orang yang pernah berusrah menganggotai kumpulan perbincangan Islam) pun tidak tahan hati.

Saya berharap benar agar sahabat-sahabatku semua agar faham dan jagalah maruah diri masing masing.Jangan terlalu berani dan tanamkan sifat malu kerana firman Allah Ta'ala yang bermaksud;

"Sesungguhnya orang orang yang beriman itu bila di sebut nama Allah,maka gementarlah hati mereka" dan "Bertambah-tambahlah keimanannya" (al-anfal : 2 )

Jika anda hanya ingin bersahabat biasa sekalipun,jikalau teringin mengenali bagi kedua belah pihak,eloklah juga ditemani mahram bagi menghindarkan fitnah. Kuranglah bertelefon kerana masa yang panjang dan kekerapan hanya akan membenarkan syaitan melunakkan hati masing masing dalam keadaan asyik.

Gunakanlah suara yang mendatar dan bercakaplah secara formal.Apa salahnya guna kaedah email yang nyata lebih terancang dan lebih berhati-hati.Malah masukkanlah ingatan akan pergaulan cara Islam yang biasa mendidik hati sendiri dan teman anda untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.

Salinglah tegur-menegur dan nasihat-menasihati antara satu sama lain,Itulah cinta yang hakiki.Ia bukan sahaja sebagai benteng pertahan diri.Janganlah pula anda bersalah sangka akan 'kebaikan' seperti si perempuan tidak mahu beri no telefon atau kurangkan bilangan dan masa bertelefon;

Hargailah pendirian teman anda.Sesungguhnya segala kebaikan akan kelihatan 'gharib/asing' buat kebayakan manusia.Jika anda menghajati seseorang untuk di jadikan calon suami/isteri atau mencintai seseorang tetapi teman anda seolah-olah tidak dapat memberi keputusan atau perasaan anda ditolak; redhalah dengan hati yang tenang kerana orang yang beriman akan tenang; redha dan memperhalusi gerak-gerinya sendiri.Kesabaran dan kebijaksanaan akan membuahkan hasil yang cantik dan nyata.Jangan mengambil jalan yang singkat kerana tuntutan hawa dan nafsu.

Gunakan artikel ini, sambil edarkan artikel Islam dan nasihatlah untuk sama-sama kita renungi dan menjadi peringatan buat kita sendiri.Sentiasa belajarlah dan tuntutlah ilmu kerana sabda baginda saw yang bermaksud:

" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil"
Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim)

Wahai semua sahabat yang ku kasihi,Sesungguhnya rasa sayang terhadap sesama sahabat tak dapat kita bendung.Adakala kita tersalah tafsir akan perasaan diri sendiri dan ada juga teman tersalah tafsir akan kata-kata kita....

Untuk itu,bagi memudahkan pemahaman yang jelas... nyatakan perasaan anda secara jujur.Ada juga oleh kerana ruang masa ber'chat' untuk mengisi kekosongan hati mereka yang menyebab kan mereka terlalai.

Bergurau biarlah sekadar asas gurauan yang baik dan ber'chat' biarlah asas kata-kata yang baik dan berhikmah. Sesungguhnya ia akan melatih dan mengikis sifat sifat mazmumah (sifat sifat keji) pada diri sendiri..

Janganlah kamu jatuh cinta ke dalam perangkap samar seorang wanita yang kelihatan seperti rupawan.Janganlah guna ayat pujuk rayu sehingga menggoda perasaan orang.Malah Saidina Ali (r.a) telah berkata,

"Akhlak dan aku adalah asas pokok iman.Orang yang mencintai Allah , dia berhati-hati kerana Sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud;

"Kebekuan air mata itu dari kerasnya hati,Kekerasan hati itu dari banyaknya dosa, Banyaknya dosa itu dari sebab banyaknya angan-angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa"

Oleh itu janganlah menghampiri fitnah,yakni pergaulan yang tidak terbatas dalam Islam.Bukan masalah sombong,dan main-main tetapi pokoknya iman dan akhlak hendaklah dijaga.Sesungguhnya 'Jihad hati' yang perlu kita tangani bersama.

Cinta yang hakiki hanyalah pada Allah sahaja;sesungguhnya cinta kepada manusia hanya sementara;jika benar anda ingin tebarkan rasa cinta pada lelaki dan wanita itu ;tebarkanlah oleh kerana mengharapkan keredhaan Allah.Janganlah sahabat-sahabatku menjadi perosak iman tetapi jadilah pembimbing keimanan.

Dan akhir sekali,ada satu cerita mengenai betapa perempuan dan lelaki wajib menjaga hawa nafsu masiing-masing.Diceritakan : dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As SamarQand.....

"Adalah Hasan al-Basri semasa mudanya,tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.

Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh padat dan berisi,maka Hasan al-Basri mengikuti di belakangnya.Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata :
 
"Apakah engkau tidak malu ??? "

"Malu kepada siapa?", kata Hassan al-Basri

 "Malu kepada zat (Allah) yang Maha Mengetahui,mata yang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu hamba-hambaNya", jawab wanita itu.

 Oleh kerana timbul rasa cinta,tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya,Hasan al-Basri terus menerus mengikuti wanita ini.

Bertanya wanita itu lagi : -
 
"Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku"

Kata Hasan al-Basri itu : -
 
"Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"
 
Jawab wanita itu :

"Kembalilah,nanti saya akan kirimkan padamu,apa-apa yang engkau inginkan"

Hasan al-Basri mengira,bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut,maka diapun kembali.Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan al-Basri dengan membawa sebuah bekas yang tertutup dengan saputangannya.Hasan al-Basri membuka penutup, terpandang akan sepasang mata wanita tadi.

Kata pelayan itu :

"Sesungguhnya berkata ... saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"
 
Gementarlah hati Hasan al-Basri,berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,

"Sungguh celaka engkau,sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "
 
Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu,berterus-terusan menangis semalaman.Pagi-pagi harinya,dia datang ke rumah wanita itu,untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.

 Hasan al-Basri menangis sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga dan Hasan al-Basri berkata kepadanya dalam mimpi.

"Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "

Kata wanita itu ;

"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah,oleh sebab engkau"

Kata Hasan al-Basri lagi ;

"Berilah aku nasihatmu"

Kata Wanita tersebut;

"Kalau engkau bersendirian,berzikirlah {ingatlah} kepada Allah Ta'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadaNya."

Maka Hasan al-Basri pun menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.Dan diapun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.

Wallahu A'lam...

 

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan

 

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian,hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan.Bila berkahwin,kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya,ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa.Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Di sini akan diceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh.Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.Masalahnya sekarang,terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia,ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia,walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat.Walaupun demikian, pada pandangan Islam,orang yang tidak berkahwin dianggap jelek.Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita,adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki.Kerana umumnya bagi kaum wanita,pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga,suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maQam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin,ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maQam yang keempat.Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang,berpuasa dan menjaga maruah,wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung.Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan.Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu.Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman,walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia,kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin.Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini.Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak.Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

 

 

Jenis-jenis Air Mata

Banyak air mata yang mengalir di dunia ini, sumbernya dari mata mengalir ke pipi, terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil sahaja tidak pernah kering airnya, ia berlaku setiap hari tidak putus-putus, Mari kita renungkan air mata mana kah yang mendapat tempat disisi Allah.

Sepertilah air sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti kalaulah air mata itu ditampung , banjirlah dunia ini.

Air mata itu bermacam-macam jenisnya:
- Ada air mata sedih
- Ada air mata gembira
- Ada air mata kasih
- Ada air mata simpati
- Ada air mata kecewa

Air mata sedih mungkin dimarah ibu atau dimarah guru dan lain-lainnya.

Air mata gembira bermacam-macam juga. Di antaranya dapat markah cemerlang di dalam tugasnya.

Air mata kasih melihat anak yang dicinta atau ibu yang tersayang.

Air mata simpati melihat orang miskin, papa dan yang seumpamanya.

Air mata kecewa banyak contohnya: di antaranya suami kahwin lagi, orang yang dicintai tidak membalas cintanya. Harap dapat kerja tapi di tolak saja. Begitulah sebab-sebab air mata mengalir dari sumbernya.

Lumrahnya ia mengalir kerana dunia. Jarang sekali ia mengalir kerana sedih membuat dosa. Susah sekali air mata hendak mengalir kerana kebesaran Tuhannya.

Payah sekali air mata hendak mengalir kerana sensitif dengan nikmat Tuhannya yang Al Hannan dan Al Mannan.

Jarang berlaku air mata mengalir kerana dosa. Alirkan air mata sebanyak-banyaknya kerana takut kepada Tuhan yang Maha Pencipta

 

 

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

 

1

APABILA  SAUDARA  MENDENGAR  AZAN, BANGUNLAH SEMBAHYANG SERTA-MERTA WALAUPUN  BAGAIMANA  KEADAAN  SEKALIPUN

2

BACALAH AL-QURAN, ATAU TATAPILAH BUKU-BUKU, ATAU PERGILAH MENDENGAR PERKARA-PERKARA YANG BAIK  ATAUPUN  AMALKANLAH  ZIKRULLAH DAN JANGANLAH SAMA SEKALI  SAUDARA  MEMBUANG  MASA  WALAU SEDIKITPUN, KERANA  PERKARA-PERKARA  YANG TIDAK BERFADAH.

3

BEUSAHALAH SEBERAPA DAYA UPAYA UNTUK BERTUTUR DALAM BAHASA ‘ARAB YANG BETUL KERANA BAHASA ‘ARAB YANG BETUL ITU ADALAH SATU-SATUNYA SYI’AR AGAMA ISLAM.

4

JANGANLAH  BANYAK BERTENGKAR DALAM APA PERKARA  JUA SEKALIPUN, KERANA PERTENGKARAN YANG KOSONG ITU TIDAK MEMBERI APA-APA KEBAIKAN.

5

JANGANLAH BANYAK KETAWA, KERANA HATI YANG SEDANG BERHUBUNG DENGAN ALLAH SELALUNYA TENANG DAN TENTERAM.

6

JANGANLAH BANYAK BERGURAU, KERANA UMAT YANG SEDANG BERJUANG TIDAK MENGERTI MELAINKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM SEBARANG PERKARA.

7

JANGANLAH SAUDARA BERCAKAP LEBIH NYARING DARIPADA YANG DIKEHENDAKI OLEH PENDENGAR, KERANA ITU ADALAH YANG SIA-SIA MALAH MENYAKITI HATI MANYAKITI HATI ORANG LAIN.

8

JAUHILAH DARIPADA MENGUMPAT PERIBADI ORANG LAIN, MENGECAM PERTUBUHAN DAN JANGANLAH BERCAKAP MELAINKAN APA-APA PERKARA YANG BERFAEDAH.

9

BERKENAL-KENALAN DENGAN SETIAP SAUDARA MUSLIM YANG DITEMUI SEKALIPUN IA TIDAK  MEMINTA UNTUK BERKENALAN, KERANA ASAS PERGERAKAN SERUAN ISLAM ADALAH KASIH SAYANG DAN BERKENAL-KENALAN.

10

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN KITA ADALAH LEBIH BANYAK DARIPADA MASA YANG ADA PADA KITA. OLEH ITU BANTULAH SAUDARAMU UNTUK MERINGANKAN PERLAKSANAANNYA.

 

 

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

                                                                                                    

 

10 AMALAN YANG TERBALIK



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali
tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

 Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.

Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

 Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

 Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

 

 

Muslimah Solehah Sebaik-baik Perhiasan...

 

Sejak dahulu hingga kini,kaum wanita selalu menjadi sorotan dan perbualan hangat serta sentiasa menonjol dalam pentas sejarah manusia, hinggakan raai pemikir dan ahli falsafah barat dan Islam mengadakan penyelidikan terhadap wanita dan keunikannya.  

Gambaran seniman terhadap wanita sungguh menakjubkan serta memukau diibaratkan seperti bintang di angkasa,bulan dan matahari serta bunga yang indah menawan. 

Menurut penyelidikan bijak pandai bahawa wanita di dunia ini telah melalui beberapa tingkat pemikiran dan falsafah yang berbeza umpamanya dikatakan; 

"Wanita itu makhluk berambut panjang dan berfikiran pendek" (Schopenhaeur) 

"Wanita itu kala jengking,setiap saat menyepit mereka itu tembok syaitan"  (Bonaventure) 

Namun Islam telah meletakkan kaum wanita pada tempat yang sesuai dengan fitrah manusia.Diciptakan Allah sbagai pasangan hidup kaum lelaki utuk meneruskan hidup di muka bumi bila tiba saat dan waktu yang ditetapkan.Lelaki tidak akan tenteram hidupnya tanpa didampingi oleh wanita.Demikian juga sebaliknya. 

 Wanita juga bukanlah binatang buas,bukan dewi yang perlu dipuja dan disembah.Bukan jua setaraf kaum lelaki kedudukannya tetapi wanita adalah wanita walaupun di mana dan apa jua keadaannya sekali pun.Wanita punyai hak dan kewajipan terhadap PenciptaNya sama seperti lelaki bila tiba saatnya nanti akan dipersoalkan segala tindakannya.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; 

"Dunia ini adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" 

Siapakah yang dimaksudkan dengan wanita yang solehah itu?Wanita solahah adalah wanita yang memeliki kecantikan asli,secara fizikal darah daging dan tulang belulangnya bersih dari benda yang haram, batinnya bersih dari kotoran kejiwaan,mempunyai kemantapan iamn yang jitu di hati.Dalam erti kata lain,hakikat kecantikan wanita adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan rasulNya serta mencintai pencinta-pencinta Allah. 

 Istilah SOLEHAH adalah sebaik-baik jolokan terhadap wanita. Namun untuk mencapai tahap wanita solehah,bukanlah sesuatu perkara yang mudah jika idak memiliki iman yang padu.Bukan seberangan wanita yang berhak memiliki gelaran tersebut,kerana ia hanya diberikan kepada mereka yang menepati ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam sahaja.

Antara ciri-ciri untuk mencapai tahap wanita solehah ialah; 

1) Taat dan patuh kepada Allah iaitu melebihi kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah saw serta berjihad melebihi keduniaan. 

2) Menutupi keseluruhan aurat dan tidak berhias untuk mempamerkan kecantikan, melainkan dalam rangka ketaatan berdasarkan al-Qurab,hadis dan pendapat para ulama.Hukum Islam yang menetapkan bahawa pakaian wanita muslimah haruslah memenuhi syarat-syarat berikut:- 

** Pakaian itu menutupi keseluruhan aurat kecuali apa yang telah ditetapkan dalam Islam.

** Tidak terlalu nipis sehingga nampak bebayang tubuh badan dari luar.

** Tidak terlalu ketat dan sempit.

** Warna pakaian itu suram dan gelap sehinggakan lelaki tidak bernafsu melihatnya.

** Tidak menyerupai pakaian lelaki atau wanita kafir.

** Pakaian itu bukan untuk bermegah-megah. 

 Demikianlah betapa tertibnya peraturan Islam tentang pemeliharaan aurat yang mana bila diabaikan boleh mengundang pelbagai fitnah pada diri wanita itu sendiri. 

3) Tidak berhias dan bertingkah laku seperti wanita jahiliyah. 

4) Tidak keluar bersendirian(tanpa tujuan munasabah)dan tidak pula bersama mana-mana lelaki pun kecuali ditemani mahramnya.Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud; 

"Sesungguhnya telah diizinkan Allah bagimu(wanita)keluar untuk suatu keperluan yang dibenarkan olah syara' " (Riwayat Bukhari) 

Dan sabda baginda saw lagi yang bermaksud; 

"Tidak sekali-kali seorang wanita dan lelaki berdua-duaan kerana yang ketiganya adalah syaitan kecuali disertai mahramnya" 

5) Selalu membantu sesama Islam dalam perkara kebenaran,kebajikan dan taQwa. 

6) Berbuat baik kepada ibu bapa.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud; 

"Dan Kami perintahkan(berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang lemah dan bertambah-tambah dan menyusukannya dalam tempoh 2 tahun,bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibu bapa kamu,hanya kepadaKu lah tempat kembali" ( luQman : 14 ) 

7) Sentiasa berinfaQ baik dalam keadaan sempit maupun dalam keadaan lapang.Sabda baginda saw yang bermaksud; 

"Wahai sekalian wanita,bersedakahlah kamu dan perbanyakkanlah mohon ampun kerana Aku tahu kebanyakan daripada kamu adalah penghuni neraka" (Riwayat Muslim) 

8) Tidak berdua-duaan dengan lelaki asing.Sabda baginda saw yang bermaksud;

 

"Jangan sekali-kali berdua-duaan dengan lelaki dan wanita kerana yang ketiganya adalah syaitan" 

9) Bersikap baik dengan tetangga.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud; 

"Demi Allah yang jiwaku ditangannya tidaklah seorang itu disebut beriman sehingga ia senangkan tetangga apa yang dia senangi untuk dirinya" (Riwayat Bukhari Muslim) 

Sebenarnya masih banyak lagi ciri-ciri wanita solehah jika dihuraikan secara mendalam. Namun anggaplah nukilan di atas memadai sebagai pegangan dasar.Paling tidak keterangan di atas secara global dapat kita meng 'indentifikasi' kan wanita solehah dari yang lain.

Andainya ciri-ciri tersebut masih belum terdapat pada diri kita secara keseluruhannya, tidak bererti kita ini tidak solehah,tetapi skala ke 'solehah' an kita itu masih kecil dan kita harus  menyempurnakan untuk mencapai tahap wanita solehah dan memiliki cinta Allah dan rasulNya.Seterusnya mengecapi ketenangan dan kedamaian jiwa di dunia yang fana,du syurga yang abadi.

 

MUTIARA MINDA

 

Teringat pesan ayahanda...  

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat,gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah,betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...  

Peringatan buat diriku yang sering lupa........  

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir...Hidup kita ini hanyalah sementara.Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. 

Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar..apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. 

Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah,bermula daripada jerebu,kegawatan ekonomi,timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,peperangan dan bermacam-macam lagi.Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita.Adakah kita benar-benar menginsafinya. 

Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri.Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,bijak,rajin ...walhal semuanya adalah kurnia Allah.Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???  

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit.Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...   

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi,siapa kita sebenarnya,wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

 

Maka,mengapa kita tidak mahu mengejar Dia...Mengapa kita masih mendedahkan aurat?.Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,TariQat,Hakikat,dan Makrifat.FeQah dan Tasauf...Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut..Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya,jauh dari mengamalkannya.  

Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.  

Ketahuilah...sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.Dosa!!!  

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.  

Kita pergi kuliah,pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?  

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?  

Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? 

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah? 

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL,LOGIK,TITAS,C++, ...* kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?  

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? 

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? 

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????  

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita...tapi,kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.  

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!  

Siapa kita....????  

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :  

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:  

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.  

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.  

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :  

Orang yang tidak melakukan solat pada :  

Subuh     : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur      : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar       : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib  : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya'       : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya Al-Quran:  

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

 

Seloka Aurat



Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

 

 

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
Salah silap harap dimaafi.. 

 

                             WALLAHU'ALAM

 

            Kembali ke Ruangan Santapan Rohani