Ilmu Kalam


Inilah kitab
Syarah Usul Tahqiq
Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Ulama Solihin
Amin.

Dengan tolong Allah ku mulai kitab ini ialah Tuhan yang Maha Murah di dalam negeri dunia ini pada mengurnia rezeki hambaNya zahir dan batin. Dan lagi amat sangat mengasihani akan segala hambaNya yang beriman di dalam negeri akhirat.

Dan adapun kemudian dari itu maka inilah suatu risalah Usul Tahqiq ertinya 'Persuruhan yang melengkapi atas pohon agama'.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:-

"Pertama-tama agama itu itu makrifatullah"

Maka adalah makna makrifat itu:-

'Simpulan yang putus yakni pegangan yang teguh yang berbetulan ia dengan yang sebenar daripada dalil'

Maka adalah dalil itu 2 perkara, pertama dalil naqal namanya iaitu firman Allah Taala dan hadis Rasulullah s.a.w. Kedua dalil aqal namanya iaitu menyatakan ia akan keadaan Allah Taala itu.

Bersambung....InsyaAllah


[Kembali Ke Dewan Kuliah]