Sekapur
Sirih
Dari
Komandan
Assalamualaikum
Warahmatullah Hiwabarakatuh dan salam sejahtera
Wabillahi
Taufik Walhidayah Wassalamuallaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Saripati
Ringkas
Kursus
Asas Penerbangan Kelas '99
-
Pelatih-pelatih
Kursus Asas Penerbangan Kelas '99 melapor diri ke Kolej Tentera
Udara (KTU) pada 5 Mei 96 di bawah program Kadet Diploma Kelas '99.
Setelah mengikuti program berkembar dengan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) bagi Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
selama 3 tahun, mereka terus diserapkan ke Pulatibang 1 pada 29 Nov
98 untuk mengikuti Kursus Asas Penerbangan. Kekuatan asal kursus ini
adalah seramai 20 orang iaitu 16 orang pegawai kadet dan 2 orang
pegawai berpangkat Leftenan yang sebelum ini mengikuti kursus pegawai
kadet di National Defence Academy Jepun selama 5 tahun.
- Fasa
Akademik telah dijalankan berperingkat-peringkat ketika program
diploma dijalankan. Fasa Penerbangan Asas telah bermula pada 1 Feb 99
di Pulatibang 1 dengan menggunakan pesawat Aerotiga MD 3. Fasa ini
merupakan Latihan Perindustrian bagi melengkapi kursus Diploma
Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) UTM. Mereka telah ditauliahkan
sebagai Leftenan Muda pada 29 Jun 99 dan dinaikkan ke pangkat
Leftenan pada 30 Jun 99. Kesemua pelatih telah berjaya dalam Fasa
Akademik dan Fasa Penerbangan Asas.
- Seterusnya
mereka meneruskan Fasa Penerbangan Asas dan Lanjutan dengan
menggunakan pesawat Pilatus PC 7. Penerbangan telah bermula pada 6
Jul 99. Ketika mengikuti Fasa Penerbangan Asas PC 7 mereka telah
dianugerahkan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) di UTM
Skudai pada 23 Ogos 99. Walaubagaimanapun 2 orang pelatih gagal
menamatkan kursus penerbangan ini. Kursus Asas Penerbangan Kelas '99
telah menamatkan latihan pada 28 Mac 2000. Seramai 18 orang pelatih
telah berjaya menamatkan latihan dan layak untuk dianugerahkan Sayap
Penerbangan Tentera udara Di Raja Malaysia.
Pemenang
Pedang Panglima Tentera Udara
Untuk
Pelatih Terbaik Keseluruhan
Kurusus
Asas Penerbangan Sayap Kaku
-
Lt Ahmad
Khusairi Bin Ahmad Fadli TUDM (372553) dilahirkan di Kuala Lumpur
pada 9 Sep 74. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh orang
adik-beradik dan merupakan anak kepada seorang pesara bank dan ibunya
seorang kakitangan awam. Mendapat didikan awal di Sekolah Menegah
Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Maahad Hamidiah Kajang. Mendapat
Pangkat Satu dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Walaupun tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi diperolehi, namun
kerana minat yang begitu mendalam di dalam tentera membuatkan beliau
mengambil keputusan untuk menyertai Sekolah Pegawai Kadet. Beliau
berjaya menyertai kursus TJP 61 di Sekolah Pegawai Kadet di TUDM
Subang. Semasa menjalami kursus tersebut beliau telah terpilih untuk
melanjutkan latihan kadet di National Defence Academy Jepun selama 5
tahun. Walaupun dalam jangkamasa yang panjang beliau akhirnya telah
berjaya menamatkan kursus tersebut dengan mendapat Ijazah Sarjana
Muda dalam jurusan Science Administration.
- Sepanjang
latihan penerbangan beliau telah mempamerkan pencapaian yang
cemerlang dalam fasa akademik mahupun fasa-fasa penerbangan yang
lain. Kewibawaan, kredibiliti dan toleransi sebagai seorang pemimpin
membuatkan beliau disegani dan disenangi ramai. Sikap gigih, dedikasi
serta tekun dalam apa jua kerja yang dilakukan telah membuahkan hasil
di mana beliau telah terpilih sebagai pemenang hadiah Pelatih Terbaik
Keseluruhan Kursus Asas Penerbangan Kelas '99. Beliau akan meneruskan
latihan peralihan ke pesawat pejuang selepas dianugerahkan Sayap Penerbangan.
Pemenang
Piala Komandan
Untuk
Pelatih Terbaik Pengajian Akademik
Dan
Pemenang Piala Shell
Untuk
Pelatih Terbaik Penerbangan
Kursus
Asas Penerbangan Sayap Kaku
-
Lt Muhamed
Afizan Bin Jaafar TUDM (373109) telah dilahirkan pada 16 Okt 75 di
Muar, Johor. Beliau adalah anak pertama dari empat orang
adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sri
Mersing dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menegah Seri Mersing
sehingga ke Tingkatan Tiga. Beliau, kemudiannya melanjutkan pelajaran
ke Maktab Rendah Sains MARA Muar dan mendapat Pangkat Satu dalam
Sijil Pelajaran Malaysia.
- Oleh
kerana minat yang begitu tinggi beliau telah menyertai kursus Pegawai
Kadet Diploma di Kolej Tentera Udara dan telah dianugerahkan Diploma
Kelas Pertama oleh Universiti Teknologi Malaysia serta ditauliahkan
pada 29 Jun 99.
- Beliau
kemudiannya telah menyertai Kursus Asas Penerbangan di Pulatibang 1,
Kolej Tentera Udara. Sepanjang latihan beliau telah mempamerkan
pencapaian yang cemerlang di dalam bidang akademik. Beliau juga telah
menunjukkan keupayaan yang cemerlang dalam mengendalikan pesawat di
dalam semua fasa penerbangan. Kewibawaan dan kredibiliti yang tinggi
membuatkan beliau terpilih sebagai pemenang hadiah Pelatih Akademik
Terbaik dan Piala Pelatih Terbaik Penerbangan Kelas '99. Beliau akan
meneruskan latihan peralihan pesawat pejuang selepas dianugerahkan
Sayap Penerbangan.
Pemenang
Piala Aerobatik
Untuk
Pelatih Terbaik Aerobatik
Kursus
Asas Penerbangan Sayap Kaku
-
Lt Alfan Naem
Bin Katiman TUDM (373087) dilahirkan pada 6 Nov 78 di Pontian, Johor.
Beliau adalah anak yang kedua dari sepuluh adik-beradik dan merupakan
anak kepada pendidik yang bertugas di Negeri Johor. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar (1),
Pontian dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Habab, Kota
Tinggi. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada 1995 dengan mendapat
Pangkat Satu.
- Mula
menyertai TUDM setelah tamat alam persekolahan dengan memasuki Kursus
Pegawai Kadet Diploma pengambilan ke dua di Kolej Tentera Udara. Di
dalam masa yang sama juga, beliau turut menyambung pengajian
akademiknya dan dianugerahkan Diploma oleh Universiti Teknologi
Malaysia serta ditauliahkan pada 29 Jun 99.
- Seterusnya
beliau telah menyertai Kursus Asas Penerbangan di Pulatibang 1, Kolej
Tentera Udara. Semasa ujian akhir pengendalian pesawat, beliau telah
menunjukkan prestasi yang baik dan terpilih untuk memasuki
pertandingan aerobatik bersama-sama empat orang pelatih yang lain.
Pertunjukan yang menarik telah dibuat di atas lapangan terbang pada
30 Mac 2000 dan beliau telah dipilih sebagai pemenang Piala Aerobatik
Kursus Kelas '99.
Senarai
Graduan Sayap Penerbangan
(Dari kiri ke
kanan) :
|