|
Sejarah penubuhan persatuan bekas-bekas pelajar S.J.K. (C) Choong Hua.Dalam tempoh masa tujuh delas tahun dahulu iaitu di sekitar tahun 1955, pihak sekolah masih belum wujudnya persatuan bekas-bekas pelajar. Akan tetapi, terdapat sekumpulan bekas pelajar yang berminat dalam kegiatan kesenian sentiasa berkumpul di kawasan sekolah Choong Hua untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.
Pada waktu itu, daerah Kuala Langat berada dalam situasi yang tidak stabil dan masih belum diisytiharkan sebagai " kawasan putih" oleh pihak kerajaan. Selain itu, di kawasan Banting tidak mempunyai bekalan elektrik dan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Walaupun demikian, bekas-bekas pelajar sekolah Choong Hua masih berteguh hati untuk menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar pada suatu hari nanti.
Bapa pengerusi persatuan iaitu Encik Gan Tong Bin P.J.K. berserta sekumpulan bekas pelajar yang bersemangat kuat telah menganjurkan satu perjumpaan di kalangan bekas-bekas pelajar untuk menyeru penubuhan persatuan bekas-bekas pelajar. Pada 27 Ogos 1961, perjumpaan bekas-bekas pelajar dengan sebulat suara bersetuju menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar secara rasmi dan melantik sekumpulan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) untuk memohon kelulusan pendaftaran pertubuhan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Persatuan-persatuan Kerajaan.
Pada awal tahun 1963, Jabatan Pendaftaran Persatuan-persatuan Kerajaan telah meluluskan permohonan bekas-bekas pelajar Choong Hua. Oleh demikian, pihak ahli Jawatan Kuasa telah mengadakan upacara perlantikan pertama secara rasmi pada 26 Mei 1963 dan mengadakan upacara pengesahan jawatan pada 30 Jun 1963. Oleh demikian, 30 Jun pada setiap tahun merupakan hari kenangan bagi persatuan ini.
Sejak penubuhan persatuan ini, persatuan ini telah menyumbangkan tenaga dalam aktiviti-aktiviti kebajikan bagi semua warga sekolah mahupun pihak masyarakat tempatan. Penubuhan persatuan ini telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan sekolah Choong Hua. Melalui usaha gigih, persatuan ini telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 5000 lebih kepada pihak sekolah bagi membina bangunan sekolah baru (kedudukan sekolah terkini). Selama beberapa tahun ini, persatuan ini telah memberi jasa dalam mengembangkan dan mengekalkan tradisi kebudayaan masyarakat cina dan menganjurkan aktiviti-aktiviti hiburan yang menyihatkan tubuh badan.
¡@
Senarai Ahli-ahli persatuan Bekas-bekas Pelajar
Pengerusi: | Gan Kin Meng | ||
Naib Pengerusi: | 1) Tiung Bao Qing 2)Tan Peng Loon | ||
Setiausaha: | Lim Qing Chen | ||
Bendahari: | Tan Yao Lian | ||
Ahli-ahli Lembaga Pengarah | Yap Ya Lang | Yap Loong Chu | Tiew Yong Loong |
Lim Ya Sheng | Kuo Hoon Cheng | Cheng Peng Ann | |
Tiew Wei Jing | Lim Kim Lun | Hong Ting Soh | |
Qing Seng | Tan Kim Cheng | Law Chee Keong | |
HO Lan Hua | Yong YI Xiang | Tan Jie Ke | |
Chia Kok Hing | Soh Hock Lian |