[ Up ] [ Disiplin ] [ Kaunseling ]
Harmoni
Memotivasikan dan melahirkan pelajar yang mementingkan kebersihan alam sekitar merupakan objektif utama unit kebersihan sekolah kami. Di samping itu, semangat berpasukan merupakan tradisi murni sekolah Choong Hua dan disegani orang ramai sejak dahulu. Oleh demikian, pihak sekolah kami berazam memperkembangkan nilai murni selanjutnya.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mendorong para pelajar mementingkan kebersihan adalah seperti berikut:
Memberikan seruan yang berbentuk cerita ringkas sewaktu perhimpunan rasmi bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan kebersihan peribadi dan kebersihan alam sekitar.
Menganjurkan aktiviti gotong-royong di peringkat kelas dan persekitaran sekolah.
Setiap kelas bergilir-gilir memikul tanggungjawab membersihkan tempat-tempat yang diarahkan pihak sekolah.
Mengadakan kempen tidak memakan makanan ringan di kalangan pelajar.
Mengadakan pertandingan kebersihan di antara kelas pada setiap minggu. Para guru yang bertugas akan merekodkan markah kebersihan bagi setiap kelas pada setiap hari. Kelas-kelas yang memenangi tempat pertama hingga tempat kelima akan diberi piala dengan gelaran 璌aun Penyayang?dan 𡦖enceria?
Untuk memberansangkan motivasi di kalangan pelajar, unit kebersihan sekolah telah mengadakan papan kenyataan yang memaparkan maklumat-maklumat tentang kebersihan supaya para pelajar dapat menghayati tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
Menekankan tangguangjawab menjaga kebersihan tandas di kalangan pelajar.
Menekankan tangguangjawab menjaga kebersihan kantin sekolah di kalangan pelajar.