
Dengan
Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Pengasihani
(Apa
yang saya perkatakan ini saya yang bertanggungjawab)
Jalan Kerohanian
|
Persoalan yang ingin saya utarakan ialah 'apakah sebenar-benar tujuan atau hikmah Allah s.w.t memerintahkan hambanya beribadat kepadaNya sehinggakan Allah berfirman maksudnya:-
"Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan Hendaklah tuan ketahui bahawa tujuan pokok dan terakhir daripada semua perlaksanaan ibadah ialah mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal iaitu makrifatullah. Adakah tuan yakin dengan kenyataan ini? Belum atau masih ragu-ragu? Perlukan dalil atau bukti? Silakan. Cuba tuan renungkan sejenak. Adakah tuan sudah mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal? Sudah.....Silakan. Masih belum kenal? Bagaimana dan apa yang harus dilakukan. Hendaklah tuan ketahui bahawa mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal ialah semata-mata dengan pertolongan dan kehendak Allah jua. Allah akan menolong hambanya yang ingin menghampiri disisiNya dengan berbagai-bagai kaedah bagi pihak hamba samada secara ringkas atau sulit dan rumit. Diantara kaedah atau sistem yang diakui benar dan diamalkan sejak zaman Nabi s.a.w dan zaman para sahabat dan tabi'in serta zaman salafus soleh ialah dengan mengetahui dan mengamalkan ilmu kebatinan atau ilmu kerohanian yang merupakan kunci membuka pintu hijab antara makhluk dan khaliq. Apabila terbuka pintu hijab maka terpancarlah kenyataan tuhan (tajalli). Ketika itu leburlah diri (fana). Tuan harus bertanya, mestikah begitu? Tidak ada jalan lain yang lebih mudah difahami dan diamalkan. Untuk itu saya syorkan supaya tuan memohon pertolongan kepada Allah supaya dimudahkan segala urusan tuan. Jika tuan masih gagal mendapatkannya silalah kembali ke sini dan mengikuti jalan yang pernah dilalui oleh mereka yang diredhai Allah sebelum kita. Tuan masih bertanya lagi......Tidakkah jalan yang saudara maksudkan ini sulit dan banyak ranjaunya lagi sangat sedikit orang yang mengamalkannya dizaman ini. Hendaklah tuan ketahui bahawa untuk mendapatkan sesuatu yang sangat bernilai itu memerlukan usaha dan pengorbanan yang bukan kepalang. Tidakkah tuan tempuhi semuanya itu dalam kehidupan tuan sebelum ini. Untuk mendapatkan sesuap nasipun bukan semudah yang disangkakan. Tuan harus sediakan wang, kemudian sediakan bahan yakni beras, tuan perlu memasak dan menjaganya, kemudian tuan harus suapkan kedalam mulut tuan. Hanya untuk sesuap nasi. Susah atau senang, mudah atau rumit bergantung kepada keazaman dan kekuatan semangat tuan untuk mendapatkannya. Pohonlah pertolongan Allah, semoga tuan berada dalam limpahan rahmatNya. Tuan mungkin bertanya lagi....Bolehkah saudara terangkan dengan cara ringkas jalan yang saudara maksudkan supaya saya dapat merenungnya secara menyeluruh agar mudah difahami. InsyaAllah saya jelaskan. Hendaklah tuan sematkan dalam hati sanubari tuan setiap masa dan ketika samada ketika berdiri, duduk atau baring bahawa dalam keadaan tuan melihat Allah, jika sekiranya tuan tidak dapat melihat wajah Allah, maka tuan hendaklah benar-benar yakin bahawa Allah sentiasa melihat dan memerhati segala gerak geri tuan samada zahir atau batin samada terang atau gelap samada jauh atau dekat Jika sekiranya tuan berupaya melakukannya setiap masa, tuan adalah orang yang beruntung dan tuan telah mencapai nikmat kebahagian yang hakiki. Tapak ini bukan lagi milik tuan kerana segala maksud telah tercapai, segala yang kabur telah nyata, dan segala yang tersirat telah tersurat. Sebenarnya tuan telah mencapai maqam musyahadah atau muroqabah, suatu maqam yang tinggi dikalangan jin dan manusia. Semoga tuan berbahagia. Atau mungkin tuan masih samar-samar tentang jalan yang diterangkan diatas kerana tuan masih tidak mencapai maqam seperti yang disebutkan. Untuk itu...tapak ini adalah untuk tuan. Ketuklah pintu.....silakan masuk tuan yang budiman.
|
[Kembali]