Tuan Yang Budiman

Pengenalan

Untuk mencapai maqam muroqobah atau musyahadah atau makrifatullah bukanlah perkara yang mudah. Tuan harus menjalani beberapa peringkat secara tertib dan dengan panduan yang tertentu iaitu guru yang mursyid. Tuan tidak seharusnya bersendirian kerana dibimbangi dalam perjalanan tuan diganggu oleh syaitan yang sentiasa berusaha memesong manusia jauh dari jalan Allah.

Tapak ini hanyalah sebagai pedoman tuan semasa tuan berguru supaya tuan sentiasa waspada. Untuk mencari guru yang mursyid di zaman ini bukanlah mudah, tetapi bukan tidak ada, cuma tuan harus mencari dan mengujinya sendiri.

Mereka yang ingin menempuh jalan ini perlulah bermujahadah, melenyapkan dirinya dengan sifat-sifat mazmumah yakni sifat tercela dan melepaskan hubungan yang dapat mengotori kesucian dirinya serta mempersiapkan dirinya untuk menerima pancaran Nur Allah.

Di antara jalan yang pernah diterokai oleh kaum sufi dahulu ialah

  1. Jalan maqamat 7 tingkat. (peningkatan maqam nafsu)

  2. Pendidikan pengawasan diri. (Al Ghazaliah)

  3. Jalan 3 tingkat (Takhalli, tahalli, tajalli)

  4. Jalan Mulazamah fiz Zikri (Zikir nafi-isbat atau isbat sahaja)

Walau apapun jalan yang ditempuhi, ianya dapat disimpulkan kepada 3 bahagian iaitu:-

  • Membersihkan diri dari sifat-sifat yang tercela dari maksiat lahir dan batin.

  • Mengisi diri dengan sifat yang terpuji iaitu taat lahir dan taat batin.

  • Memperolehi kenyataan Tuhan (Tajalli) barulah seseorang itu makrifatullah dengan sebenarnya.

Kenapakah kita masih tidak kenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Apakah yang menghalang kita daripada yang demikian itu. Tak lain tak bukan ialah HIJAB (tabir kelam) yang membatasi diri dengan Tuhan. Hijab yang terbentuk dari dosa-dosa yang kita lakukan dari dosa-dosa kecil dan besar. Dan dari sifat-sifat hati yang rendah yang tertanam di dalam jiwa manusia atau dari nafsu yang ammarah yang sentiasa menyuruh melakukan kejahatan.

Jika tuan masih meminati untuk mengetahui seterusnya kaedah-kaedah yang harus ditempuh dalam melatih diri mencapai maqam dari satu tingkat kepada satu tingkat yang lebih tinggi sehingga memperolehi tajalli Allah.......Silakan

 


[Kembali]