|
|
PENGENALANHPA diasaskan oleh seorang anak muda iaitu Tuan Haji Ismail Bin Ahmad (34 tahun) seorang graduan UPM, semenjak 1986. Bermula dengan usaha pengeluaran herba secara tradisi, HPA memulakan operasi pemasaran produknya melalui sistem edaran terus (direct selling) berkonsepkan sistem pemasaran satu aras/single level marketing (SLM). Mulai 01-01-1997 hasil gemblengan 16 tenaga siswazah dari universiti tempatan, HPA melalui anak syarikatnya Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd. telah mengorak langkah ke Era Multi Level Marketing (MLM). Langkah ini ternyata telah meletakkan HPA sebagai sebuah syarikat MLM yang berdayha saing dan berdaya maju setelah mencatat jualan hampir RM2 juta sebulan menjelang Disember 1997.IBU PEJABAT HPAHPA berpindah ke bangunan pejabatnya sendiri beralamat Lot 5 dan 6, Kawasan MIEL, Jejawi Fasa 2, Jalan Jejawi Permatang, 02600 Jejawi, Perlis. Bangunan ibu pejabat lama yang merupakan 2 blok bangunan kedai pejabat 3 tingkat yang disewa sudah tidak boleh menampung perkembangan syarikat yang sangat memberansangkan. Kini, HPA mempunyai lebih 130 kakitangan di bahagian pengilangan, pengurusan dan pentadbiran.KILANG HPA BERTARAF G.M.P.Kilang HPA yang terletak di alamat Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis mendapat penarafan 'Good Manufacturing Practice' (GMP) daripada Kementerian Kesihatan. GMP adalah proses yang memerlukan standard pengeluaran produk perubatan yang paling ketat. Taraf GMP ini juga turut mendapat pengitirafan World Health Organization (WHO). Dengan ini, HPA boleh mengeksport keluarannya ke 30 buah negara di dunia.Kini HPA maju setapak lagi apabila sedang menyuiapkan kilang baru di Lot 5 dan 6, Kawasan MIEL Jejawi, Fasa 2, Jalan Jejawi Permatang, Jejawi, Perlis. Kilang yang dijanka menelan perbelanjaan sekitar RM4 juta ini sedang dipersiapkan supaya melepasi standard GMP yang ditetapkan oleh negara Eropah, Australia dan Amerika Syarikat bagi membolehkan produk HPA turut dieksport ke sana. Di samping GMP, HPA kini mula mengamalkan Standard ISO 9002 di kilangnya di Kuala Perlis dan akan meneruskan standard berkenaan di kilangnya yang baru, di Jejawi, Perlis. PERLADANGAN HPAHPA mempunyai perladangan herbanya sendiri di Changloon, Kedah. HPA juga giat menjalankan usahasama perladangan herbanya dengan masyarakat kampung di sekitar Perlis. Ini menjaminkan kilang HPA mendapat bekalan bahan mentah yang mencukupi. HPA tidak bergantung kepada rempah ratus dan bahan mentah yang diimport. Inilah sebabnya dalam keadaan kekalutan ekonomi sekarang HPA tetap melangkah gagah. Malah Harga produknya kekal berpatutan.PELAN PEMASARANHPA melalui anak syarikatnyta Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd. ternyata telah mampu mengenengahkan sistem pemasaran yang unik dan terbaik melalui konsep berikut;1. KEADILAN: Sistem yang diperkenalkan tidak menjamin yang awal akan lebih berjaya dan akhir tidak ada peluang. Sesungguhnya rancangan ini mengambil kira diatas daya usaha dan kerajinan. 2. TIMBUNAN: Segala usaha anda di dalam usahaniaga ini tidak akan sia-sia begitu sahaja. Setiap pengedar akan berpeluang menikmati pendapatan dan pangkat yang ditawarkan. 3. KEPUASAN: Anda sudah tentu akan menikmati kepuasan hasil dari usaha anda dimana bonus yang dinikmati adalah dikumpulkan dari usaha sendiri dan usaha pengedar-pengedar yang berada di bawah anda. 4. KEJAYAAN BERTERUSAN: Anda akan mendapati usaha anda akan kekal dan berterusan di mana sistem ini menentukan status anda kekal apabila anda menikmati status anda. 5. PEWARISAN: Bertepatan dengan prinsip perniagaan Islam, semua usahaniaga anda dapat diwarisi oleh mereka yang telah ada. RANGKAIAN PENGEDARHPA mempunyai rangkaian pengedar sekitar 60,000 di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan... kini, di Brunei. HPA mempunyai sekitar 250 agen stok/stokis yang sedang giat mengembangkan rangkaian perniagaan masing-masing.Hanya dalam tempoh 1 tahun sahaja, melalui anak syarikatnya Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd. dan Al-Wahida Training & MOtivation Sdn. Bhd. telah melahirkan ramai 'Usahawan Baru' yang mempunyai pendapatan empat angka, malah lima angka. Anda! Bila lagi? PRODUK HPASekarang 48 produk HPA sedang beredar di pasaran dan dijangka 200 produk lagi akan berada di pasaran menjelang tahun 2000. Sebahagian besar produk HPA adalah berasaskan Pemakanan Kesihatan Alamiah (100% herba tempatan/asli). |