
Pertama
sekali aku nak ucapkan terima kasih kerana melawat halaman ini. Dah hampir setahun aku mereleasekan website aku
yang ketiga. Syukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya berjaya juga aku menyiapkan website aku yg keempat (website nih la.. mana lagi) Tema website
aku kali ini ialah:
" ä|c¤n ... Rûlëz hê §k¥ "
Kepada sesiapa yang dapat url website aku nih dari aku sendiri masa
kat IRC, diowang sure tau yg Fa|con tuh nick yang aku selalu guna kat dalam IRC.
Diowang lawat site nih pun sebab aku yang paksa ! Betul tak gang?? hehehe
Memula tuh aku ingat nak
buat website nih dalam English
Version. Tapi fikir punya fikir, akhirnya aku decide buat dalam versi Bahasa Melayu Rojak ajer. Lagi pun website² lama aku semua dalam English Version.
Selain tuh gak, aku nih bukannya terer sangat English. SPM dulu pun cukup² makan jer.
So.. baik aku buat dalam Bahasa Melayu, cepat sikit siap. Hehehe
Actually aku dah start project website keempat aku nih pada akhir
tahun lepas lagi. Tapi masa tuh aku buat sekerat jalan jer, sebab tetiba jer aku blank.
Tak tau nak design cam na. Sebelum nih aku guna frame, so kali nih aku try la buat yang
tak der frame pulak. Harap² korang suka la yer. Kalau tak suka pun buat² suka la. Cian
aku buat susah² tapi korang tak suka. Hehehe
Korang perasan tak yang website nih di reka oleh Z-DesignLabs.
Actually Z-DesignLabs tuh
company virtual aku. Biasa ler, kalau owang sedang dalam keboringan, macam² dia buat. Aku
pun cam tu gak la. Kalau korang nak tempah graphic atau apa² yang sewaktu dengannya boleh
la contact company aku. Kalau graphic yang simple² tuh aku buat free ajer untuk korang
tapi kalau graphic complicated sikit, korang kena la blanja aku makan. Hehehe... aku makan
tak banyak. Dua pinggan nasi ajer sekali makan... :Þ


|
DISCLAIMER
Sebahagian besar graphic yang ada kat dalam website nih adalah milik aku.
Kalau korang nak copy, nak tiru ataupun nak kutuk buat la sesuka hati tapi janganlah
sampai merosakkan nama baik aku. Bagi pemilik graphic yang tak benarkan aku guna graphic
dia, tolong inform kat aku dengan segera. |