Fa|con ... Rulez The Sky

Z-DesignLabs

 

FC Navigation Console


Z-DesignLabs


Z-DesignLabs - No Limit For Us

Z-DesignLabs nih wujud semenjak aku form 4 lagi. Masa tuh aku dapat first computer aku. Biasa la, baru first time dapat computer sendiri, siang malam, pagi petang duk mengadap menda alah nih ajer. Waktu tu aku masih lagi guna Windows 3.11, so program yang ader pun tak banyak. Program yang aku selalu guna masa tu ialah Print Artist. Biasa ler, dapat computer sekali yang printer color. Aku pun apa lagi manjang la duk mendesign menda. (waktu tu owang yang ader printer color tak ramai). Suatu hari tu member² aku mintak aku design logo club kitorang (KAPJ). Start dari situlah aku mula gatal² tangan mencipta 'company' aku sendiri & akhirnya tertubuh la Z-DesignLabs.

Waktu mula² dulu aku buat business card just for fun. Tak sangka plak member aku pun berminat nak gak. Aku pun 'tolong' la buat kat diowang, tapi kena bayar la, hehehe. Mana boleh free babe, kalau free mana aku mau cari duit beli dakwat printer aku.

Lepas SPM aku dapat modem, dari situ la aku kenal internet. Start dari situ gak la aku mula berjinak ngan web design plak. Kalau korang nak tengok graphic & website yang aku buat, korang boleh la click icon kat atas.

up up N away

 

DISCLAIMER
Sebahagian besar graphic yang ada kat dalam website nih adalah milik aku. Kalau korang nak copy, nak tiru ataupun nak kutuk buat la sesuka hati tapi janganlah sampai merosakkan nama baik aku. Bagi pemilik graphic yang tak benarkan aku guna graphic dia, tolong inform kat aku dengan segera.


Sebarang komen, cadangan atau pertanyaan sila type kat Guestbook aku.
Copyright © Z-DesignLabs 1998-1999
Z-DesignLabs