Dan demikian
lagi setengah daripada orang yang memelihara akan sembahyang dan
mendirikan dia seperti yang disuruh Allah dan RasulNya, hendaklah ia
mengetahui dan mengerjakan daripada segala rukunnya.
Maka erti
rukun sembahyang itu ibarat daripada sukun yang ia kejadian yang
masuk dalam mahi-ahnya (perkara sembahyang). dan tiada dapat
dijabarkan dengan sujud sahwi dan segala sunatnya. Maka barang yang
dijabarkan dengan sujud daripadanya sunat ab-'adh dan barang
yang tiada dijabarkan dengan sujud sahwi dinamakan hai-ah.
Maka rukunnya
itu 13 perkara:-
-
Niat-
maka erti niat itu menyahajai akan sesuatu hal, keadaanya disertakan
dengan awal perbuatan, maka tempatnya itu di hati. Iaitu menyahajai
akan suatu hal, keadaannya disertakan dengan awal perbuatan, maka
tempatnya dihati.
Maka jika
adalah sembahayang itu fardhu yang lain daripada Jumaat dan qasad
hendaklah ia mengqasad dengan hatinya, hendak mengerjakan sembahyang
dan ta'arudhkan fardhunya dan ta'yinkan waktunya. Maka yang tiga itu
dinamakan qasaq, ta'arudh dan ta'yin dinamakan niat. Maka ia hadirkan
yang tiga ini pada takbiratul ihram.
Maka jika
adalah sembahyang itu jumaat ditambahi imam jika ia imam tau makmum
kerana sembahyang jumaat itu disyaratkan berjamaah daripada awal
sembahyangnya. Jika sembahyang qasar bagi orang yang musafir maka
ditambahi qasar pula kerana disyaratkan niat qasarnya itu di dalam
takbiratul ihram.
Jika
sembahyang itu sunat yang mempunyai waktu atau yang mempunyai sebab
maka disyaratkan adalah niatnya itu dua perkara iatu pertama qasad
dan kedua ta'yin seperti sunat subuh, dan dua hariraya dan sunat
gerhana seperti hadirkan 'aku sembahyang gerhana matahari atau
gerhana bulan atau 'aku sembahyang hariraya adha atau fitrah.
Jika
sembahyangnya itu sunat mutlak iaitu yang tiada mempunyai waktu dan
sebab maka memadalah niat satu perkara jua iaitu qasad hendak
mengerjakan sembahyang dan sunat melafazkan niat dengan lidahnya
dahulu daripada takbir dan menyebutkan bilang-bilang rakaatnya,
menyebut ada-an atau qadha-an dan mengidhafatkan bagi Allah.
-
Takbirarul
Ihram - Maka sebab dinamakan takbiratul ihram kerana
diharamkan bagi orang yang halal baginya dahulu daripada takbir
daripada segala membinasakan sembahyang. Dan tertentulah lafaz takbir
atas orang yang kuasa bertutur dengan dia lafaz 'Allahu Akbar' dengan
dimulai dengan 'Allah' daripada Akbarnya. Dan wajib disertakan niat
itu yakni qasad dan ta'arudh dan ta'yin pada sembahyang fardhu atau
qasad dan ta'yin pada sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sebab
atau qasad hendak sembahyang jua pada sunat mutlak dengan awal
takbirnya iaitu alif pada Allah dan dikekalkan dia hingga 'raa' pada akbar.
Maka adalah
muqaranah niat itu tiga namanya:-
-
Kamaliah
- iaitu menghadirkan yang tersebut itu daripada qasad, ta'arudh dan
ta'yin pada fardhu dihadhir pada hatinya ketiganya pada alif Allah
maka dikekalkan hingga kepada 'raa' akbar.
-
'Urfiah
- Iaitu menghadirkan niat yang tersebut didalam takbirnya jikalau ada
niat itu satu suku daripada takbir samada pada Allah atau pada Akbar
atau dikatakan menghadir pada satu suku daripada takbir itu
memadalah. Atau membuangkan ijtihadnya sekira-kira jangan lupa dan
lalai daripada mengingatkan niat tatkala mengata Allahu Akbar itupun
dinamakan muqoranah 'urfiah jua, sahlah sembahyangnya pada orang yang
awam yang banyak ini.
Kata Syeikh
Al-Mujirimi, bermulama muqoranah 'urfiah bahawa diserta yang
diistihdhar yang wajib dengan suatu suku daripada takbir dan yang
wajib istihdhar iaitu, qasadnya dan ta'yin pada suatu suku daripada
suku takbir seperti barang yang ditakrirkan Kamal Hafani daripada
Syeikh Khalfi daripada Syeikh Mansor, daripada Syeikh Syubury
daripada Syiekh Ramli itu.
-
Tuzi'iyah
iaitu mengsuku-suku akan suku niat pada suku takbir iaitu dimuqoranah
qasad pada All dan pada hu dan ta'yin pada akbar. Maka dinamakan
tuzi'iyah kerana menghamparkan suku niat pada suku takbir. Maka
adalah muqoranah ini tiada memada ia pada niat dengan muafakat ulama
padanya bersalahan yang dahulu surah maka yang pertama ittifak bagi
orang yang kuasa dan jika membawakan was-was maka hendaklah diamalkan
muqoranah 'urfiah yang muktamad oleh Imam Nawawi dan Imam Ghazali dan
yang lain daripada keduanya.
Dan jika lemah
ia daripada takbir dalam bahasa Arab, hendaklah diterjemahkan dalam
bahasa dirinya dan wajib ia belajar jika ia dapat.
-
Qiyam
- yakni berdiri pada sembahyang fardhu dan disyaratkan dia dengan
dibetulkan tulang belakangnya dan jikalau dengan bersandar sekalipun.
Maka jika berdiri condong sekira-kira tiada dinamakan berdiri tiada
sah sembahyangnya. Dan jika lemah ia daripada berdiri sekira-kira
musyaqah yang menghilangkan khusyuknya sah sembahyang ia serta duduk,
dan jika lemah duduk maka hendaklah ia berguling di atas lambung
kanan itu afdhal daripada lambung kiri. Dan jika lemah ia maka
sembahyang dengan melentang di atas belakangnya, maka mengisyaratkan
dengan kepalanya dan jika lemah ia dengan yang demikian itu, maka
dengan kelopak matanya. Dan jika lemah ia maka dengan melakukan rupa
sembahyang dengan hatinya. Maka tiada gugur sembahyang selagi ada akalnya.
-
Membaca
Fatihah - pada tiap-tiap rakaat melainkan rakaat orang
yang masbuk dan bismillah itu satu daripadanya. Wajib memeliharakan
segala hurufnya dan tasydidnya dan tartibnya dan muwalat antara kalimahnya.
-
Rukuk - Dan
sekurangnya tunduk sekira-kira sampai dua tangannya akan dua lututnya
dengan tomakninah yang menceraikan antara angkatnya dan tunduknya.
Jangan diqasad yang lain daripada rukuk dan yang akmalnya disamakan
belakangnya dan tengkuknya dan mendirikan dua lututnya dan
dipegangkan keduanya dengan dua tapak tangannya dan menceraikan
segala anak jarinya ke kiblat.
-
I'tidal -
Jikalau sembahyang sunat sekalipun iaitu kembali ia kepada Qiyam
seperti dahulunya dengan tomakninah.
-
Sujud
dua kali - pada tiap-tiap rakaat dengan tomakninah. Dan jikalau ia
sujud atas suatu yang ia tunggang yang tiada bergerak dengan geraknya
sekalipun. Sekurangnya mengenakan suku daripada dahinya dan suku
daripada dua lututnya dan dua tapak tangannya atau anak jari batinnya
dan perut anak jarinya atau jari dua ibu kakinya kepada tempat sujud.
Dan wajib menekankan dahinya kepada tempat sujudnya dan meninggikan
punggungnya daripada kepalanya dan yang akmalnya bahawa takbir bagi
tunduk sujud dengan tiada menganggkat dua tanganya, kemudian
dihantarkan dua lututnya, kemudian dua tapak tangannya menghanjur
segala jarinya kekiblat kemudian menghantarkan dahinya dan hidungnya
padahal terbuka keduanya dan menceraikan dua kakinya qadar sejengkal
dan merenggangkan dua lengannya daripada dua lambungnya dan
mengangkatkan perutnya daripada dua pahanya pada laki-laki dan
menghimpunkan keduanya pada yang lain daripada laki-laki.
-
Duduk
antara dua sujud -
|