-
Mengetahui
bagi masuk waktunya dengan yakin atau dengan dzan. Maka tiada
sah orang yang sembahyang yang tiada mengetahui akan masuk waktunya
dan tiada didzannya dan jika jatuh didalam waktunya sekalipun.
-
Berhadap
ia akan kiblat yakni akan Kaabah jikalau dengan ijtihadnya sekalipun.
-
Menutup
aurat antara pusat dan lutut jika laki-laki dan sahaya
perempuan. Dan sekelian tubuhnya jika perempuan dan khunsa yang
merdeka yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya dengan
suatu yang menutup dan menegah daripada dilihat warna kulitnya pada
pihak atas dan kelilingnya tiada pada pihak bawahnya dan jika dengan
lumur lumpur sekalipun.
-
Mengetahui
ia akan kaifiat sembahyang seperti bahawa diketahui akan
fardhunya dan dibezakan dia daripada sunatnya, bahkan jika ia
i'tikadkan sekelian itu fardhu atau setengahnya fardhu dan
setengahnya sunat dan tiada dibezakan padahal orang awam dan tiada
diqasadkan sunat yang fardhunya, sahlah sembahyangnya.
-
Suci
ia daripada hadas besar atau hadas kecil.
Maka jika kedatangan hadas ditengah sembahyangnya, batal sembahyangnya.
-
Suci
ia daripada najis yang dimaafkan dia pada
tubuhnya dan kainnya dan tempatnya dan janganlah bersentuh suatu suku
daripada badannya dengan najis pada geraknya dan diamnya. Maka tiada
sah sembahyang serta sesuatu daripadanya. Atau ia menanggung sesuatu
yang berhubung dengan najis seperti ia memegang akan tali yang
terikat pada umpama anjing dan lainnya. Dan tiada mengapa jika
berbetulan dengan dia ketika bangunnya dan duduknya dengan ketiadaan
bersentuh. Dan dimaafkan tempat istinjak umpama batu dan sedikit
darah dan tahi lalat dan tanah jalan raya yang najis dan darah tuma
dan darah kutu anjing dan darah bisul dan nanah dan danur dan air
kuman yang ada baginya baunya. Dan jikalau sembahyang ia dengan najis
yang tiada dimaafkan daripadanya dengan tiada diketahui akandia atau
dengan lupa kemudian teringat nescaya wajib mengulangi akandia.
-
Meninggalkan
berkata-kata dengan sengaja yang bukan
quran atau zikir atau doa, maka batal sembahyangnya dengan
berkata-kata 2 huruf samada memberi faham perkaataannya atau tiada
atau dengan 1 huruf yang memberi faham seperti 'qaf' dan ''ain'
kerana makna 'qi' itu daripada 'waqa-yah' dan 'ii itu daripada
wa'aa-yah. Atau satu huruf yang bermad kerana mad itu adakalanya alif
atau wau atau ya maka jadi dua huruf maka batal sembahyangnya dengan
yang demikian itu.
-
Meninggalkan
melebihkan rukun fi'li dengan sengajanya
maka jika ia sujud 3 kali atau ruku' dua kali seperti ia sujud diatas
umpama suatu yang tajam maka diangkatkan dahinya (dengan ikhtiar)
maka sujud pula nescaya menambahi sujud jikalau sedikit diangkatkan
kepalanya sekalipun, maka dinamakan menambahi rukun fi'li, maka batal
sembahyangnya dengan dia.
Dan
demikian lagi wajib meninggalkan perbuatan yang bukan dari jenis
sembahyang seperti memukul tiga kali pukul atau melangkah 3 langkah
berturut-turut atau lainnya daripadanya (misalnya hayun tangan) atau
satu langkah yang keji seperti melompat ia, maka batal sembahyang
dengan dia. Tetapi dimaafkan perbuatan yang sedikit jikalau banyak
sekalipun seperti menggerakkan anak jarinya membilang tasbih atau
menggaru-garu anak jarinya dengan tiada bergerak tapak tangannya,
tiada batal sembahyangnya dengan dia.
-
Jangan
mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasanya
di dalam sembahyang seperti makan dan minum, dan memasukkan sesuatu
kedalam rongga yang terbuka, seperti memasukkan sesuatu kedalam
hidungnya dan telinganya sampai kepada batin keduanya. Dan jikalau
dengan digagahi dia atas perbuatan yang demikian itu sekalipun kerana
nadir (jarang) yang demikian itu.
Dan
dua gerak atau dua langkah yang sedikit namanya pada uruf (adat
kebiasaan) tiada batal sembahyang dengan dia.