Fa|con ... Rulez The Sky

Tribute 2 My Friends

 

FC Navigation Console


Tribute 2 My Friends


Real Life Friends

Mula² sekali aku nak bagitau korang sapa kawan² baik aku masa kecik. Antara member kamching aku ketika tu ialah:

Md. Jahid, Salik & Amrun
Diowang nih sebenarnya sepupu aku yang paling rapat. Jahid & Salik sebaya. Amrun plak muda setahun dari mereka. Aku plak muda 2 tahun dari Amrun. Haaa.. nak tau umur mereka sekarang, kira sendiri, hehehe! Jahid sekarang study kat UTM, buat course Science Computer. Dia nih terer computer wa cakap lu! Kalau tak masakan dia ambik course tu, kan? Salik plak sekarang tengah buat course Medic kat UM. Perghhh... bertambah lagi sorang doktor dalam family aku. Manakala Amrun sekarang kat Hartford University, USA buat course Engginering. Aku tak sure plak major dia apa. Electrical kot.. Setahu aku la, diowang semua nih kecuali Amrun masih single lagi. Tapi diowang nih bukan boleh caya sangat, otak giler² cam aku gak, hehehe. Kalau ader awek bukan nak citer kat aku. Tensen.. tensen...

Zulhilmi, Zulfazly & Zoolfadhli
Haaa.. nih plak teman sepermainan aku masa kecik. Zulhilmi &  Zulfazly nih memang adik beradik. Tapi korang jangan terkeliru plak kerana Zulfazly & Zoolfadhli tuh bukanlah pulak adik beradik kembar adernya. Diowang tuh insan yang berlainan, lain rupa, lain ibu dan lain juga bapanya. Opss.. lupa plak bagitau yang aku & dua² LI tuh sebaya. Aku dulu selalu lepak rumah nenek Mi & Fazly (diowang tinggal ngan nenek diowang). Aku dah anggap nenek diowang tu cam mak angkat aku sendiri. Zulhilmi sekarang study kat ITM Dungun, buat course Science Computer gak. Isk.. nasib baik la aku tak terima tawaran dari ITM dulu, kalau tak sure sama tempat & course ngan member aku sorang nih. Adik Zulhilmi,(Zulfazly) pulak study kat KUSZA, tapi aku tak sure plak dia ambik course apa. Zoolfadhli (aku panggil dia Lie Spek sebab dia pakai spek) plak sekarang duk kat ITM Jengka, tapi dia buat course Accountancy. Sama cam aku! Gimme 5 Lie Spek, hehehe! Semua masih single tapi tak sure plak available atau tak :)

Okey, sekarang aku nak citer plak pasal member² aku masa aku dah besor, :)

Housemate
Meh aku start ngan housemate aku. Rumah yang aku menyewa sekarang ader 8 orang penghuni tetap termasuk aku. Penghuni tak tetap plak ramai gilos! Kesemua budak rumah aku nih main IRC. Al-maklum la sampaikan line kat umah aku ader 3 (gaya orang berlagak, herks, herks). 5 orang penghuni rumah tuh berasal dari Kelantan (KELATE RULEZ!), 2 dari Kedah & sorang dari Pahang. Penghulu rumah aku ialah Wan Rizan Irwan (R|ze - Kelate). Dalam ramai² dia sorang jer rajin study, yang lain kaki lepak, cam aku gak, hehehe. Setiap ahli rumah ader tugas masing².
AJK Dapur, Imran (^o-o^ - Kedah)
AJK Komputer, Amir Haris (AM|R` - Kelate)
AJK Tidur, Risymal (di|bert - Kedah)
AJK Games, Rahmat (BaskekuLL - Kelate)
AJK Stok Rumah, Roszam (SeVeN^ - Pahang)
AJK Tenet, Shamzuri (noname - Kelate)
Korang nak tau tak tugas aku plak? Hehehe, aku nih
Big Boss! Jangan mareeee....

Gang Surada & Sungai Merab
Bebudak UNITEN ramai yang duk menyewa kat Tmn. Surada. Kat Sungai Merab plak aku tau sure, yang aku tahunya satu rumah ajer. Bebudak Surada yang rapat ngan aku ialah, Sofwan (roommate lama aku), Snol, Shaolin, Ann, Acap, Akbal, Safwan Rosidy, Nashaq, Aron, Anri & dua owang housemate si Nashaq (nama penuh aku tak tau). Bebudak Sungai Merab plak, Wan PJ, Pok Nik, Faiz, Izzat, GoRock, Sham, Didi & Kharisma.

Apartment UNITEN, Turfview & tempat lain
Kat apartment UNITEN tak ramai sangat yang member aku. Cam na nak ramai, sewa dia pun mahal gilos. RM280 sorang untuk sebulan. Bebudak apartment lelaki yang aku rapat, Najmuddin & Lan ajer. Apartment pompuan plak, hmmmm, Ida, Lina, Oda, Shima, Siti, Anis, Don, Fieza & Noremey. Sementara member² aku yang duk kat Turfview plak, Mat Ali, Bonot, Pejoule, Rofhan, Adiana, Shahnaz, Terk, Yatie & Isma. Member² aku menyewa kat tempat² lain plak ialah Mahir, Bob, Beadoot, Arboq, Pojie, Azizan, Fauzi Pakir, Imran, Zainal, Ihsan, Ayeh, Mustakim, Ramli, Ciput, John, Hatim, Amin, Scam, Spook, Kiyek, Rosli, Shah dah ramai gilos lagi... 

Gang UIA
Member² sekolah menengah aku dulu ramai yang masuk UIA. Ader la lebih 50 orang kot. Kalau nak type semua mungkin ramai sangat, so aku citer yang rapat giler ngan aku ajer. Antaranya ialah Pojey, Nizamuddin, Ramizu, Kasfi, Fazly, Fadhlan, Mat Dean, Yazruddin, Fuad, Jawo, Hafiz, Yo Giant , iskk ramai lagi maaaa. Diowang nih majoritinya kaki kelentong, kaki ponteng kelas, kaki kutuk mengutuk namun begitu kaki mereka tetap kaki manusia.

Gang UM (Pusat Bahasa)
Ni pun gang aku masa sekolah menengah gak. Kat sini pun ramai gak budak Ma'ahad. Antaranya Hafiz Jela, Hafiz Bangla, Muhibuddin, Sufian, Nazim, Nur Najman, Mokhzani, Azwan, Anuar, Fahmi, Razali TMB, Adib, Arif & ramai lagi.. Kat sini plak, majoriti kaki study, kaki ibadah, moga² aman dunia & akhirat, InsyaAllah.

Gang IPT lain
Pergh... selain dari IPT di atas, member² sekolah menengah aku ader kat UKM, UPM, UNIMAS, ITM, Maktab Perguruan, UTP, University kat Mesir & Jordan dan juga kat UNITEN. Member lama aku yang study kat UNITEN gak sorang ajer, nama dia Fahimi. Mamat nih join IRC gak. Dia biasanya guna nick ACID^RAIN. Hensem tuh, tapi melepaslah awek² yang terminat kat dia sebab dia dah berpunya, ahaks. Okey nih plak nama² gang sekolah aku yang lain Munir, Asyraf, Saifuddin, Huzaifah, Izudden, Sujairi, Imie Cat, Shahrizal, Syed Al-Faizul, Nooriman, Asram, Karami, Deroman, Ajim, Iqbal, Al-Azhar, Safuan, Haziman, Bukhari, Fariz, Zuwairi, Khairul Anuar, Fazlisham, Muazzam, dah ramai lagi.

Kalau korang rasa nama korang pun aku patut taruk kat sini, email aku cepat². Pastu marah aku sebab terlupa taruk nama korang, hehehe.

up up N away

 

DISCLAIMER
Sebahagian besar graphic yang ada kat dalam website nih adalah milik aku. Kalau korang nak copy, nak tiru ataupun nak kutuk buat la sesuka hati tapi janganlah sampai merosakkan nama baik aku. Bagi pemilik graphic yang tak benarkan aku guna graphic dia, tolong inform kat aku dengan segera.


Sebarang komen, cadangan atau pertanyaan sila type kat Guestbook aku.
Copyright © Z-DesignLabs 1998-1999
Z-DesignLabs