PROJEK SEMESTER AKHIR 2000

PENGHARGAAN

 
ami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak  POLIMAS dan Kementerian Pendidikan kerana telah memberi   peluang kepada pelajar semester akhir untuk mengendalikan Projek Semester Akhir yang mana telah memberikan banyak   manfaat kepada para pelajar untuk membuktikan keupayaan mereka dari segi kreativiti, rekabentuk dan keberkesanan satu  projek yang berjaya. Sebenarnya keupayaan serta ilham kami datangnya dari penimbaan ilmu yang dipelajari sepanjang tiga  tahun pembelajaran di sini serta latihan industri yang ditempuhi.

Di sini juga kami ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada semua yang telah melibatkan diri tidak kira secara lansung atau tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan projek ini dalam masa yang begitu singkat khasnya kepada orang-orang  perseorangan yang berikut :-

Encik Mastor b. Masri selaku penyelaras projek semester   akhir  ke atas segala tunjuk ajar beliau dan kelonggaran yang  diberikan kepada kami bagi menyiapkan projek kami

Encik Shah Fenner Khan B. Mohd Khan sebagai penyelia projek kami di mana beliau telah memberikan sokongan serta  tunjuk ajar yang tidak berbelah bagi kepada kumpulan kami untuk menyiapkan porjek ini.

Pensyarah-pensyarah dan penyelia bengkel POLIMAS yang memberikan kami banyak kelonggaran untuk menggunakan  makmal kejuruteraan.

Encik Abdul Rahman b. Mohammad
yang telah bersetuju untuk meminjamkan kami unit PLC POLIMAS serta tunjuk ajarnya dalam kaedah menulis program PLC.

Pihak firma latihan industri di mana kami telah menjalani   latihan selama 6 bulan. Latihan ini telah banyak membantu dalam menyediakan kami ke arah yang lebih produktif dan melatih kami menyelesaikan masalah dengan berkesan.

Encik Ooi Hor Seng dari Seng Electric, Jitra ke atas segala   bantuan yang disumbangkan bagi menyelesaikan masalah yang   dihadapi dalam rekabentuk bahagian elektrikal projek kami.

-  Encik Chu Kuan Chiang
yang telah bersetuju meminjamkan kami sebahagian komponen yang diperlukan bagi menyiapkan   projek ini.

-  Rakan-rakan sekursus dan individu-individu lain yang telah  membantu tidak kira secara langsung atau tidak langsung dalam bentuk sokongan, idea, cadangan atau kritikan yang dijadikan   motivasi untuk meningkatkan kualiti projek kami.

              Diharapkan segala pengalaman yang telah kami dapati daripada penyiapan projek ini dapat membantu kami untuk lebih memahami ilmu-ilmu yang telah dipelajari disamping dapat menggunakannya di masa yang akan datang dengan lebih  berkesan.

 

 

             WB01343_.gif (599 bytes)BACK                                    WB01345_.gif (616 bytes)NEXT

PENGENALAN | PENGHARGAAN | OBJEKTIF DAN SINOPSIS | CARTA ORGANISASI | REKABENTUK MESIN | OPERASI MESIN | PROSES PEMBINAAN | KOMEN DAN CADANGAN  | LAMAN WEB LAIN

Hubungi Kami Pada :


E-mail : [email protected]

  : [email protected]