OPERASI MESIN

123.gif (180028 bytes)

Mesin ini berfungsi untuk membungkuskan makanan kering secara automatik. Sebelum mesin dijalankan, bahan makanan seperti kacang dimasukkan ke dalam hopper dan plastik   dipasangkan pada plastik holder.

Sebelum mesin boleh beroperasi dalam keadaan automatik, plastik perlu diletakkan pada kedudukan melalui plastik guide yang memandu plastik ke bentuk yang  sepatutnya sebelum di'seal'kan. Operasi ini dijalankan dalam mode manual dan menggunakan butang manual ctrl 1 dan  manual ctrl 2 di mana   plastik akan dimasukkan melalui roller dan di'seal'kan dan dipotong.

Setelah dimasukkan makanan dan plastik dalam kedudukannya, operasi mode automatik dijalankan. Apabila butang start ditekan, motor feeder akan berputar dan memindahkan sejumlah makanan dari hopper ke plastik dalam satu kuantiti yang tetap melalui satu landasan yang direka khas.

Setelah motor tersebut berhenti selama beberapa saat, roller akan berputar dan menarik plastik sepanjang dimensi plastik yang ditetapkan. Kemudian silinder yang memegang sealer dan cutter akan extend dan menseal serta memotong plastik tersebut untuk membentuk satu bungkusan. Bungkusan yang siap akan dikeluarkan melalui satu landasan ke dalam kotak di luar mesin.

Pengesan dipasang di bahagian hopper, plastik dan pintu unutk memastikan operasi automatik dihentikan apabila bahan makanan dalam hopper sudah habis, plastik habis atau pintu bahagian elektrik dibuka. Apabila salah satu daripada  pengesan ini diaktifkan, mesin akan berhenti dengan serta-merta.

Pada masa ini, indicator pada panel kawalan akan menunjukkan bahagian-bahagian yang perlu diberi perhatian. Mesin ini dipasangkan dengan menara lampu untuk menunjukkan keadaan mesin semasa ia beroperasi.

 

WB01343_.gif (599 bytes)BACK                                 WB01345_.gif (616 bytes)NEXT

PENGENALAN | PENGHARGAAN | OBJEKTIF DAN SINOPSIS | CARTA ORGANISASI | REKABENTUK MESIN | OPERASI MESIN | PROSES PEMBINAAN | KOMEN DAN CADANGAN  | LAMAN WEB LAIN

Hubungi Kami Pada :


E-mail  : [email protected]

             : [email protected]