OBJEKTIF DAN SINOPSIS

 

OBJEKTIF

Tujuan utama projek ini adalah untuk membungkus makanan contohnya kekacang dan   lain-lain mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung,ia dapat menjimatkan masa   untuk membungkuskan barangan dengan 'seal' sekali.

         Sebelum ini kerja-kerja ini dilakukan dengan cara manual tetapi  dengan adanya mesin ini operator tidak perlu lagi melakukan banyak tugas kerana mesin ini disediakan bahagian untuk 'seal' plastik dan memotongnya dengan cara automatik dan boleh juga dengan cara manual.



SINOPSIS

Projek ini melibatkan pengetahuan yang dipelajari dalam kelas dan juga pengetahuan yang diperolehi semasa menjalani latihan industri. Secara amnya, proses yang terlibat di dalam perlaksanaan projek ini melibatkan kerja-kerja daripada bahagian mekanikal dan bahagian elektrik.

              Bahagian mekanikal melibatkan kerja-kerja seperti pemasangan 'frame', 'hopper', 'feeder', 'plastic holder', dan secara umumnya fizikal adalah melibatkan penggunaan tempat kerja bengkel seperti bengkel mesin, kepingan logam dan bengkel gegas.

              Bahagian elektrik pula merangkumi pengetahuan mengenai penggunaan Programmable Logic Controller  (PLC) dan pendawaian elektronik. Peralatan PLC ini  dipinjam daripada bahagian mekanikal kerana prosedur peminjaman barangan ini adalah tidak begitu rumit.

              Projek ini adalah sejenis projek automasi maka ia melibatkan penggunaan pengesan, silinder, geganti, transduser dan komponen elektronik yang lain. Secara keseluruhannya, kos untuk projek ini setelah diambil kira kos PLC serta kos peralatan lain yang dipinjam adalah berjumlah RM 1757.50

              Bahan-bahan mentah ini seperti profile  aluminium, aluminium plate, kepingan logam serta alas papan projek dan sebagainya dibeli secara 'secondhand' manakala komponen-komponen lain seperti pengesan, silinder dan injap pneumatik dipinjam daripada orang perseorangan.

 

 

WB01343_.gif (599 bytes)BACK                                  WB01345_.gif (616 bytes)NEXT

PENGENALAN | PENGHARGAAN | OBJEKTIF DAN SINOPSIS | CARTA ORGANISASI | REKABENTUK MESIN | OPERASI MESIN | PROSES PEMBINAAN | KOMEN DAN CADANGAN  | LAMAN WEB LAIN

Hubungi Kami Pada :


E-mail : [email protected]

            : [email protected]